Jom Sembang Lebat

Wednesday, January 27, 2010

Kelalaian dan tuduhan wahabi..apa kena mengenanya?

Posted on 11:23 AM by Ghuroba'

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.

Amma ba'd..

Apa kena mengenanya tajuk di atas ye?
Dah sebulan ana tak menjamah tarbiyah, dan ana merasakan yang diri ana makin lemah.
Ana rasa seolah-olah diri ana diselaputi kelalaian dan terperangkap dalam Wahan.
Sejak dua menjak ni, makin sukar untuk ana bangun Tahajjud. Mengapa ye?
Tambahan pula, ana rasa seolah2 diri ana makin jauh dpd Ilahi, iman semakin lemah.
Mujurlah datangnya sekumpulan orang dpd Tabligh melakukan aktiviti mabit di surau mutiara Aula (surau berdekatan dgn rumah).
Tapi meneydihkan, sebab mereka datang beberapa hari sahaja, mereka peramah orgnya. MasyaAllah, ada lagi rupanya manusia yg peramah ni. Mereka memberi peringatan pd diri ana, memotivasikan lagi diri ana untuk terus berusaha di Jalan ini.

Wallahualam, tapi sebaik shj mereka beredar ana rasa kekosongan. Ya Allah, hambaMu sering lalai dlm mengingatiMu. Tarbiyahkanlah hambaMu.

Yg kedua pula, semalam ada seorang pakcik yg agak tua bersenda dgn ana. Dia tanya "man,ngko ni pengikut wahabi ke? aku tgk cara ngko semabahyang lain je dpd org lain. org lain qiam tangan letak kat perut, ngko letak kat jantung pasal apa ye? masa tahiyat ngko ketar2 kan jari ngko, org lain tak buat pun?"
Berderau darah ana bila dikatakan mcm tu. Tapi ana tarik nafas panjang2 kemudian jawab dgn nada gurauan. "Wahabi tu ape pakcik (ceh buat2 tak tau plak)? Camni pakcik, saya letak tangan kat dada sebab pedih ulu hati" berdekah-dekah pakcik tu ketawa. kemudian saya jawab soalan kedua "sy mmg tak boleh kawal jari saya, mmg dh terketar la pakcik.sejenis penyakit." Pakcik tu mcm percaya je. Turn ana pulak ketawa kecil. Pastu ana jelaskan yg sebenarnya " macam ni pakcik, sebenarnya meletakkan tangan di dada masa solat ni salah satu dpd sunnah nabi s.a.w. Ada dalilnya, tapi org arab tafsirannya lain2. Ada yg faham yg dimaksudkan dgn dada tu dada dan perut (torso). Samalah juga dgn perbuatan menggerakkan jari. Ada yg faham, sekali je. Ada yg faham berkali2."

kemudian pakcik tu pun angguk tanda setuju. Ana ta boleh nak marah kat pakcik tu pun, sebab dia tak tahu, dan barangkali dia antara yg keliru dgn isu ni.

Wallahualam..

No Response to "Kelalaian dan tuduhan wahabi..apa kena mengenanya?"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!