Jom Sembang Lebat

Monday, August 15, 2011

Kitaran Bodoh Ikhwah...

Posted on 11:05 AM by Ghuroba'


بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.






Amma ba'd..
Fuh!! Tajuk yang kontroversi buat ikhwah2 sekalian. Ha..cuba renung-renungkan.
Sebelum antum (ikhwah sekalian) tertanya-tanya "Ikhwah pun ade kitaran bodoh ke?"
ataupun "macam mane pulak seorang akh tu duduk dlm kitaran bodoh? bukan ke kita dah lama dikeluarkan dpd kitaran ni ke?"
lebih baiklah bagi diri ana untuk jawab terlebih dahulu.



Beginilah ceritanya. Pada suatu hari, burung2 berkicauan dengan gembira sekali (cewah). Kita semua dah lalui ISK (Ini sejarah kita), yang mana dalam muqaddimahnya disebut tentang "Kitaran Bodoh" orang2 yang tak jelas matlamat hidupnya.
Dah tentu sama lah kita semua ni. Bila baru nak mengenali tarbiyah, bukan main semangat lagi kan. Ana sendiri melompat-lompat dengan tarbiyah pada awal2 dahulu kala. Sanggup tak tidur malam sebab nak datang liqa' @ halaqah. Sanggup pinjam moto (walaupun takde lesen) semata-mata nak lalui wasilah tarbiyah.
Mujahadah bukan main lagi. Rindu betul pada zaman tu..
Tapi lama kelamaan, Allah nak uji kita semua. Kenapa kita ikut tarbiyah sebenarnye?
Allah uji kita pada titik kelemahan kita. Sikit je Allah uji, tapi kita yang rasa macam kena hempap dek kapal kargo yang penuh muatan.
Aaaargh!! sakitnye..
Ada yang diuji dengan kemewahan, ada pula yang diuji dengan murobbi yang tak pernah hargai amalnya, ada yang diuji dengan seorang akh yang suka menaikkan emo nyer (ana lah tu yang selalu emo2 ni,huhu). Tergamam seketika bila ana lihat salah seorang akh yang bertindak meninggalkan tarbiyah kerana tak tahan ujian. Ya Allah, kekalkanlah aku di atas jalan ini.




Ok, lets get to the main point. Tiap2 tahun/semester kalau ada student baru yang masuk, kita akan mulakan kerja turun ke laut. Pasang perangkap, tebar jala dan macam2 lagi. Mula lah tajmik, ta'lim dan bermacam2 lagi utk memikat hati adik2 baru.
Lepas tu buat apa? Bermulalah sesi taaruf merapatkan diri dgn mereka. Pastu nak buat ape? Kumpulkan hasil tangkapan untuk ISK. Lepas ISK, join halaqah.




Basuh3, bulan depan ada program yg lain. Qiam + Pengisian Hadis Ghulam. Lepas tu basuh lagi dalam halaqah. Sampai ke penghujung tahun, kualiti mereka pun menurun. Penggerak program pun muka yang sama juga. Dan akhirnya benda yang sama pun berulang.
Dakwah pun tak berkembang.



So, apa sebenarnya tujuan kita join tarbiyah ni? Sepatutnya tarbiyah pada diri kita melahirkan keinginan untuk berdakwah. Pendek kata tarbiyah akan menghasilkan dakwah. Tapi, sebaliknya berlaku. Dakwah tidak berkembang. Apa salah nye ye? Cuba kita muhasabah balik pasal pae kita ikut tarbiyah ni? Dpd tarbiyah, kita nak bina islam sebagai "World Order" sebagai cara utk mencapai matlamat hidup kita (ibadah & khalifah). Kita nak ikut cara Nabi sebarkan islam, bermula dgn individu. Tapi sampai skarang, itu je lah muka nya. Takde muka lain ke?



Bila dah lost segala tujuan kita bertarbiyah, maknanya apa bezanya kita dengan org yang tak ditarbiyah? Inilah dia "Kitaran Bodoh Ikhwah" yang menyebabkan dakwah tak berkembang. Tak salah kita gunakan kaedah ni, malah ana yakin melalui kaedah ni lah yang paling efektif utk kita semua. Tapi skg ni benda ni jadi rutin dan rohnya sudah hilang. Maka berlakula kitaran yang tak best utk disebut-sebut. Itu yang menyebabkan kita semua makin kering.



