Jom Sembang Lebat

Tuesday, December 15, 2009

Perkhemahan semarak ukhuwah (editted)

Posted on 4:10 PM by Ghuroba'


-Kucing ni matanya terbeliak tengah bergaduh sebab nak merebut "kawasan"-


Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana membenarkan diri ini untuk terus menulis serta mengulas sedikit sebanyak tentang aktiviti yg berjalan pada 16(Ahad) - 17 Nov (Isnin) yg lepas. Kali ni penggunaan perkataan "aku" sebagai kata ganti nama akan diubah kepada "ana"..harap maklum, supaya para pembaca yg dihormati tidak terkejut.
wallahu'alam..


Pertama skali, ana nak ucapkan selamat berjuang kepada semua mujahid yg sedang menghadapi peperiksaan SPM tahun ni, termasuklah adik ana yg tersayang, shafeeqah binti abd rashid. Semoga berjaya.

Ba'din..

Pada 16 November iaitu Ahad lalu, Akhi Fais bersama ikhwah-ikhwah pendokong tarbiyah di UTeM telah menganjurkan program mini mukhayam atau rehlah di Pulau Besar, Melaka selama 2 hari. Tujuan program tersebut diadakan, untuk merapatkan ukhuwah sesama ikhwah-ikhwah di UTeM dan juga IPT yang lain. Ana sendiri kagum, bagaimana seorang ikhwah yg tak sampai sehari ana kenal, boleh jadi rapat macam dah bertahun2 kenal.

Jazakallahukheiran katheera kepada Akhi Mohamad Fais kerana bersusah payah dlm menganjurkan program ini. Tanpa beliau memerah otak beliau, tak mungkin kami semua dpt berkenalan antara pendokong tarbiyah dari luar. Wallahu'alam.
Ucapan syukran jazeelan kepada Akhi Saufi, dan juga Akhi Azwan (wan putih) kerana sudi menghadiri perkhemahan ini untuk berkongsi pengalaman mereka.

Walaupun preparation kami tak cukup, tapi yg penting pengalaman kita dikongsi bersama. Yg dimaksudkan dgn preparation, banyak peralatan yg kami lupa nak bawak spt parang, penyepit/sudip, periuk, cerek, baldi dan pelita minyak. Jadi, kami terpaksa menggunakan kreativiti masing2 utk tujuan memasak BBQ seperti guna "kayu sepit" yg dikutip di sekitar pantai. Tambahan pula, bilangan peserta tidaklah ramai. Think positive, mudah utk berkenalan dgn kesemua peserta, tak la segan nak berkongsi pengalaman.

Ayamnye diperap oleh Akhi Fais, first time dia masak. Ana lah jadi sifu die, hehe. Lepas ni ingat baik2 resepi perap ayam tu Akhi Fais. Syiok betul BBQ tu. Tp slalu je ada ayam yg jatuh kat pasir, kami bedal jugak. Ayam tu dipanggang oleh ana, Fais dan Azwan. Waktu tu tayangan filem "Sang Murabbi" sedang berjalan. Memandangkan kami dah tengok criter tu, jadi kami pun korbankanlah kpd mereka yg belum tengok lagi.
Lepas habis filem tu, kami semua berkumpul untuk sesi 'ibrah (pengajaran) filem, diikuti pula dgn sesi ta'aruf.
Dalam sesi ta'aruf ni, kami berkongsi pengalaman dan cerita-cerita menarik bagaimana kami semua berminat dan akhirnya menceburi dunia tarbiyah. Antara cerita yg paling menarik dpd Daniel (Dani turbo), Iqbal (jiwang gile citer die),Akhi Saufi (otai beb), dan erm menurut Akhi Saufi, pengalaman ana sendiri.

