Jom Sembang Lebat

Tuesday, February 2, 2010

Alhamdulillah Syukur..Akhirnya diriku bergelar engineer..

Posted on 3:18 PM by Ghuroba'

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.
Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Alhamdulillah syukur di atas nikmat Allah s.w.t,
Yang memberikan kepada diri ana nikmat IMAN dan ISLAM,
serta nikmat kesedaran ke atas kekhilafan diri ana.
Syukur juga di atas perasaan SYUKUR itu sendiri, barangkali ramai hamba-hambaNya yg tidak dikurniakan perasaan syukur ini. Hanya mereka yg terpilih sahaja diberi perasaan SYUKUR ini.


Amma ba'd..
BAru sahaja tadi ana melakukan sujud syukur.
Almaklum, selama ana punyai harapan yg hampir malap, rasanya seperti dilahirkan semula. BAru sahaja ana call kilang di gelang patah, dia kata "Luqman, you datang tommorow ah. Saya mau discuss gaji dgn you. Dont worry, you dah selected punya."

Dengar saje production manager cakap camtu, tersenyumlah ana dari telinga ke telinga.
Terus saja ana ambil wudhu' dan sujud syukur.
Ayah ana pun pelik sebab ana baru je tadi solat zohor.hehe

Apa2 pun alhamdulillah, bukan kerana dapat keje utk gaji. Tapi akhirnya ana bergelar process ENGINEER.
Memang janji Allah itu pasti. Tetapi syaratnye mesti dipenuhi; yakin, sabar, istiqamah, dan lain2 lagi.

Wallahualam..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu,” (28:77)


No Response to "Alhamdulillah Syukur..Akhirnya diriku bergelar engineer.."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!