Ana sendiri pun merasai benda tu. Tiap2 tahun program yang sama. Isinya pun sama. Akhirnya macam2 perasaan yang tak best timbul dalam diri kita.
Terutama pada diri ana yang sememangnya "panas baran" dan selalu je emo atas sebab diuji dengan kerenah akh yang bermacam-macam (mereka bukanlah malaikat, huhu).



Jadi..mari kita sama2 muhasabah diri. Bulan Ramadhan adalah bulan tarbiyah, sepatutnya ditingkatkan lagi amal kita. Jaga hubungan dengan Allah (ibadah), tingkatkan usaha dakwah (sebagai khalifah). Lastly, ingatlah tujuan utama kita bertarbiyah. Kita nak manusia semua tunduk kepada perintah Allah, tak bermakna kita immune dengan perintah tu (tunduk kepada Allah). Kita menyuruh orang lain, diri kita juga perlu tunduk kepadaNya.

Wallahualam..

6 Response to "Kitaran Bodoh Ikhwah..."

.
gravatar
adeq Says....

salam.tidak selayaknya untuk ana berkomentar di sini.cuma andai rasa nampak akan masalah itu, maka kita cuba mencari solusi.bersama membangun prestasi, bukan bergantung kepada management semata, program jemaah semata, murobbi semata.KITA a.k.a para du'at dalam management itu sendiri perlu mencorakkan tarbiah yang dimahukan.

sama ada ceria, bersifat ukhuwah, bersifat amaliah dsb.kerana...

"DAKWAH ITU SENI" coraklah ia bagaimanapun selama mana ia berdasarkan quran wa sunnah.tapi ingat ia harus diiringi bersama tarbiah.

keadaan ikhwah / akhawat yang mencair.salah siapa?kalau sudah tahu insan tertentu tiada self force maka jadilah DRIVE FORCE kepada mereka.kalau benar antum cinta dan sayang kepada ikhwah / akhwat antum.ikhwah jangan pulak cuba-cuba jadi drive force akhawat, PUNAH t.ish ish, kesian.

.
gravatar
Ghuroba' Says....

W'salam.
Jzkk.
Hmm. Betul tu. Muhasabah buat para du'at.
Ternyata kami masih mentah lagi.
Dpd menyalahkan, lebih baik memperbaiki dan mengingatkan @ memberi amaran (ikhwah yg dah lama dlm tarbiyah).
Hai ikhwah sekalian!! Keluarlah dari kitaran bodoh yg kita semua lalui. Sepatutnya kita lebih baik dpd dulu2. Lagi banyak program yg kita aturkan sepatutnya kita makin dekat dengan-Nya. Muhasabah balik.
Top up balik kelemahan yg ada.
As for myself, bulan ramadan ni lah peluang terbaik utk melatih diri utk mengawal emosi supaya jangan asyik nak emo jer.huhu
Moga2 dakwah dan tarbiyah terus hidup di UTHM.
Watchaaaaa!!!

.
gravatar
adeq Says....

kalau rasa, apabila kita handle program yang tidak mendatang ruhi.maka perlu adakan program untuk kita sendiri.dari pada memprogramkan orang ada baik memprogramkan diri.andai berlaku pencairan, instead of luaran lakukan dalaman.all d best, moga dakwah terus melaju dan memacu.

.
gravatar
Anonymous Says....

HATI ITU RAJA,,ANGGOTA ITU RAKYATNYA,,,
ANGGOTA ITU TIDAK AKAN BERGERAK JIKA HATI ITU TIADA BERKEHENDAK IA,,,

FIKIR2KAN..

.
gravatar
Ghuroba' Says....

Kepada Anonymous:
Wah..macam marah je,takut la I.(eii geli geleman).rileks2.jangan marah nanti cepat tua.
betul tu. hati adalah raja. anggota badan kita adalah rakyatnya.
peringatan yg terbaek.
Noted.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!