Jom Sembang Lebat

Wednesday, October 29, 2008

Kelemahan Bercinta Sebelum Kahwin

1. Menciptakan hubungan asmara tanpa membangun persahabatan dengannya. Mungkin Anda memang benar jatuh cinta padanya, tapi jangan lupa luangkan waktu sedikit banyak untuk mengetahui atau memperhatikan apa yang sesungguhnya ia inginkan atau ia perlukan. Sisihkan waktu untuk mempelajari kepribadiannya, bukan hanya fisik semata.
2. Tidak jujur kepada diri sendiri. Seringkali orang yang sedang jatuh cinta memberikan batas toleransi yang berlebihan kepada pasangan. Mereka berpura-pura seolah-olah sikap pasangan bukan merupakan gangguan yang besar pada diri mereka atau mereka berharap agar masalah itu selesai seiring dengan berlalunya waktu.
3. Tidak "memperhatikan" diri Anda selama menjalin hubungan asmara. Banyak orang yang lupa "memperhatikan" dirinya sendiri selama menjalin hubungan asmara. Kebanyakan orang yang sedang dimabuk cinta ingin selalu berduaan dengan kekasihnya. Akibatnya orang-orang di sekitar mereka merasa diabaikan sehingga lambat laun tanpa mereka sadari teman-teman pun menjauh. Ini mempunyai akibat yang buruk di masa mendatang. Anda akan dicap kurang pergaulan dan bila Anda sedang jenuh bersama sang kekasih, tidak ada seorang teman pun yang bersama dengan Anda.
4. Menggantungkan kebahagiaan diri Anda ke pasangan. Jika selama ini Anda berpikir bahwa kebahagiaan Anda bergantung pada pasangan, maka Anda salah. Anda boleh jatuh cinta pada siapa saja namun tidak berarti bahwa orang tersebut dapat membuat Anda bahagia. Kebahagiaan Anda bergantung pada Anda sendiri. Jangan sesekali Anda memusatkan seluruh hidup dan perhatian hanya pada satu orang saja, karena jika demikian, berarti Anda telah menutup wawasan dan kesempatan untuk menjadi lebih baik bagi diri Anda sendiri.
5. Cinta membutuhkan waktu. Seringkali seseorang lupa akan hal yang penting ini. Cinta selalu membutuhkan waktu, baik untuk mengenal maupun untuk bertumbuh. Terlalu cepat memulai suatu hubungan berakibat kurang baik karena mungkin Anda belum mengenal dengan baik karakter pasangan, sebaliknya jika Anda terlalu terburu-buru mengambil keputusan untuk meninggalkan pasangan hanya karena permasalahan sepele juga kurang bijaksana. Karena itu sebaiknya beri waktu yang cukup bagi diri Anda untuk mengenal pasangan.
6. Terlalu fokus pada sex. Anda harus menyadari bahwa tidak ada seorang pun yang senang menjadi obyek sex. Jangan jadikan sex sebagai prioritas suatu hubungan, sebaliknya jadikan sex hanya sebagai pemanis dalam hubungan Anda berdua. Fokuskan perhatian Anda dalam membangun jalinan asmara yang solid bersamanya. Buatlah rencana yang jelas untuk masa mendatang.
7. Berkencan tanpa tujuan yang jelas. Kencan memang merupakan aktivitas yang seru dan menyenangkan, namun jika Anda tidak mempunyai tujuan yang jelas dan tidak tahu apa yang Anda cari atau Anda inginkan maka cepat atau lambat hal ini akan membuat Anda menjadi lelah baik secara fisik maupun mental. Jadi lebih baik tentukan dahulu apa yang Anda cari dari suatu hubungan asmara dan apa yang Anda inginkan dari calon pasangan.
8. Berprinsip bahwa sex dapat menyelesaikan semua masalah. Tinggalkan prinsip seperti ini. Walaupun Anda bersedia menyerahkan diri Anda seutuhnya kepada pasangan, tidak menjamin bahwa pasangan akan setia atau tidak akan meninggalkan Anda. Segera ubah pola pikir Anda. Jangan biarkan diri Anda dibodohi dengan iming-iming jika Anda bersedia melakukan hubungan sex maka pasangan akan semakin mencintai Anda. Itu justru membuktikan bahwa pasangan tidak mencintai Anda dan hanya menginginkan kesenangan semata.
9. Memprioritaskan kecantikan fisik. Ini juga merupakan salah satu hal yang kerap terjadi. Umumnya, kecantikan fisik menduduki skala prioritas utama dari pada kecantikan batin. Padahal kecantikan batin jauh lebih bermanfaat dan tahan lama.
10. Kembali melakukan kesalahan yang sama. Pernahkah Anda melakukan introspeksi diri mengenai kegagalan asmara Anda di masa lalu? Sebelum memulai hubungan yang baru, ada baiknya Anda mengintrospeksi diri dan melihat kembali dimana kesalahan Anda. Dengan mengetahui letak kesalahan, Anda dapat belajar untuk tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.

