Jom Sembang Lebat

Friday, June 25, 2010

Pelancaran IKRAM: Hari yang Bersejarah

Posted on 6:33 PM by Ghuroba'



Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Amma ba'd..

20 Jun 2010 (Ahad) merupakan hari yg sangat bermakna buat diri ana dan semua ikhwah, akhwat dan rakan-rakan seusrah dengan ana. Para pendokong dakwah dan tarbiyah yang se-Fikrah sudah lama menanti-nanti tibanya tarikh ini. Itulah dia Majlis Pelancaran Pertubuhan Ikram Malaysia, atau dikenali sebagai IKRAM.

Kesan daripada pelancaran tersebut masih lagi boleh dirasai oleh diri ana, yg sekarang bertambah kuat komitmen terhadap kerja dakwah. Betapa gembiranya hati ana pada tarikh tersebut sebab ikhwah yang sudah lama tidak bertemu kelibatnya berjumpa semula. Macam jejak kasih.

Dengan tertubuhnya IKRAM ini, diharap akan dipertingkatkan lagi usaha ke arah kerja dakwah, tarbiyah serta islah yg lebih berkualiti.

Setelah bertahun, bergeraknya ikhwah akhwat yg terawal dalam satu jemaah untuk kembalikan kegemilangan isLam itu sendiri dan juga membawa manusia untuk kembali kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Pelbagai fitnah dihadapi, bermacam halangan ditempuhi akhirnya terbentuk satu jemaah yg kini dinamakan IKRAM.

Allahuakbar!!



Puluhan tahun kian telah berlalu
Jamaah dibina tanpa jemu
Pahit getir kita harung bersama
Manis juang nikmatnya terasa

Dalam usrah kita subur tarbiyah
Janji setia dipatuhi
Dalam gerak kita menyusun langkah
Amalan syura diyakini

Azam digenggam penuh tabah
Membina IKRAM untuk ummah
Ukhuwah teras kegemilangan
Syariah menjadi pegangan

Demi redha Allah
Kita menjulang dakwah
Berpandukan al-Quran
Menuruti As-Sunnah
IKRAM wadah perjuangan

(lagu oleh saff one)

APA ITU IKRAM?


Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) adalah sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.

Misi dan Visi

IKRAM ialah sebuah pertubuhan Islam yang menyeluruh, yang bekerja untuk menegakkan Islam di Malaysia. Matlamat IKRAM ialah:

1. Menyebarkan risalah Islam melalui dakwah, serta mempertahankannya daripada kebatilan dan syubahat;

2. Mengumpulkan hati dan jiwa individu Muslim di atas dasar Islam dan membina akhlak yang mulia;

3. Meninggikan taraf sosio-ekonomi umat Islam;

4. Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan sosial serta membenteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral dan menggalakkan kerja kebajikan, tanpa mengira bangsa dan agama;

5. Memperjuangkan hak umat Islam dan berusaha meningkatkan kesatuan dan perpaduan di kalangan mereka;

6. Menegakkan syariat Islam secara praktikal;

7. Mengadakan hubungan dan kerjasama dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingan umat Islam;

8. Bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang mempunyai objektif yang selari bagi memajukan kepentingan Islam, umat Islam dan masyarakat.

No Response to "Pelancaran IKRAM: Hari yang Bersejarah"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!