Jom Sembang Lebat
Tuesday, September 7, 2010
Beberapa Malam Terakhir
Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.
Amma ba'd..
Pada bulan yg mulia, Ramadhan ini, pertama sekali ingin sekali saya meminta maaf kepada pembaca sekalian atas kemalasan diri mengupdate blog.
Kerana adanya komitmen yang LEBIH DIUTAMAKAN dan diri saya meletakkan prioriti tersebut atas segala-galanya berbanding kerja-kerja yang lain. Itulah dia pekerjaan yg insyaallah sangat mulia di sisi Rabbul 'Alamin. Tak lain tak bukan, da'wah.
Kita semua sekarang sudah berada di beberapa malam terakhir di bulan Ramadhan. Alangkah sedihnya hati saya kerana dalam beberapa hari lagi bulan tarbiyah akan meninggalkan kita semua. Bulan inilah tanda cinta al-Khaliq kepada makhluknya yang sering alpa, manusia. Inilah dia peluang untuk kita semua membalas lamaran Cinta ar-Rahman. Bagaimana? sudah tentulah melalui penghidupan sunnah Rasulullah s.a.w.
Bila kita cinta, kita akan ikut segala perintah yg dicintai tanpa berbelah bagi. Bila cintakan Allah, kita taati Rasulullah, bermakna kita amalkan sunnah Baginda s.a.w.
Apa lagi sunnah baginda yang terbesar kalau bukan kerja dakwah itu sendiri? Inilah peluang kita. Tak perlu banyak, apa sahaja ilmu yang kita dapat, terus sahaja disampaikan walaupun hanya sepatah. Walaupun sekadar mengajak org di sekeliling kita utk menghidupkan malam2 terakhir Ramadhan.
Di sini, saya rasa terpanggil untuk mengajukan beberapa soalan kepada diri saya dan org lain sekadar perkongsian. Marilah muhasabah diri kita. Sepanjang bulan Ramadhan ni, bagaimanakah amalan kita? Bagi ikhwah sekalian, bagaimanakah tarbiyah kita di bulan mulia ini? Adakah kita sering memberi alasan untuk tidak hadir usrah, serta mengelakkan diri dpd pengisian daurah, atau melarikan diri daripada ajakan beri'tikaf & qiamullail? Ikhwah2 kalian, adakah sahabat2 dahulu kala lebih mementingkan perniagaan mereka berbanding dakwah Islamiyah? Bagaimanakah Islam tersebar di muka bumi? Apakah menyiapkan assignment menjadi jawapan kita di hadapan Allah nanti?
Bagi yg di luar sana, adakah kita akan membiarkan Ramadhan berlalu begitu sahaja tanpa meraih ketaqwaan dalam diri? Apakah kita terlalu gembira dgn perginya Ramadhan sedangkan belum tentu kita sudah mencapai darjat taqwa itu sendiri?
Tepuk dada, tanya iman. Muhasabahlah diri kita, moga-moga segala soalan yg diajukan menjadi sumber motivasi utk kita pertingkatkan amalan di malam-malam terakhir Ramadhan. Wallahu'alam.
Inilah masanya untuk melakukan perubahan dalam diri kita.
"Berangkatlah kamu baik dgn rasa senang mahupun dgn rasa susah, dan berjihadlah dgn HARTA dan JIWA kamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (al-Quran 9:41)
No Response to "Beberapa Malam Terakhir"
Post a Comment