Jom Sembang Lebat

Monday, October 25, 2010

Menulis, menulis dan menulis..

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd..
Kesibukan saya mengejar dunia telah menyebabkan diri saya terasa semakin jauh daripada Nya. Ditambahkan lagi dengan kerja-kerja research saya, especially dalam menulis kertas kerja saya untuk dibentangkan dalam research conference yang akan datang, mutaba'ah amal saya semakin hampeh.

Ambil sahaja contoh, tilawah Quran saya dulunya boleh habiskan 1 juzuk sehari, sekarang nak capai separuh juzuk pun dah liat.
Usrah yang dibawa pun, ya Allah saya selalu prepare last minit.
Inilah petanda bahawa saya tak pandai menguruskan masa.hehe.

Ya Allah, bantulah aku. Berilah kekuatan untukku menguruskan masa yang Kau berikan padaku. Agar aku dapat mendekatkan diri kpdMu.

Tuesday, September 7, 2010

Beberapa Malam Terakhir

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Amma ba'd..
Pada bulan yg mulia, Ramadhan ini, pertama sekali ingin sekali saya meminta maaf kepada pembaca sekalian atas kemalasan diri mengupdate blog.
Kerana adanya komitmen yang LEBIH DIUTAMAKAN dan diri saya meletakkan prioriti tersebut atas segala-galanya berbanding kerja-kerja yang lain. Itulah dia pekerjaan yg insyaallah sangat mulia di sisi Rabbul 'Alamin. Tak lain tak bukan, da'wah.

Kita semua sekarang sudah berada di beberapa malam terakhir di bulan Ramadhan. Alangkah sedihnya hati saya kerana dalam beberapa hari lagi bulan tarbiyah akan meninggalkan kita semua. Bulan inilah tanda cinta al-Khaliq kepada makhluknya yang sering alpa, manusia. Inilah dia peluang untuk kita semua membalas lamaran Cinta ar-Rahman. Bagaimana? sudah tentulah melalui penghidupan sunnah Rasulullah s.a.w.
Bila kita cinta, kita akan ikut segala perintah yg dicintai tanpa berbelah bagi. Bila cintakan Allah, kita taati Rasulullah, bermakna kita amalkan sunnah Baginda s.a.w.

Apa lagi sunnah baginda yang terbesar kalau bukan kerja dakwah itu sendiri? Inilah peluang kita. Tak perlu banyak, apa sahaja ilmu yang kita dapat, terus sahaja disampaikan walaupun hanya sepatah. Walaupun sekadar mengajak org di sekeliling kita utk menghidupkan malam2 terakhir Ramadhan.

Di sini, saya rasa terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada diri saya dan org lain sekadar perkongsian. Marilah muhasabah diri kita. Sepanjang bulan Ramadhan ni, bagaimanakah amalan kita? Bagi ikhwah sekalian, bagaimanakah tarbiyah kita di bulan mulia ini? Adakah kita sering memberi alasan untuk tidak hadir usrah, serta mengelakkan diri dpd pengisian daurah, atau melarikan diri daripada ajakan beri'tikaf & qiamullail? Ikhwah2 kalian, adakah sahabat2 dahulu kala lebih mementingkan perniagaan mereka berbanding dakwah Islamiyah? Bagaimanakah Islam tersebar di muka bumi? Apakah menyiapkan assignment menjadi jawapan kita di hadapan Allah nanti?

Bagi yg di luar sana, adakah kita akan membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa meraih ketaqwaan dalam diri? Apakah kita terlalu gembira dgn perginya Ramadhan sedangkan belum tentu kita sudah mencapai darjat taqwa itu sendiri?

Tepuk dada, tanya iman. Muhasabahlah diri kita, moga-moga segala soalan yg diajukan menjadi sumber motivasi utk kita pertingkatkan amalan di malam-malam terakhir Ramadhan. Wallahu'alam.

Inilah masanya untuk melakukan perubahan dalam diri kita.

"Berangkatlah kamu baik dgn rasa senang mahupun dgn rasa susah, dan berjihadlah dgn HARTA dan JIWA kamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (al-Quran 9:41)

Saturday, July 17, 2010

Transfer...

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Amma ba'd..