Time masing2 tgh menikmati BBQ di bawah pokok dlm keadaan gelap plak tu (mujur ada unggun api),tiba2 ada seekor lipan yg beso jatuh dpd pokok tu. Semua org kelam kabut nak bunuh lipan tu.
Malam tu semua nyenyak tidur kecuali geng2 yg tgh hirasah. Malam tu ana tidur dlm 2 jam aje. Sebabnya, ada seekor anak lipan hinggap kat siku ana. Nasib baik die tak gigit lagi. Ana terkejut dan cepat2 buangkan lipan tu. Lpas tu tak tidur dah, risau sgt kalau2 ada lagi lipan yg terjatuh. Ana terjaga n tunggu je giliran ana untuk hirasah. Ana bangun dan terus solat tahajjud. Ana tak ingat berapa rakaat. Malam tu jugak ana menangis seorang diri terkenangkan dosa-dosa yg lalu especially masa ana nak cuba mengelat dpd panggilan dakwah.huhu

-Free style!!-






Pukul 4.30 pagi sepatutnya ana kejutkan kawan2 lain utk qiamullail, tapi ana cuma kejutkan yg tidur kat kanvas saje. Ada yg tidur kat surau, ada yg dekat dlm khemah simpan barang. Punya la ana cari mana Akhi Fais ni, last2 terdengar azan subuh. Rupa-rupanya Akhi Fais kat dlm khemah tu.

Next day.. lepas subuh, kami bersarapankan pengisian bertajuk "Hanya Gerhana, Bukan Terbenamnya Matahari" oleh akhi Fais. Kemudian, kitorg pun bersiap sedia utk sesi riadhah kami. Misi riadhah kami, menakluki Pulau Besar. Kami semua pun mula2 berjogging di sekitar pantai ikut jalan yg disediakan. Tak alih2 je jalan tu masuk ke dalam semak. Dibalik semak tu, ada padang golf. Kami terus ikut jalan tu, masuk ke hutan menaiki bukit. Jalan tu naik bukit separuh jalan aje tak smpai puncak. At the end of the trail, ada tempat org buat kerja syirik. Astaghfirullah al-azim..



Kami pun balik dan ramai2 mandi laut. fuh syok betul, dah lama tak berendam dlm air masin. Pengisian seterusnya pun buat dlm air laut gak bertajuk "Golongan Baik yg Dibinasakan" oleh akhi Azwan. Pengisian ni menceritakan pasal org2 yg beriman tapi tak menjalankan amar ma'ruf nahi munkar. Next kami pun teruskan bermain air laut. Sampai krem otot masing2. haha



Blom abis lagi, ada satu lagi pengisian. Tajuknya "Kepetingan Tarbiyah" oleh akhi Saufi. Die punya lawak mmg kaw punya la. Tajuk ni die pernah bentangkan masa sesi usrah dua minggu lepas. Beliau menceritakan bagaimana sifat2 umat yg jahiliyah ni. Semua ni menaikkan lagi semangat ana utk menjalankan misi tarbiyah dan islah.
Waktu zohor, kami semua berjemaah di tepi pantai dlm keadaan basah dan berpasir.
Lepas tu kami makan n bersiap2 serta berkemas la kan. Dah siap semua, tertido kat surau sampai la masuk waktu asar.
Lepas asar, kami semua balik.

Memang seronok la program ni, dapat berkenalan dgn ikhwah2 dari luar, walaupun dua orang je. Ikutkan, lepas ni ada lagi program mukhayam mendaki gunung. Tapi, memandangkan masa tu ana ada kursus, jadi tak dapatlah nak ikut sama. huhu..
Wallahu'alam..gambar2 dibawah mungkin dpt menceritakan segalanya..

1) Berlari-lari anak di padang golf.



2)Di penghujung padang golf, laluan masuk ke hutan di kaki bukit.


3) Akhi Iqbal dan akhi Fais. Bakal tentera Allah yg akan membebaskan Al-Quds.



4) Akhi Saufi menggoncang dunia. Tu yang buat kamera vibrate.


4) Free-kick.


5) Man ansariy ilallah? Nahnu ansarallah!!



6) Dan banyak lagi!!!







7) Berkumpul di masjid Al-Alami.





8) Di Jeti Umbai


















Mari kita baca apa komen ikhwah-ikhwah yang lain:

“Best sangat. Dapat banyak ilmu yang baru, manfaat yang boleh dikongsi. Dapat kenal ramai orang.”

