Jom Sembang Lebat

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Tinggal Tilam yg Empuk!! Masjid!!Aku datang!!

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.


Amma ba'd..

10 malam terakhir menjelma..Kini dah 23 Ramadhan. Malam ni akan masuk malam yg ke 24..
Yeaaaaaaah!!! (ooops sepatutnya Allahuakbar)
Nape yeaaah pulak? hoho
Takde kena mengena dengan raya dah nak dekat (huhu..setan akan kembali berkeliaran)
Tapi sebab 10 malam terakhir ni lah yg paling best tawarannya. Nak cari satu malam je, tapi saya perlu konsisten.
So awal2 lagi saya bagitau kat tilam di rumah.

"Weh, tilam. mulai malam ni sampai raya, ko boleh cuti. Tak perlu kena tindih ngan aku. Aku nak tido masjid"

Mulalah agenda iktikaf saya kat masjid2 dan surau2. Seronok bila sorang2 je.
Bila dah sorang2, boleh la saya mengadu sepuas-puasnya kepadaNya. Tapi saya tak pernah rasa puas. Seronok pulak bila nangis sorang2 kat masjid (malunyer).
Tilawah pun seronok walaupun banyak je ayat yg menembak diri sendiri (itu yg buat seronok).
Erm..best bila dapat bersama dengan al-Khaliq..
Rasa manisnya bermujahadah. Er..sorry Cik Hawa' (nafsu)..ala, tak lama pun 10 hari je..heh heh heh (ada helah nak cabut lari dpd cik hawa')

Apa2 pun mari kita ambil peluang keemasan ni utk mengecapi ganjaran Ramadhan. Semoga Allah redha dengan kita semua. Mudah-mudahan Allah juga akan mencintai kita sbg hambaNya.
Wallahualam..
Sekian..

Tuesday, August 16, 2011

Saki Baki..

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.


Amma ba'd..

Separuh dari bulan tarbiyah telah berlalu. Macam mana dengan kita semua? Dah ada tanda-tanda nak mencapai darjat taqwa ke belom? Ke tiap-tiap tahun sama je?
Jom scan balik apa yang kita dah buat sepanjang tahun dan juga sepanjang 15 hari pd bulan Ramadhan.

Ataupun kita nak biarkan diri sendiri dlm kitaran bodoh? Every year its the same old thing. Masanya untuk berubah supaya Ramadhan kali ni lebih baik dpd yang lepas.
Watchaaa!!!
Wallahualam..

Monday, August 15, 2011

Kitaran Bodoh Ikhwah...


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.






Amma ba'd..
Fuh!! Tajuk yang kontroversi buat ikhwah2 sekalian. Ha..cuba renung-renungkan.
Sebelum antum (ikhwah sekalian) tertanya-tanya "Ikhwah pun ade kitaran bodoh ke?"
ataupun "macam mane pulak seorang akh tu duduk dlm kitaran bodoh? bukan ke kita dah lama dikeluarkan dpd kitaran ni ke?"
lebih baiklah bagi diri ana untuk jawab terlebih dahulu.



Beginilah ceritanya. Pada suatu hari, burung2 berkicauan dengan gembira sekali (cewah). Kita semua dah lalui ISK (Ini sejarah kita), yang mana dalam muqaddimahnya disebut tentang "Kitaran Bodoh" orang2 yang tak jelas matlamat hidupnya.
Dah tentu sama lah kita semua ni. Bila baru nak mengenali tarbiyah, bukan main semangat lagi kan. Ana sendiri melompat-lompat dengan tarbiyah pada awal2 dahulu kala. Sanggup tak tidur malam sebab nak datang liqa' @ halaqah. Sanggup pinjam moto (walaupun takde lesen) semata-mata nak lalui wasilah tarbiyah.
Mujahadah bukan main lagi. Rindu betul pada zaman tu..
Tapi lama kelamaan, Allah nak uji kita semua. Kenapa kita ikut tarbiyah sebenarnye?
Allah uji kita pada titik kelemahan kita. Sikit je Allah uji, tapi kita yang rasa macam kena hempap dek kapal kargo yang penuh muatan.
Aaaargh!! sakitnye..
Ada yang diuji dengan kemewahan, ada pula yang diuji dengan murobbi yang tak pernah hargai amalnya, ada yang diuji dengan seorang akh yang suka menaikkan emo nyer (ana lah tu yang selalu emo2 ni,huhu). Tergamam seketika bila ana lihat salah seorang akh yang bertindak meninggalkan tarbiyah kerana tak tahan ujian. Ya Allah, kekalkanlah aku di atas jalan ini.




Ok, lets get to the main point. Tiap2 tahun/semester kalau ada student baru yang masuk, kita akan mulakan kerja turun ke laut. Pasang perangkap, tebar jala dan macam2 lagi. Mula lah tajmik, ta'lim dan bermacam2 lagi utk memikat hati adik2 baru.
Lepas tu buat apa? Bermulalah sesi taaruf merapatkan diri dgn mereka. Pastu nak buat ape? Kumpulkan hasil tangkapan untuk ISK. Lepas ISK, join halaqah.