Alhamdulillah genap dua minggu ana berada di Parit Raja bersama ikhwah-ikhwah UTHM. Masalah nak dapatkan naqib pun dah selesai, cuma kali ni ana dipertanggungjawabkan utk membawa satu usrah.



Dah 2 minngu ana bersama mereka, walaupun tahap thiqah ana pada mereka masih lagi rendah tapi insyaallah mereka dapat meraih thiqah ana dgn cepat. Ternyata mereka di sana lebih hebat.

Berkenaan tanggungjwab ana utk membawa usrah, memang tak tersangka. Layakkah diri ini untuk menjadi seorang naqib, sedangkan ilmu ana masih lagi cetek berbanding ikhwah-ikhwah se-tahap (Mustawa M02) dgn ana di sana? Jangankan ilmu sahaja, tapi ruh di sana lebih hebat jika dibandingkan dgn mereka di JB yg agak santai.



Di sebalik pertanyaan yg bermain di ruang kepala ana, lalu ana teringat pula pada kata-kata seorang ustaz, "Layakkah aku untuk semua ini? Tanggungjawab ni sangat berat. Tapi, kalau aku tak tampil, siapa lagi yang sanggup lakukannya?"
Dengan hati yg agak berat, ana pun akur sahaja dgn apa yg dipertanggungjawabkan pada ana.




Ya Allah, bantulah diri ini dalam usaha mencari dan menyampaikan ilmu. Diriku memohon agar lidahku lancar memberikan hikmah kpd bakal anak didikanku. Bukakanlah hati mereka agar lahir rasa thiqah terhadapku dan agar mereka mudah untuk mendapat hidayah daripadaMu.

Sekian.

Friday, June 25, 2010

Pelancaran IKRAM: Hari yang Bersejarah



Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Amma ba'd..

20 Jun 2010 (Ahad) merupakan hari yg sangat bermakna buat diri ana dan semua ikhwah, akhwat dan rakan-rakan seusrah dengan ana. Para pendokong dakwah dan tarbiyah yang se-Fikrah sudah lama menanti-nanti tibanya tarikh ini. Itulah dia Majlis Pelancaran Pertubuhan Ikram Malaysia, atau dikenali sebagai IKRAM.

Kesan daripada pelancaran tersebut masih lagi boleh dirasai oleh diri ana, yg sekarang bertambah kuat komitmen terhadap kerja dakwah. Betapa gembiranya hati ana pada tarikh tersebut sebab ikhwah yang sudah lama tidak bertemu kelibatnya berjumpa semula. Macam jejak kasih.

Dengan tertubuhnya IKRAM ini, diharap akan dipertingkatkan lagi usaha ke arah kerja dakwah, tarbiyah serta islah yg lebih berkualiti.

Setelah bertahun, bergeraknya ikhwah akhwat yg terawal dalam satu jemaah untuk kembalikan kegemilangan isLam itu sendiri dan juga membawa manusia untuk kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Pelbagai fitnah dihadapi, bermacam halangan ditempuhi akhirnya terbentuk satu jemaah yg kini dinamakan IKRAM.

Allahuakbar!!



Puluhan tahun kian telah berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiyah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Quran
Menuruti As-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

(lagu oleh saff one)

APA ITU IKRAM?


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;

3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;

8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

Saturday, June 12, 2010

Ujian Berat di Sebalik Rezeki yg Diberi..

Assalamualaikum semua..Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd..

Baru sahaja ana terima surat tawaran dari Universiti Tun Hussin Onn Malaysia (UTHM) untuk meneruskan perjalanan dalam kerjaya ana untuk memperoleh MASTERS.
Walaupun ana seorang graduandaripada UTeM, tak tersangka pula ana dapat offer untuk buat Masters di UTHM.
Tapi perlu pulak diingat, Rezki yg ana dapat ni tiada makna lain kecuali satu amanah,tanggungjawab, dan juga satu ujian yg beratbagi diri ana.
Ana berharap pengajian yg bakal ana tempuhi dapat berjalan dengan lancar serta takkan menghalang kerja dakwah ana.
Wallahualam..

Tuesday, June 1, 2010

Assalamualaikum semua..Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd..
Tanggal 31 May 2010 (kelmarin) kita semua dikejutkan dgn kerakusan Zionist menghantar komando untuk menyerang kapal Konvoi misi kemanusiaan ke Gaza. Antara salah satunya, Mavi Marmara, dan dilaporkan 19 org terbunuh dan 50 lagi cedera.

