Jom Sembang Lebat

Tuesday, June 1, 2010

Posted on 8:56 AM by Ghuroba'

Assalamualaikum semua..Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd..
Tanggal 31 May 2010 (kelmarin) kita semua dikejutkan dgn kerakusan Zionist menghantar komando untuk menyerang kapal Konvoi misi kemanusiaan ke Gaza. Antara salah satunya, Mavi Marmara, dan dilaporkan 19 org terbunuh dan 50 lagi cedera.

Ikhwah yg ana kenal (ayah kepada kawan ana), Ustaz Hasanuddin (Aqsasyarif) merupakan antara mereka yg berada di atas kapal tersebut.

Bangunlah wahai saudara, terutamanya golongan muda. Sudah tiba masanya kita korbankan keseronokan dunia, tolak ke tepi hiburan-hiburan yg melalaikan spt Akademi Fantasia, Jom Heboh dan gosip2 artis. Sedarlah, isu Palestin ni bukanlah isu Timur Tengah semata-mata, bukan isu politik semata-mata. Kalau kita beranggapan sedemikian, jelas kita dah tertipu oleh agenda Zionist Israel.

Isu Palestin dan pembebasan masjidil Aqsa merupakan isu AQIDAH UMMAT ISLAM SEDUNIA. Sedarlah golongan muda. Sudah tiba masanya kita bangun menentang kera-kera yg begitu degil lagi angkuh melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Kalau kita tak bangun, kemungkinan besar kita akan jadi mangsa seterusnya.

Wallahualam,
Sekian.

No Response to " "

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!