Jom Sembang Lebat

Thursday, September 3, 2009

1 Malaysia cuma angan2 kosong kalau...

Assalamualaikum.. Aku saje2 letak tajuk tu, nak kasi menarik. Tapi, kali ni ade la sikit kaitannya dgn konsep 1 Malaysia.


Dalam solat berjemaah, kesempurnaan saf perlu diambil berat. Malangnya, ramai yg ambil ringan. Malah, ada yg berdegil tak mau rapatkan saf mereka.

---------------------------------------------------------------------------------------
Banyak sekali dalil yang memberikan penjelasan tentang wajibnya untuk meluruskan dan merapatkan shaff, di antaranya adalah sebagai berikut :


1. Nash yang menggunakan bentuk kata kerja perintah (fi’lul-amr). Di antaranya adalah :

a. Menggunakan kalimat [أحسنوا إقامة الصفوف في الصلاة] = “Baguskanlah dalam menegakkan shaff dalam shalat”.


Dari Abi Hurairah radliyallaahu ‘anhu, bahawasannya Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

أحسنوا إقامة الصفوف في الصلا ة خير صفوف الرجال في الصلاة أولها وشرها آخرها وخير صفوف النساء في الصلاة آخرها وشرها أولها

“Baguskanlah di dalam menegakkan shaff di dalam shalat. Sebaik-baik shaff lelaki di dalam shalat (berjama’ah) adalah yang shaff pertama dan yang paling buruk adalah yang paling akhirnya. Dan sebaik-baik shaff para wanita di dalam shalat (berjama’ah) adalah yang paling akhir dan yang paling buruk adalah yang shaff pertama”. (HR. Ahmad dalam Musnadnya, serta dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 499)


b. Menggunakan kalimat [سووا صفوفكم] = “Luruskan shaff kalian”.


Dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu dia berkata : Telah berkata Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam :

سووا صفوفكم فإن تسوية الصف من تمام الصلاة

“Luruskan shaff kalian kerana lurusnya shaff merupakan sebahagian daripada kesempurnaan shalat (berjama’ah)” (HR. Muslim nombor 433).

c. Menggunakan kalimat [أقيموا صفوفكم وتراصوا] = “Luruskan dan rapatkan shaff kalian”.

Dari Anas dia berkata : Telah ditegakkan shalat berjama’ah (iqamat), kemudian Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam berbalik menghadap kami dan bersabda :

أقيموا صفوفكم وتراصوا فإني أراكم من وراء ظهري

“Luruskan dan rapatkan shaff kalian kerana aku dapat melihat kalian daripada balik punggungku” (HR. Bukhari nombor 719).

d. Menggunakan kalimat [رصوا صفوفكم وقاربوا بينها وحاذوا بالأعناق] = “Rapatkanlah shaff kalian, dekatkanlah antara shaff, dan ratakanlah leher kalian”.

Dari Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bahawasannya beliau bersabda :

رصوا صفوفكم وقاربوا بينها وحاذوا بالأعناق فو الذي نفسي بيده إني لأرى الشيطان يدخل من خلل الصف كأنها الحذف

“Rapatkanlah shaff kalian, dekatkanlah antara shaff, dan ratakanlah leher kalian. Demi Dzat yang jiwaku di dalam genggaman tangan-Nya, sungguh aku melihat syaithan menyusup di celah-celah shaff seperti anak kambing” (HR. Abu Dawud nombor 667 dan Nasa’i nombor 815; dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 621 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nomor 494).

e. Menggunakan kalimat [استووا ولا تختلفوا] = “Luruskanlah (shaff kalian) dan jangan bercerai-berai”.

Dari Abu Mas’ud radliyallaahu ‘anhu dia berkata : Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

استووا ولا تختلفوا فتختلف قلوبكم

“Luruskanlah (shaff kalian) dan jangan bercerai-berai sehingga akan tercerai berai hati kalian” (HR. Muslim nombor 432).


f. Menggunakan kalimat [أقيموا الصفوف] = “Tegakkanlah shaff-shaff”; dan [وحاذوا بين المناكب وسدوا الخلل ولينوا في أيدي إخوانكم] = “Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian”.

