Jom Sembang Lebat

Tuesday, August 23, 2011

Selamat Tinggal Tilam yg Empuk!! Masjid!!Aku datang!!

Posted on 9:51 AM by Ghuroba'

بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.


Amma ba'd..

10 malam terakhir menjelma..Kini dah 23 Ramadhan. Malam ni akan masuk malam yg ke 24..
Yeaaaaaaah!!! (ooops sepatutnya Allahuakbar)
Nape yeaaah pulak? hoho
Takde kena mengena dengan raya dah nak dekat (huhu..setan akan kembali berkeliaran)
Tapi sebab 10 malam terakhir ni lah yg paling best tawarannya. Nak cari satu malam je, tapi saya perlu konsisten.
So awal2 lagi saya bagitau kat tilam di rumah.

"Weh, tilam. mulai malam ni sampai raya, ko boleh cuti. Tak perlu kena tindih ngan aku. Aku nak tido masjid"

Mulalah agenda iktikaf saya kat masjid2 dan surau2. Seronok bila sorang2 je.
Bila dah sorang2, boleh la saya mengadu sepuas-puasnya kepadaNya. Tapi saya tak pernah rasa puas. Seronok pulak bila nangis sorang2 kat masjid (malunyer).
Tilawah pun seronok walaupun banyak je ayat yg menembak diri sendiri (itu yg buat seronok).
Erm..best bila dapat bersama dengan al-Khaliq..
Rasa manisnya bermujahadah. Er..sorry Cik Hawa' (nafsu)..ala, tak lama pun 10 hari je..heh heh heh (ada helah nak cabut lari dpd cik hawa')

Apa2 pun mari kita ambil peluang keemasan ni utk mengecapi ganjaran Ramadhan. Semoga Allah redha dengan kita semua. Mudah-mudahan Allah juga akan mencintai kita sbg hambaNya.
Wallahualam..
Sekian..

2 Response to "Selamat Tinggal Tilam yg Empuk!! Masjid!!Aku datang!!"

.
gravatar
guest Says....

bro lma gua x nmpak lu.ad link baek punyer bley la kite serbu.gua bg link kt sini k
gua smpt gk msuk hahahahaha.ap baghal la dia

.
gravatar
Ghuroba' Says....

weh.gua masuk2 link yg lu bagi tuh die dah buang blog tu dowh..
ni mesti sebab lu dok cantas die kaw2 punya kan?
gua xdpt masuk link yg lu bagi kat gua tuh.aisey men..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!