Jom Sembang Lebat

Saturday, July 17, 2010

Transfer...

Posted on 7:08 AM by Ghuroba'

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Amma ba'd..

Alhamdulillah genap dua minggu ana berada di Parit Raja bersama ikhwah-ikhwah UTHM. Masalah nak dapatkan naqib pun dah selesai, cuma kali ni ana dipertanggungjawabkan utk membawa satu usrah.



Dah 2 minngu ana bersama mereka, walaupun tahap thiqah ana pada mereka masih lagi rendah tapi insyaallah mereka dapat meraih thiqah ana dgn cepat. Ternyata mereka di sana lebih hebat.

Berkenaan tanggungjwab ana utk membawa usrah, memang tak tersangka. Layakkah diri ini untuk menjadi seorang naqib, sedangkan ilmu ana masih lagi cetek berbanding ikhwah-ikhwah se-tahap (Mustawa M02) dgn ana di sana? Jangankan ilmu sahaja, tapi ruh di sana lebih hebat jika dibandingkan dgn mereka di JB yg agak santai.



Di sebalik pertanyaan yg bermain di ruang kepala ana, lalu ana teringat pula pada kata-kata seorang ustaz, "Layakkah aku untuk semua ini? Tanggungjawab ni sangat berat. Tapi, kalau aku tak tampil, siapa lagi yang sanggup lakukannya?"
Dengan hati yg agak berat, ana pun akur sahaja dgn apa yg dipertanggungjawabkan pada ana.




Ya Allah, bantulah diri ini dalam usaha mencari dan menyampaikan ilmu. Diriku memohon agar lidahku lancar memberikan hikmah kpd bakal anak didikanku. Bukakanlah hati mereka agar lahir rasa thiqah terhadapku dan agar mereka mudah untuk mendapat hidayah daripadaMu.

Sekian.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!