Dari Ibnu ‘Umar radliyallaahu ‘anhuma bahawasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

أقيموا الصفوف فإنما تصفون بصفوف الملائكة وحاذوا بين المناكب وسدوا الخلل ولينوا في أيدي إخوانكم ولا تذروا فرجات للشيطان ومن وصل صفا وصله الله تبارك وتعالى ومن قطع صفا قطعه الله

“Tegakkanlah shaff-shaff, sesungguhnya apabila kalian melaksanakannya, maka itu seperti shaf-shaf malaikat. Rapatkanlah bahu-bahu, tutuplah celah-celah, dan berlemah-lembutlah terhadap saudara kalian, serta jangan biarkan ada celah untuk syaithan. Barangsiapa menyambung shaff, Allah akan menyambung hubungan dengannya. Barangsiapa memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskan hubungan dengannya” (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495).


2. Nash-nash yang menggunakan kata kerja yang disertai Lamul-amr (huruf lam yang memberikan makna perintah), seperti :


a. Dari An-Nu’man bin Basyir radliyallaahu ‘anhu bahawasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

لتسون صفوفكم أو ليخالفن الله بين وجوهكم

“Hendaklah kalian meluruskan dan merapatkan shaff kalian, atau Allah akan memalingkan diantara wajah-wajah kalian” (HR. Bukhari nombor 717 dan Muslim 436).


b. Dari An-Nu’man bin Basyir radliyallaahu ‘anhu bahawasannya Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam bersabda :

لتقيمن صفوفكم أو ليخالفن الله بين قلوبكم

“Hendaklah kalian meluruskan dan merapatkan shaff atau Allah akan mencerai-beraikan hati kalian” (HR. Abu Dawud nombor 662; dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 616 dan Shahih At0Targhib wat-Tarhib nombor 516)


3. Nash-nash yang mengandung la an-nahiyyah (huruf لا yang mengandung arti larangan), sedangkan larangan memberikan pengertian pengharaman kecuali terdapat qarinah (keterangan) yang menjelaskan ketidakharamannya. Qarinah yang ada justeru menguatkan perintah beliau untuk meluruskan dan merapatkan shaff, bukan sebaliknya. Di antaranya terdapat beberapa hadits berikut :

a. لا تذروا فرجات للشيطان = “janganlah kalian biarkan terdapat celah untuk syaithan” (HR. HR. Ahmad, Abu Dawud, dan An-Nasa’i; serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495).

b. لا تختلفوا فتختلف قلوبكم = “janganlah kalian bercerai-berai dalam (shaff) sehingga hati kalian akan tercerai-berai” (HR. Muslim nombor 432).

c. لا تختلف صدوركم فتختلف قلوبكم= “jangan sampai dada kalian tidak lurus, sehingga hati kalian akan tercerai berai” (HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya nombor 1551 dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 513).


d. تختلف صفوفكم فتختلف قلوبكم لا = “jangan sampai shaff-shaff kalian bercerai-berai sehingga hati kalian akan tercerai berai” (HR. Ibnu Khuzaimah dalam Shahihnya nombor 1552 serta dishahihkan Syaikh Al-Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud nombor 620 dan Shahih At-Targhib wat-Tarhib nombor 495).

4. Kenyataan yang ada memberikan bukti bahwa shaff shalat yang tercerai-berai mengakibatkan tercerai-berainya hati dan wajah.


5. Sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam : إياي والفرج ( “jauhkanlah aku dari celah-celah” ); yaitu celah di dalam shaff (HR. Thabrani dalam Al-kabir dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani dalam Ash-Shahiihah nombor 1757).

6. Penolakan dan pengingkaran shahabat Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu terhadap orang-orang yang tidak menegakkan shaff sebagaimana yang diriwayatkan oleh Busyair bin yasar Al-Anshari bahwa dia (Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu) datang ke Madinah, lalu ditanya,”Apa yang engkau ingkari dari perbuatan kami sejak engkau bersama Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam?”.

