Jom Sembang Lebat

Wednesday, July 27, 2011

Cinta..

Posted on 3:16 PM by Ghuroba'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.



Amma ba'd.
Kenapa dengan tajuk ni? Sekali baca rasa macam geli lah. Wekks XP
Tapi, saya terasa sesuatu lah. Sesuatu yang menyedarkan diri saya kenapa USRAH yang dibawa selama ni seolah-olah tak menjadi. Time saya beri pengisian, dah boleh kata siapa2 yg dengar tu akan terasa. Sebab pengisian saya memang penuh dgn sindiran (maafkan abang ye adik2 usrah yg terasa hati).
Rupanya-rupanya kebangkitan iman tu takkan tercapai kalau sekadar pengisian. Tujuan usrah bukanlah utk kita sekadar sedarkan mad'u kita. Bukan sekadar memantapkan fikrah mad'u. Sebab kita ada wasilah lain seperti daurah, nadwah, mukhayam, katibah dan lain2 lagi.
Nak bangunkan adik2 ni dari segi kerohanian, kita kan ada katibah.
Nak mantapkan fikrah, kita kan ada daurah, nadwah dan mukhayam.
Nak completekan muwassofat mereka, kita kan ada rehlah, jaulah dan sebagainya.
So, apa kurangnya USRAH yang kita bawak setakat ni?
Hmmmmm...Ye tak ye jugak..
Kalau tengok balik rukun usrah (taaruf, tafahum, takaful) semuanya bertemakan ukhuwah.
Kalau taaruf, makanan yang si mad'u ni tak suka pun kita tak tahu..Haisy murobbi jenis ape ni? Dia tak suka daging kambing, dah tu kita dok sibuk2 beli makanan utk usrah yg lauknya cuma daging kambing sahaja.
Komfem merajuk la si mad'u kita ni.. Cian..
Pastu bila dia mula pasif dlm usrah, kita pula tak paham2. Dia tak respon pada kita, kita pulak kata dia tak suka kita..huhu
Cian sang mad'u..itu plak tafahum dah tak lepas..
Kita buat tak reti, maslah dia pun sampai sudah takde org yg tolong selesaikan. aiseymen kurang pasir kurang simen..
Takaful pulak yang fail. Senang citer usrah tu memang dah fail la..
Jadinya..USrah memerlukan ukhuwah yang mantap. Baru ler iman boleh dihidupkan.

"la yu'minu ahadukum hatta yuhibba li akhihi ma yuhibbu linafsi"
Korang ni tak kira beriman,sampailah dia sayang pada saudaranya sepertimana dia sayangkan diri dia sendiri.

Ya, usrah ni sebenarnya nak melahirkan rasa cinta kpd sesama akh yg berada di dalam usrah tersebut. Sebab usrah tu sendiri adalah keluarga. Murobbi sebagai Ayah dan mad'u sebagai anak. Wa jiwangnyer..
Lagipun risalah islam yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w disampaikan atas dasar Cinta. Kalau tak, takkan la baginda nak sibuk2 bagitau kat bapak saudaranya yang degil tu. Kalau dia tak sayang pd penduduk Makkah, takde nye baginda nak sibuk2 kat atas bukit Sofa tu.
Hm..patutla usrah aku macam tak menjadi aje.Lagi2 kat KKTM..huhu
Perlu banyak spend time la dgn diorang..ni asyik nak menyindir je keje..
Sorry la ye musa, ilya, fahmi ngan mubin.
Lepas ni kena tidur sama2, makan sama2, mandi sama2, gi toilet sama2 eh terlebih pulak..
Mudah-mudahan Allah menyentuh hati mereka yang saya santuni selama ini. Amin..

2 Response to "Cinta.."

.
gravatar
adeq Says....

salam pernah baca buku 'bagaimana menyentuh hati' karya abbas as-sissi?bacalah sangat praktikal untuk dilaksanakan pada mad'u.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!