Jom Sembang Lebat
Wednesday, July 20, 2011
Pesananku
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum.
Para pembaca tentu merasa hairan dengan entry kali ni yang tidak bermula dengan muqaddimah yg biasa.
Ya, kerana pesanan ini saya tujukan utk orang2 tertentu sahaja.
Tapi kalau nak baca skali silakan (pening kepala tak jamin)
Untuk adik-beradikku.
Ingatlah, mak dan abah merupakan du'at yang bekerja untuk islam.
Mereka merupakan mujahid dan mujahidah yang mengorbankan segalanya,
tatkala menghadapi fitnah luar dan dalam keluarga sendiri.
Kita pula telah mereka tarbiyah dengan bersungguh-sungguh,
dengan harapan agar kita juga dapat mewarisi bebanan mereka yang berat ni.
Nak tak nak tanggungjawab bekerja untuk islam adalah tanggungjawab kita juga.
Kerja ini sangat sukar, jalan ini takkan dibentang dengan karpet merah.
Tapi akan dibentang dengan tohmahan dan cacian mereka yang tak faham akan jalan ini.
Jadilah kita Ghuroba, yakni strangers seperti Abu Bakar, Umar, Khalid ibn Walid, Amar bin Yasir, Sumayah, Bilal dan mereka yang dijanjikan syurga.
Jalan yang kita lalui ini sangat panjang.
Lagi jauh perjalanan, kita akan semakin sibuk sehingga hampir tiada masa
untuk mencari hiburan yg sementara.
Ya, kita akan sibuk dengan amal kita utk membina "khaira ummah".
Drama @ lagu korea, kartun anime, komik, games..semua tu kita akan tolak ketepi.
Walaupun semua itu harus, tapi secara automatic, kita sendiri akan tinggalkan semua itu untuk ummat ini.
Hasilnya, kita akan merasai kemanisan berjuang untuk agama ini.
Kita akan merasai keseronokan di balik kesulitan jalan ini.
Saudaraku.
Sedar tak kita apa tujuan kita dilahirkan?
Sedar tak kita tanggungjawab yang telah kita abaikan selama ini?
"wa ma khalaqtul jinna wal insa illa liya'budun"
(Aku tak cipta jin dan manusia melainkan utk mengabdikan diri kepadaKu)
Ya, matlamat hidup kita bukanlah untuk suka-suka.
Bukan untuk mencari kekayaan.
Kita hidup untuk mentaati Allah semata-mata.
Segala kerja kita akan dihitung, kita buat untuk apa?
Sudah tentu untuk menjelankan perintah Allah, dan meninggalkan laranganNya.
Dalam apa sahaja perkara, ingatlah pada yang Esa.
Apakah ertinya "la ilaha illallah" sekiranya kita masih lagi menuruti
kehendak peribadi kita?
Tiada maknanya syahadah kita skiranya kita masih menuruti hawa' nafsu kita.
Tatkala kita lihat di luar sana,
Banyak keruntuhan moral. Apa sebabnya?
Zina, Sumabng mahram, buang bayi, pergaulan bebas, tidak menjaga aurat, penyelewengan,penceraian,dan lain-lain lagi.
Tak pernah ke kita terfikir, apa punca sebenar masalah ini?
Sedangkan Allah suruh kita berfikir, lalu merujuk kpd al-Quran utk mencari jawapan.
Sudah tentu puncanya dpd kerapuhan Iman yang ada di dalam hati masing2.
Seolah2 kita ni buih yang cantik di luar tapi kosong di dalam.
Ya, kehidupan seharian kita semua dah jauh lari dari landasan al-Haq itu sendiri.
Sedangkan Allah telah meletakkan syarat agar kita tak rugi dunia dan akhirat.
"manusia dalam kerugian kecuali yg beriman dan beramal soleh. yang berpesan kepada kebenaran (Islam), dan juga berpesan dengan kesabaran" (surah al-Asr)
Tak ke kita terasa dengan ayat ini?
Adakah kita ni betul2 dikatakan beriman?
Sedangkan masih lagi melewatkan solat.
Tatkala terdengar seruan "Allahuakbar Allahuakbar!!"
Masih tak terasa gementar, malah tak tergoncang hati kita.
Astaghfirullah.
Sedangkan orang yang beriman itulah mereka yang GEMENTAR hatinya apabila diingatkan Allah.
Bagaimanakah iman kita?
Sudahkah kita sempurnakan tuntutan iman kita?
Solat kita adakah dijaga dengan sebaik mungkin?
Quran yang kita baca, adakah telah mengesani hati kita?
Masih terdedah lagi ke aurat kita?
Sudah disembunyikan ke segala perhiasan kita?
Tanyalah hati kita secara jujurnya.
Sekadar peringatan, pesanan buat semua.
"peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka"
Hidup kita sementara.
Apa yang kita lakukan akan dipersoalkan kelak.
Di hari yang tiada tempat perlindungan melainkan Allah semata-mata.
Di mana pada hari itu, mulut tidak akan bercakap.
Tangan, mata, kaki dan seluruh anggota kita akan menjadi saksi.
Semuanya akan mendakwa kita di mahkamah Akhirat.
Dan inilah salah satu yang saya boleh lakukan untuk diri saya.
Sekian.
2 Response to "Pesananku"
salam.
warna tulisan memang kelabu ke.
rabun sikit.
peringatan yang bagus.rasa entri nhe sesuai je untuk semua org.
owh..memang tak pandai nak adjust.heh x3.
kalau sesuai pun dah specify utk keluarga sendiri.
Post a Comment