Basuh3, bulan depan ada program yg lain. Qiam + Pengisian Hadis Ghulam. Lepas tu basuh lagi dalam halaqah. Sampai ke penghujung tahun, kualiti mereka pun menurun. Penggerak program pun muka yang sama juga. Dan akhirnya benda yang sama pun berulang.
Dakwah pun tak berkembang.



So, apa sebenarnya tujuan kita join tarbiyah ni? Sepatutnya tarbiyah pada diri kita melahirkan keinginan untuk berdakwah. Pendek kata tarbiyah akan menghasilkan dakwah. Tapi, sebaliknya berlaku. Dakwah tidak berkembang. Apa salah nye ye? Cuba kita muhasabah balik pasal pae kita ikut tarbiyah ni? Dpd tarbiyah, kita nak bina islam sebagai "World Order" sebagai cara utk mencapai matlamat hidup kita (ibadah & khalifah). Kita nak ikut cara Nabi sebarkan islam, bermula dgn individu. Tapi sampai skarang, itu je lah muka nya. Takde muka lain ke?



Bila dah lost segala tujuan kita bertarbiyah, maknanya apa bezanya kita dengan org yang tak ditarbiyah? Inilah dia "Kitaran Bodoh Ikhwah" yang menyebabkan dakwah tak berkembang. Tak salah kita gunakan kaedah ni, malah ana yakin melalui kaedah ni lah yang paling efektif utk kita semua. Tapi skg ni benda ni jadi rutin dan rohnya sudah hilang. Maka berlakula kitaran yang tak best utk disebut-sebut. Itu yang menyebabkan kita semua makin kering.



Ana sendiri pun merasai benda tu. Tiap2 tahun program yang sama. Isinya pun sama. Akhirnya macam2 perasaan yang tak best timbul dalam diri kita.
Terutama pada diri ana yang sememangnya "panas baran" dan selalu je emo atas sebab diuji dengan kerenah akh yang bermacam-macam (mereka bukanlah malaikat, huhu).



Jadi..mari kita sama2 muhasabah diri. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyah, sepatutnya ditingkatkan lagi amal kita. Jaga hubungan dengan Allah (ibadah), tingkatkan usaha dakwah (sebagai khalifah). Lastly, ingatlah tujuan utama kita bertarbiyah. Kita nak manusia semua tunduk kepada perintah Allah, tak bermakna kita immune dengan perintah tu (tunduk kepada Allah). Kita menyuruh orang lain, diri kita juga perlu tunduk kepadaNya.

Wallahualam..

Thursday, August 11, 2011

Miscommunication...

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.




Amma ba'd.
Saya dah buat silap..
Tapi ape ntah saya pun tak pasti.
Maklum la hammasah (semangat) dan himmah (keinginan) tinggi sangat.
Sampai HIKMAH ditinggalkan.
Nampak sangat saya masih belum matang.
Nak kata budak hingusan, umur dah 25..
Nak kata budak mentah, banyak benda jugak yg saya dah tengok kat dunia ni.
Tapi tak setanding dengan mereka di luar sana.
Hmmm..teguran yang agak "kasar" dan mem-provoke-kan.
Mungkin jugak.
Tidak sama sekali utk memeningkan kepala
Atau untuk memalukan siapa2.
Kalau ada tu, sorry ye (tapi jangan pulak naik lori)..
Cuma nak suntikkan sedikit motivasi.
Dan nak berkongsi bersama.
Nak bagitau bloggers yang tak mendapat sambutan "DONT STOP WRITING"
Unless kalau dah malas macam saya lah.huhu.
Itu je, bukan nak provoke atau nak mengaibkan siapa2.
Walaupun teguran macam sembrono.
Tapi itu semua "miskominikesyen" (miscommunication) jer (cakap dengan suara lelaki yg super lembut sambil memusingkan tangan mcm usop wilcha)...




Monday, August 8, 2011

Kalau lah...

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.



Amma ba'd..

Kalau lah aku boleh kembali ke masa silam..
Sudah pasti aku takkan ambik course engineering..
Kalau lah aku boleh kembali ke zaman sekolah dulu..
Sudah pasti aku akan belajar dengan lebih rajin..
Kalau lah aku boleh "rewind" masa..
Sudah tentu aku takkan lari dpd tarbiyah..
Kalau lah aku hidup kembali..
Boleh la aku kumpul pahala banyak2.
Bantu ummat islam sebanyak mungkin..



Kalau lah aku ni macam superman..
Sudah tentu akan ku terbang ke Palestin..
Halau semua penjajah Zionist keluar.
Kemudian terbang pulak ke Chechnya..
Bantu tentera mujahidin di sana..

Kalau lah aku ni boleh sabar sikit lagi..
Dan aku bersungguh-sungguh dalam dakwah..
Dah tentu mutarabbi aku akan lebih baik..
Kalu lah itu..kalau lah ini...
Semua boleh jadi..
KALAU KALAU BABI PUN BOLEH TERBANG..
haha..

P/S: Tu la..banyak sangat "kalau" tak guna jugak..
"kalau" tak akan mengubah apa2. Its no use dwelling on the past.
SAYUR! SAYUR! SAYUR!

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!