Dia menjawab :

ما أنكرت شيئا إلا أنكم لا تقيمون الصفوف

“Tidak ada yang aku ingkari kecuali kalian tidak lagi menegakkan shaff-shaff” (HR. Bukhari nombor 1724).

7. Allah mengancam akan memutuskan rahmat bagi orang-orang yang memutus barisan shaff sebagaimana terdapat dalam hadits Nabi shallallaahu ‘alaihi wasallam :

ومن وصل صفا وصله الله تبارك وتعالى ومن قطع صفا قطعه الله

“Dan barangsiapa yang menyambung shaff, Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan shaff, maka Allah akan memutuskannya”.

Ancaman akan diputuskannya rahmat dari Allah tidak mungkin hanya disebabkan meninggalkan perkara yang mustahab (sunnah) saja, tetapi pasti merupakan perkara yang wajib.

8. ‘Umar (diriwayatkan oleh Bukhari dalam Shahihnya nomor 3700) dan Bilal (diriwayatkan oleh Abdurrazzaq 2/47/2435 dan Ibnu Abi Syaibah 3534. Lihat juga Al-Fath 2/210) radliyallaahu ‘anhuma memukul kaki orang-orang yang tidak meluruskan shaff. Ibnu Hazm berkata : “Umar dan Bilal radliyallaahu ‘anhuma tidak mungkin memukul kaki seseorang jika hanya meninggalkan sesuatu yang tidak wajib”.

9. Anas bin Malik radliyallaahu ‘anhu menyerupakan orang-orang yang tidak meluruskan shaff dengan keledai liar, sebagaimana atsar shahih dalam Shahih Bukhari.

Itulah sebagian penjelasan mengenai wajibnya merapatkan dan meluruskan shaff dalam shalat berjama’ah. Wallaahu a’lam.

http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/22/rapatkan-saf-jangan-kedekut-sejadah/
----------------------------------------------------------------------------------------

Jadi, dpd posting yg aku copy ni dah jelas melurus dan merapatkan saff adalah kewajipan dlm solat berjemaah.

Kaitan dgn tajuk atas tu, macam mana kita nak bersatu sedangkan saff dlm solat pun masih tak sempurna?
Segalanya bermula dpd solat..


Thursday, August 20, 2009

Politik dan Islam

Pisah agama dan politik tidak masuk syurga � sarjana Islam
Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?

Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.
Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;
"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.
"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."
Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.
Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.
"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.
"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.
Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.
Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.
Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.
Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.
"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.
"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.
"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.
Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.
Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali.


Wednesday, August 19, 2009

Macam mana ni..

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi..beberapa hari lagi bertemu bulan yg dinanti-nantikan. Seronoknya tahajud, sahur, tadarus dari pagi sampai petang, iftar dan juga terawih. Rindunya aku pada kemeriahan Ramadhan. Pastu raya pulak, tapi aku tak berapa kisah pasal raya. Usia aku yg makin tua ni (dah mula ada perangai mcm org tua), jadi kedatangan syawal tak terasa. Yg aku terasa cuma pemergian bulan Ramadhan.huhu..

Tapi, berdasarkan tajuk aku ni bukanlah nak cakap pasal kedatangan bulan ramadhan. Yg aku dok gelabah sgt ni, projek sarjana muda aku masih belum siap lagi. Engine testing aku tak buat lagi. Macam mana dgn data ni..adoi..
Kalau nak buat kerja berat time puasa mmg takde hal bagi aku. Baru kerja berat, belum lagi berperang. Tapi masalahnya, staff makmal nak ke buat time puasa ni? Kalau biar aku sorang yg setting takut2 ade je alat yg rosak.
Takpela, tawakkal aje lah. Yang penting, write-up kena siapkan. Dah berapa hari aku susah nak tido malam sebab risau sangat projek aku tak berjaya.
Rupa pun macam zombie.
Doa2 lah supaya tarikh penyerahan laporan PSM bukan lepas raya supaya aku ada masa nak buat experiment nyer.