Moral: Kalu dah tak tahan, kawin jela. Yg penting nikah,asalkan memenuhi tuntutan syarak dah cukup. Islam itu fleksibel utk semua.

Tuesday, October 21, 2008

Sembang2 subject matter kreta..

assalamualaikum..dah brp lama agaknye aku tak update blog ni ek..la seminggu je pun.ok la, kali ni aku nak beri beberapa pandangan and comment aku psl kreta2 yg aku nak pilih ni.tp aku takkan elaborate lebih,mybe gambar je dah ckup..bak pepatah org putih "a picture is worth a thousand words"...

1) proton iswara



2) TATA nano,



3) proton juara



4) nissan skyline R34 gtr



Harap2 korang paham la ape yg dimaksudkan ngan gambar tu.bukan nak kutuk,we have to open up our mind.ni just general comment,bukn kritikan ke ape ok.insyaallah aku akan upload lg gmbr2 yg bleh aku compare..sekian jzk.

Thursday, October 16, 2008

my car drawn in catia

Mmg tak disangka la aku leh buat model kereta sebijik guna software catia.Mula2 aku ingatkan susah giler..Tp bile aku try, takdela susah mane pun.aku buat pun trial and error gak ngan wireframe and surface..Just have to follow what en razali dah ajar kan.Aku rasa die la lecturer paling sempoi skali. tapi ade gak yg kata aku buat tgk catia video guide tu(slalunye org yg ckp camtu tak penah try buat pun).ni la hasilnye as a beginner.






Sunday, October 12, 2008

haa ni ade satu lagi resepi yg korg takleh tahan nyer




Nak buat kek coklat
ingredient nyer kat bawah ni (ukuran dlm oz)

-buttercup 8oz
-gula perang (soft brown sugar) 8oz



-black treacle atau golden syrup(ni gula hangus korang bleh beli kat giant) 3oz
-4 biji telor (putih ngan kuning telor diasingkan)
-tepung naik sendiri (self raising flour) 8 oz
-serbuk koko 2 oz

mula2 korang pukul putih telor tu sampai kembang, benda akan jadi warna putih mcm buih sabun skit. nak tau putih telor tu dah kembang, korang terbalikkan mangkuk tu, putih telor tu tak jatuh. mcm kat dlm gambar kat bawah..



Ok pastu dlm bekas yg lain, campurkan buttercup, gular perang, treacle n kuning telor smpai rata. Dah rata, korang masukkan tepung ngan koko dlm campuran butter td. ok dah sekata, br korang campur ngan putih telor td. Ape lagi masukkan bnde2 tu dlm bekas oven pastu masak dlm oven (180 darjah selsius) selama 45 minit - 1jam.

hasilnyer

Thursday, October 9, 2008

video

Malam (by: plague of happiness)

Malam ini ku nyanyikan
Sebuah lagu lama
Yang terkubur dalam nista ku
Hilang daya hilang mata
Ingin ku luahkan segalanya
Agar engkau sadar

Semalam aku
Datang meminta minta
Secebis harapan
Semangat dimasa hadapan oh oh...

Malam ini tak terhenti
Tiada noktah lagi
Melunaskan segala janji ku
Aku pinta kau berserah
Moga penghujung cita2
Kita tak terdampar

Kerana aku
Tiada nafas lagi
Pikul beban ini
Yang kerap jatuh lari... oh oh...

Wednesday, October 8, 2008

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari...wallahualam

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH....

sempoi giler:minyak bekas ayam goreng pun leh guna

Skg ni ramai yg merungut psl harga petrol naik dgn mendadak. Mmg sakit gak, tp nak bt camner kan. Sumber telaga minyak kat seluruh dunia makin lama akan kering gak. Bukan kejap je nak dapat minyak2 tu dpd bangkai dinasaur. Makan berjuta2 tahun gak tu. Disebabkan keadaan skang ni selain dpd masalah pencemaran, ade byk giler research psl biodiesel. Mula2 aku tak tau pebende biodiesel tu. Yg aku tau biodiesel tu mcm diesel, cuma die extrak dpd lemak2 tumbuhan je.
Skg ni baru aku tau betapa sempoi nyer biodiesel ni sbnor nye. Tak payah modify ape2 pun kat enjin tu. Tapi enjin tu mestila enjin nyalaan mampatan (compression ignition) atau lebih dikenali sbg enjin diesel. Aku tertarik ngan enjin diesel sbb enjin diesel ni "kebal" dan "kasar"..Rupernyer enjin diesel ni bleh berjalan gak kalu kita letak minyak masak. Best giler!! Tp lg best kalu minyak masak tu dah digunakan, bekas ayam goreng ke, ikan goreng ke, pisang goreng ke..kalu aku pakai keta enjin diesel kat umah, takdela mak aku nak susah2 buang minyak masak tu bile abis je goreng jemput2. Kan membazir kalu buang. Aku dgn senang hati cakap "mak, minyak tu jgn buang, luq nak isi penuh".. bayangkan lori, bas atau van yg guna diesel diisi ngan minyak masak bekas ayam goreng.peh!!mesti best gile bau ekzos kan?org lain ingat ader gerai kfc yg bergerak, padahal bau ekzos..
Aku tak tipu ni, mmg betol enjin diesel ni sempoi. Mmgla kalu baca mana2 artikel pun die akan citerkan sblom bleh guna, minyak tu perlu dicairkan dlu dgn alkohol sbb tu utk negara2 sejuk.malaysia ni panas dan lembap sepanjang tahun, jadi lepas goreng ayam tu, tapis (nak buang kerak2) pastu terus isi dlm tangki. Buktinyer ngan mata kasar aku sndiri masa aku bt latihan industri kat pusat pembangunan automotif utm. Aku sendiri overhaul enjin diesel tu pastu aku sendiri bt test tu. terkejut beruk aku bile enjin tu bleh b'fungsi cam biase.

