Jom Sembang Lebat
Tuesday, February 9, 2010
Valentine;s Day dan Nilai Kasih Sayang dalam Islam..
Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.
Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Alhamdulillah syukur di atas nikmat Allah s.w.t,
Yang memberikan kepada diri ana nikmat IMAN dan ISLAM,
serta nikmat kesedaran ke atas kekhilafan diri ana.
Syukur juga di atas perasaan SYUKUR itu sendiri, barangkali ramai hamba-hambaNya yg tidak dikurniakan perasaan syukur ini. Hanya mereka yg terpilih sahaja diberi perasaan SYUKUR ini.
Amma ba'd.
Tinggal beberapa hari lagi 14 Februari akan menjelang. Para remaja mempersiapkan diri untuk berjumpa kekasih masing-masing untuk meraikan hari ini.
Ya, hari valentine's yang hangat disambut oleh remaja diseluruh dunia termasuklah di Malaysia.
Apa yang peliknya, ada dua kelas remaja yg menyambut valentines day ni dengan cara dan sambutan yg berbeza. Yg pertama, remaja lalai yg menyambut hari valentine's dengan bermaksiat tanpa mempedulikan batas2 pergaulan mereka. Yg kedua pula, kelas remaja yg berdakwah berhabis-habisan untuk memberi peringatan kepada mereka yg lalai serta menjalankan tanggungjawab 'amru bil ma'ruf wanha 'anil mungkar. Wallahualam. Diharapkan diri ana termasuk dlm golongan kedua ni.
Apa ada sebenarnya dengan hari valentine's ni sehingga kita semua patut meninggalkan dpd menyambut hari tersebut? Banyak juga pendapat tentang asal-usul hari valentines ni.
Menurut world book of encyclopedia (1998), ia berasal dari Perayaan Lupercalia yg disambut oleh masyarakat rom kuno pada 13-18 Februari. Pada dua hari yg pertama, pensucian dipersembahkan untuk Dewi Cinta (Queen of Feverish Love), Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda rom akan mengundi nama2 gadis pilihan mereka dalam sebuah kotak. Kemudian setiap pemuda tersebut akan mencabut nama2 didalam kotak secara rawak. Gadis yg namanya terkeluar itulah akan dijadikan pemuas nafsu si pemuda yg mencabut nama tersebut selama setahun.
Setelah datangnya Agama Kristian Katoloik ke Rom, nilai2 kristian disuntik ke dalam upacara tersebut. Nama gadis diganti dengan nama Paus atau Pastor. Nama hari tersebut juga telah digantikan dengan Hari Valentine's bagi memperingati Saint Valentine's yg kebetulan mati pada 14 Februari.
Ada juga pendapat yg berkisar cerita kekalahan Tentera Islam di sepanyol, tapi pendapat tu tak tepat. Tarikhnya juga jauh bezanya (bukan 14 februari tapi 1 April).
Wallahualam.
Apa2 pendapat sekalipun, Tiada langsung kaitan dalam ajaran Islam, malah sangatlah bertentangan dengan nilai-nilai akhlak yg diterapkan oleh Nabi S.a.w.
Hari tersebut berupaya merosakkan Akhlak masyarakat ISlam khususan kepada golongan remaja. Walaupun belum kritikal, tetapi mereka akan terjerumus juga ke arah maksiat kerana meraikan hari tersebut bermakna menghalalkan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Seterusnya mendekatkan diri dgn zina sedangkan dalam al-Quran disebut "jangan kamu menghampiri zina..". Bukankah sudah jelas, menghampiri sahaja sudah dilarang apatah lagi perbuatan itu sendiri.
ADAKAH ISLAM TIDAK MENGANJURKAN KASIH SAYANG?
Dalam hal ini ada yg beranggapan Islam tidak menganjurkan kasih sayang sesama manusia, ada pula yg berpendapat nilai kasih sayang dalam Islam kabur dan tidak penting.
Yg menarik sekali andaian sebegini "adakah Islam tidak mementingkan kasih sayang kerana sejak zaman Rasulullah s.a.w sehingga kini, takde cntoh manusia yg kisah cintanya menjadi lagenda yg tetap diingati sampai bila-bila."
Dalam Islam, cinta dan kasih sayang sangatlah universal dan menyeluruh. Ia juga tidak membatasi nilai-nilai kebaikan yg dianjurkan Islam. Cinta di dalam Islam tidaklah sesempit Valentines yang menujukan kasih sayang hanya pada pasangan bukan muhrim yg belum bernikah sahaja. Bahkan cinta di dalam Islam lebih daripada itu.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cinta dalam Islam juga diberikan kepada Allah, Rasul, ulama, syuhada',sekalian makhluk dan juga pasangan bukan muhrim yg telah bernikah (suami isteri). Malah diri sendiri juga ada hak untuk disayangi.
Kasih sayang dalam Islam juga lebih teratur mempunyai priority nya tersendiri. Iaitu cinta kepada Allah dan Rasul yg menjadikan manusia itu mulia juga taat. Dengan adanya ketaatan ini, maka umat islam akan menyintai sesama sendiri.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Cara menujukkan kasih sayang dalam Islam juga tidak terbatas seperti dalam Valentines. Tetapi dalam Islam, kita boleh menunjukkan kasih sayang kita dgn saling memberi nasihat membetulkan kesilapan org. Bahkan dlm solat berjemaah kita dapat mengukuhkan lagi ukhuwah sesama jemaah. Kita juga digalakkan mengamalkan sifat ithar iaitu mengutamakan org lain dan semangat berkorban.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Maka andaian-andaian liar remaja berkaitan cinta dalam Islam perlu diperbetulkan Sedangkan Rasulullah pernah bersabda "tidak beriman seseorang itu sehingga dia mengasihi untuk saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri". Adalah tidak wajar bagi kita untuk membuat andaian negatif tersebut dan terjerumus ke dalam Valentines yg hanya menganjurkan maksiat semata-mata.
Wallahualam.
sumber rujukan: MIHWAR bil 18, Februari 2004.
p/s: Ana dalam mod malas sebenarnya, itu la nampak macam cedok2 je.
No Response to "Valentine;s Day dan Nilai Kasih Sayang dalam Islam.."
Post a Comment