Teringat pula berita pemergian Ustaz Asri. Alfatihah untuk beliau. Aku terkejut berok bila dpt tau ketua kumpulan Nadamurni @ Rabbani meninggal. Teringat pula firman Allah ayat terakhir surah al-munafiqun:

"dan Allah tidak akan melambatkan kedatangan ajal seseorang.."

Ingat2 lah dunia ni hanya sementara..

Tuesday, August 4, 2009

H1N1 perlu dipandang serius

Wabak influenza A H1N1, atau swine flu tidak asing lagi di negara kita. Wabak ni memang hebat, dalam masa 3 bulan aje dah mencecah 1400 kes (skang dah lebih).

Banyak sekolah dan IPT terpaksa cuti awal gara2 H1N1. Langkah2 berjaga2 pun diambil (walaupun tak berkesan). Fenomena mcm ni sangat menakutkan. Tambah lagi dengan 7 kes kematian baru2 ni. Mulanya dengan 2 kes kematian, dalam 2-3 minggu gak dah cecah 7 orang.
Persoalannya, kes H1N1 ni tidak dipandang berat. Lepas dah tutup skolah, pelajarnya dibiar macam tu je. Malah mereka yg mungkin dijangkiti tapi tak menunjukkan simptom boleh merayau2 lagi. H1N1 bukan saje bleh berjangkit di sekolah atau IPT je, tapi apa pula ceritanya di pusat membeli belah, tempat kerja, dan karnival2 yg difatwakan haram (jom heboh)?
Selain tu, Malaysia merupakan antara negara yg pertama mendapat bekalan vaksin H1N1. Tapi, mana letaknya vaksin tu? Untuk mencegah dpd merebaknya wabak ni, program vaksin (mass vaccination progaram) patut dianjurkan, di mana semua org di malaysia mendapat suntikan vaksin. Kalu tak boleh pun, mereka yg pulang dr luar negara perlu terus disuntik dgn vaksin di mana2 terminal.

Bagi yg muslim pula, ingatlah wabak spt H1N1 merupakan satu peringatan dpd yg Esa. Ingatlah Dia, betulkan sikap kita yg merugikan. Kembalilah kpd Quran dan Sunnah. Amalkan amar ma'ruf nahi munkar, bala Tuhan tak kira yg baik atau jahat. Semua akan terkena.

Sunday, July 19, 2009

Antara Sebab2 Selsema Khinzir h1n1 Tersebar di Malaysia

Sekadar suka2 gurau senda.. Kelakar dialog kat bawah ni.




Kelakar betul, org tak reti bahasa.. Saje nak buat kacau.

Saturday, July 18, 2009

10 WASIAT HASAN AL BANNA

1.Apabila kamu mendengar azan, segeralah bangun sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan kamu sekalipun.

2. Bacalah Al-Quran atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yang baik atauberzikir. Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.


3. Berusahalah sedaya-upaya untuk bertutur dengan Bahasa Arab Fushohah kerana iamerupakan satu satu syiar islam.

4. Janganlah banyak berdebat dalam apa perkara pun kerana pertengkaran kosong tidak membawa kepada sebarang kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Jangan terlalu banyak bergurau kerana umat yang berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.

7. Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar.

8. Jauhi daripada mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan jangan bercakap melainkan perkara yang mendatang kebaikan.

9. Berkenalanlah dengan setiap rakan yang saudara tidak di minta berbuat demikian kerana asas-asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.

10. Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakanmu untuk memanfaatkan waktunya dan jika saudara berurusan, maka singkatkanlah masa perlaksanaannya.


Ketandusan Idea...

Assalamualaikum...

Dah lama tak update blog ni, aku rase macam dah bersarang. Buat masa sekarang, proses peng-update-an blog aku ni terbantut buat seketika waktu.

Antara sebabnya, aku takde idea nak tulis ape kat dlm entry baru. Lagi satu, aku masih tgh cari bahan2 yg relevan untuk blog ni. Maklumla dah lama tak bukak internet, jadi tanpa bahan, blog ni tak berjalan.

Skarang aku masih tengah mencari. Hrap aku akan jumpa apa2 yg sesuai untuk aku publish dan kongsi bersama pembaca sekalian.

Wallahualam, sekian wassalam.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!