(Akhi Fikri)

“Pengalaman sewaktu menyertai program Semarak Ukhuwah waktu mula-mula dah terharu sebab ikhwah semua menunngu ana dan Amrullah yang lambat dating sebab ada paper final lagi masa tu, haha. Sampai senja baru kita orang tiba. Then, bila tiba kat pulau, kami semua mendirikan khemah. Pastu menonton tayangan video Sang Murabbi. Banyak ibrah yang diperolehi. Kemudian mendengar kisah-kisah wali Allah dari penduduk Pulau Besar. Malam tu kami bergilir-gilir jaga khemah. Keesokan hari selepas tazkirah yang disampaikan oleh Akhi Fais, kami mengelilingi Pulau. Tapi hanya suku pulau je kot, dengan sesat nya lagi. Kerjasama tu yang penting, dan semua dalam keadaan lapar. Kemudian kami mandi laut, best memang best tapi air cetek pula. Then pengisian dari Akhi Wan dan Akhi Saufi. Pengisian time dalam laut. Mula-mula dalam pasir, memang kebas habis kaki.huhu.Then, makan kat warung 7 sahabat, memang terasa la sebab makan nasi dengan sayur kari jer. Pastu solat jamak takdim dan terus tidur akibat keletihan.
Masa balik tu paling mencabar sebab angin kuat dan laut begelora. Ana ngan pakai kainnyer hamper terbang rasanya. Last skali, mendengar cerita-cerita da’ie semua tentang perjalanan usrah dia orang. Alhamdulillah, semua selamat dan memang best. Jazakumullah kepada sahabat-sahabat sekalian.”

(Akhi Dani Turbo)

“Sepanjang program tu, saya berasa tenang. Hilang segala masalah tentang periksa dan lain-lain hal. Pengisiannya bagus dan teratur. Dan kadang-kadang ada masalah yang tak dapat dielak. Dan saya ucapkan thanks kepada abang-abang semua kerana mengajak saya ke program ni. Semoga program sebegini dapat diteruskan lagi.”
(Akhi Azim)

“Bagi ana, program ni masih perlukan penambahbaikan dari segi tempoh waktunya dan juga penyediaan logistik. Walaupun begitu, objektif program tetap tercapai. Ana sendiri dapat berkenalan dengan ikhwah-ikhwah dari luar. Tak tersangka ada antara mereka yang mula terlibat dalam dunia dakwah dari sekolah, ada juga yang terhenti seketika (ana lah tu), dan ada juga yang mulanya memang otai. Pelbagai latar belakang yang ana dapati daripada mereka semua. Cadangan ana untuk penambahbaikan bagi program ni, sediakan peralatan dan bahan yang mencukupi (periuk, cerek, beras dan lain-lain). Selain peralatan/makanan, tempoh juga perlu ditambah (3-4 hari/2-3 malam). Wallahu’alam. Tapi yang ana harapkan, hasil daripada program ni, kita semua akan tetap beristiqamah berada di jalan dakwah. Pesanan khas daripada diri ana kepada ikhwah peserta sekalian termasuklah diri ana, sebarkan Islam di mana-mana sahaja walaupun hanya dengan seruan Azan. Insyaallah, ana berdoa agar semua yang terlibat tersenarai antara golongan para syuhada’ di lauh mahfuz. Sekian, jazakallukheir kepada penganjur, Akhi Fais. Dan tak lupa pula, kepada Saudara Khidir. Tanpa beliau, tak mungkin ana dapat kenal Akhi Fais.”
(Akhi Luqman @ ana lah tu..)

“Ana sendiri sebenarnya tak berapa puas nak berprogram. Ada kekangan-kekangan seperti hujan, masa dan macam-macam lagi. Tapi, ana Nampak objektif utama untuk bina ukhuwah dah tercapai. Tentang penghadaman bahan, wallahu’alam.”
(Akhi Fais)


Halaqah kami.para pendokong tarbiyah di utem + utp.










No Response to "Perkhemahan semarak ukhuwah (editted)"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!