Jom Sembang Lebat

Thursday, January 12, 2012

The time has come..I must change.

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.

Amma ba'd..

Banyak peristiwa yg berlaku tahun lepas (2011).
Tak kiralah secara umumnya isu global sekarang ataupun yg khususnya terhadap diri sendiri.
Yang terbestnya bila Gaza berganding tangan dengan Tebing Barat, tatkala PA mula bekerjasama dengan HAMAS dan menolak sebarang kerjasama dpd pihak Zionist yang angkuh lagi sombong. ALLAHUAKBAR..
TAmbahan pula, revolusi Arab Spring di mana rakyat beberapa negara di Timur Tengah bangkit menentang pemerintahan kuku besi.

Tapi..yang begitu tak bestnya, peristiwa yang melanda diri saya sendiri. Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. Bukan, bukannya ada waris yang meninggal. Kalau para pembaca rasa yang meninggal tu saya, sila panggil pakar perubatan islam sekarang. Saya masih hidup lagi. Cumanya ujian yang menimpa saya begitu berat.
Itulah yang menyebabkan saya lama menyepi tak update blog saya. Malas itu sudah tentu, tapi malas itu sementara je. Mungkin perkataan "kegagalan" itu boleh menggambarkan apa yang berlaku pada diri saya tahun lepas.
Ye, dengan berani dan sungguh tak malunya saya mengatakan saya telah gagal.
Perasaan malu memang menyelubungi diri saya. Malu pada diri, keluarga, apatah lagi ikhwah2 yang lain. Tapi sampai bila?
Ada hikmah di sebalik kegagalan saya yang lepas. Pasti ada.

"Kalau bisa aku ceritakan. Paaasti!! Kalian tidak akan percaya!!"



Hikmahnya pasti kalian tidak akan percaya. Sementara diri diselubingi awan hitam yang pekat, datanglah seorang akh yang begitu prihatin terhadap saya. Dia memberi kata2 semangat supaya saya bangun semula, jangan rasa bahawa dunia ini dah takde ruang untuk diri saya.
Teringatlah saya pada apa yang disebut oleh Robert T Kiyosaki

"There is a difference between being poor and being broke. Broke is temporary and poor is eternal"

Inilah dia yang disebut-sebut oleh jutawan Hawaai ni. "Broke" atau "POKAI" atau "SENGKEK" tu hanyalah sementara. Kemiskinan itu adalah selama-lamanya.
Pokai atau sengkek tu hanyalah keadaan di mana wang kita habis digunakan. Bila poket kita kosong, sedangkan wang boleh dicari dan boleh bertambah.
Kemiskinan yang dimaksudkan adalah mentaliti orang yang tak berusaha, yang takut susah.

Itulah yang saya perlu ubah. Saya dah gagal sekali, saya perlu bangun semula. Bukan terus berkubur.
Terima kasih Allah atas lintasan hati saya untuk membaca tulisan Robert T Kiyosaki. Saya atur semula gerak langkah saya. Cuba mulakan yang baru. Risiko itu satu peluang, kalau kita bijak menanganinya.
Orang yang tak berani mengambil risiko itulah sebenarnya yang meletakkan diri dalam bahaya.

Tahun 2012... Bermulalah perjalan yang baru.
Semoga saya tsabat atas jalan ini. Diberi kekuatan utk berdikari.
Moga dakwah terus berkembang.
Watchaaaaa...

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!