Ikhwah yg ana kenal (ayah kepada kawan ana), Ustaz Hasanuddin (Aqsasyarif) merupakan antara mereka yg berada di atas kapal tersebut.

Bangunlah wahai saudara, terutamanya golongan muda. Sudah tiba masanya kita korbankan keseronokan dunia, tolak ke tepi hiburan-hiburan yg melalaikan spt Akademi Fantasia, Jom Heboh dan gosip2 artis. Sedarlah, isu Palestin ni bukanlah isu Timur Tengah semata-mata, bukan isu politik semata-mata. Kalau kita beranggapan sedemikian, jelas kita dah tertipu oleh agenda Zionist Israel.

Isu Palestin dan pembebasan masjidil Aqsa merupakan isu AQIDAH UMMAT ISLAM SEDUNIA. Sedarlah golongan muda. Sudah tiba masanya kita bangun menentang kera-kera yg begitu degil lagi angkuh melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Kalau kita tak bangun, kemungkinan besar kita akan jadi mangsa seterusnya.

Wallahualam,
Sekian.

Tuesday, May 18, 2010

Kosongnya hati ini..

Assalamualaikum semua..Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd..

Baru-baru ni (1/5/2010-13/5/2010), ana terlalu sibuk kerana telah "diculik" untuk menjadi ketua fasilitator kepada program Kembara Ke Johor.

Peserta program ni terdiri dpd ikhwah-ikhwah dari indonesia di mana mereka juga merupakan penggerak tarbiyah di tempat masing-masing.

Hampir dua minggu ana berhempas pulas memastikan program berjalan lancar.Namun, kita hanya berusaha, Allah menentukan apa yg lebih baik untuk kita semua. Walaupun tak begitu lancar (maklum lah, first time ana dilantik jadi ketua) tapi ana rasa bersyukur kerana Dia telah menemukan ana kepada saudara-saudara yang selama ni ana tak kenal pun.
Telah banyak ana pelajari dpd kehadiran mereka semua. Kesungguhan serta komitmen mereka dalam dakwah serta tarbiyah amatlah berbeza dgn kita di Malaysia. Kadang2 rasa malu dengan peserta sebab bezanya ana dengan pserta sangatlah jauh. Bagaikan langit dan bumi.

Namun, bila tiba masa untuk mereka berangkat pulang, hati ana rasa berat untuk lepaskan diorang. Last moment pd pagi Khamis, ana rasa sangat terharu. Kehadiran ikhwah dari indonesia telah mengajarkan pd ana banyak perkara supaya lebih commited dengan kerjaya dakwah ni. Sebab kerja dakwah bukanlah hanya sekadar untuk sisa2 waktu, tapi sepatutnya dijadikan full-time profession.

Sampai sekarang ana masih lagi rasa kehilangan sesuatu, kadang2 termenung sorang2 teringatkan akhi Miftah, akh Rifai, Akh Kris dan Khanif.

Baiklah, boring gak citer panjang berjela camnih..
Pada hari Ahad 16/5/2010 telah diadakan program Mesyuarat Penubuhan Pertubuhan IKRAM malaysia (IKRAM) pada peringkat negeri Johor di Dewan Qadisiah Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Alhamdulillah, ana ikhwah yang lain telah mendaftar sebagai ahli IKRAM walaupun tahap kami sekadar 01 dan 02. Ada pulak ana terdengar dpd buah mulut pakcik-pakcik yg selepas penubuhan pd peringkat Nasional, beberapa vacancy bagi mereka yg ingin mencari pekerjaan akan dibuka. Naqib ana pun dah recommend untuk kerja dengan Jemaah.

Rupanya, Allah telah menyediakan sesuatu yg lebih baik untuk diri ana, itulah hikmah disebalik ana berhenti kerja di kilang dua bulan yg lalu. Alhamdulillah..

Sekian sahaja dpd ana..kalau ada idea utk update, ana akan update blog ni.
Kalau tak para pembaca terpaksalah baca benda yg sama je tiap2 hari. Bergantung pada kerajinan ana.
Wallahualam.
Wassalam..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!