Tapi skang nape diorang tak fikirkan nak cari bahan mcm biodiesel yg bleh kite guna utk enjin petrol plak ek?nape takde research pasal biopetrol plak skg ye?lagi best kalu camtu. video

Tuesday, October 7, 2008

what i need.

i Asked for strength,
and Allah GaVe me difficulties
To overcome

I asked for wisdom,
and Allah gave me problems
to Solve

I asked For prosperity
and Allah gave me
brains And Brawns
to work with

I asked for Courage
and Allah Gave me Dangers
to Face

I asked For loVe
and Allah gave me Troubled people
to Help

I asked for Favors
and Allah gave me opportunities..

I recieved nothing that I want,
But ..I recieved everything I needed..
My prayers have been answered
After all...

Monday, October 6, 2008

On road experiment on WVO

video

Dadih..


Korang semua mesti suka makan dadih kan? Lagi lagi biler cuaca tgh panas, lps smayang jumaat kat luar pagar masjid mesti ader gerai kecik jual dadih. Raya baru baru ni aku gi beraya kat umah Mak Busu aku (adik bongsu mak aku la tu). Die pun hidangkan la dadih dlm bekas kecik tu kan. Banyak giler mcm die borong je. Aku pun tanyer la die mana Mak bUsu borong dadih banyak ni? Die kata maner ader borong, die buat. Makin menarik biler die kata die buat dadih tu. Pastu die pun gi dapur amik sepaket dadih segera. Benda tu mcm serbuk la kan. Tiba2 je aku mcm tertarik, aku tanya braper harga sepaket? Berapa cawan boleh buat ngan sepaket ni? Terkejut gak aku biler die kata sepaket serbuk dadih ni bleh buat 40 bekas. Sepaket benda tu dlm rm 3.50.. Kalau jual, 1 tub dah singgit. maknenyer sepaket bleh dapat rm 40 secara kasar. Modal yg diperlukan cuma utk beli benda tu ngan bekas2 die jer. Nak masak takde hal, dapur ngan peti ader dah. Kalau laku mmg best giler.. Jadi, skg aku pun tgh pikir2 nak buat bisnes dadih. Ape pendapat korang?

Sunday, October 5, 2008

Resepi2 yg cambest: ikan bawal masam manis...

Cuba la resepi ni. Ingredients die pun aku rujuk mak aku gak. Tapi lain orang, lain ingredient nyer.
-Ikan Bawal (tak kisah braper ekor pun. Janji dah siang, dah buang perut)
-serbuk kunyit
-sos tomato, sos cili, kicap manis
-gula sikit
-garam sikit giler
-bawang (merah, putih dan besar)
-halia
Ok, mula2 basuh dlu ikan, kunyitkan, biar peram 30 minit (bt ikan goreng dlu). Ha, ni tips ikan goreng yg berjaya. Isi minyak masak sampai tak lebih dr 1/2 kuali tu. Panaskan sampai kuali berasap. Biarkan api besar. Masukkan ikan bawal, jangan slowkan api. Ikan tu kalu bleh jangan masukkan semua skali gus. Biar ikan tu "berenang" bebas dlm kuali tu. Dah garing, keluarkan semua ikan2 tu. Bawang2 dan halia yg dah siap potong tu tumis dlu. Pastu tuang sos tomato sampai mcm dah nak abis. Tuangkan secawan air, masukkan kicap (skit je), sos cili (1/3 dpd sos tomato) pastu kacau sampai sebati. Campurkan gula ngan garam. Nisbah gula:garam mesti 3:0.001 (dlm ukuran sudu). Rasa sikit ngan hujung lidah, pastu ape lagi..campak jela ikan bawal tadi dlm kuah masam manis tu. Dah siap. Ok? bleh jib? eh eh eh..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!