Jom Sembang Lebat
Saturday, December 19, 2009
ContohiLah golongan Ansar..
Assalamualaikum,
kpd kawan-kawan, ikhwah-ikhwah, para pembaca dan bloggers sekalian.
Segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan diri ana untuk mengemaskini segara entry yang terdapat dalam blog ana ni.
Tahniah ana ucapkan kepada akhi fais yg baru sahaja beberapa jam mendirikan rumah tangga. Semoga berkekalan hingga ke syurga. Semoga pernikahan enta akan menyemarakkan lagi semangat utk enta terus berdakwah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Amma ba'd,
Alhamdulillah, mari sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Tuhan yang satu, di mana tiada sesuatu pun yang menyerupaiNya. Maha suci Allah daripada segala sifat tercela. Telah pun kita berada di tahun baru hijriyah. Ahlan bi sannatin jadeed.
Seperti yang sedia maklum, pada awal bulan Muharram, berlakunya satu peristiwa yang bersejarah bagi umat Islam sedunia, iaitu, peristiwa hijrah. daripada peristiwa yg sungguh bermakna ni, terbentuklah negara Islam yang pertama.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Tayyib, tak perlulah ana ceritakan mengenai peristiwa hijrah ni. Dalam peristiwa hijrah ni, terdapat dua golongan yang terlibat. Iaitu kaum Muhajirin, iaitu mereka yg berhijrah ke kota Yathrib (nama asal Madinah) sebelum Rasulullah s.a.w berangkat ke sana, dan yang kedua, kaum Ansar, iaitu penduduk kota Yathrib itu sendiri. Betapa pahitnya ujian yg ditempuh kaum muhajirin untuk mempertahankan kalimah syahadah, mereka meniggalkan segalanya di Makkah semata-mata kerana taat pada perintah Allah.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Kaum Ansar pula, bila dikaji balik sirah Nabawi, betapa besarnya pengorbanan mereka kpd kaum muhajirin. Mereka sanggup membantu saudara mereka walaupun mereka tidak mengenali. Betapa mulianya ikatan ukhuwah antara mereka. Mereka tak pernah berkira untuk saling membantu antara mereka walaupun apa jua keadaan mereka sekalipun.
tapi, sayangnye realiti dunia sekarang sudah jauh lari dpd realiti pada zaman sebelum kita. Dengan menggunakan alasan2 seperti "tu dulu, skang lain..dah moden bro", jarang sangat kita nak lihat umat manusia mencontohi kaum muhajirin dan ansar. Lihat saje kat negara kita yg didakwa negara Islam. Isu perkauman masih lagi bermain2 di ruang media. Ramai muallaf dihina oleh org melayu beragama islam, hanya kerana mereka berketurunan bukan melayu.
Malu rasanya kerana diri ana berketurunan melayu, dilahirkan dgn agama Islam. Sedih rasanya bila kita lihat kaum sendiri tidak mencontohi kaum Muhajirin dan ansar. Malah sesama org melayu sendiri pun nak berkira. Keadaan seperti ini yang menyebabkan umat islam dihina dan dikerumuni oleh musuh seperti singa yg lapar.
Jadi, marilah kita sama-sama renungkan kembali peristiwa hijrah. Ambillah pengajaran daripada Muhajirin dan ansar. Ingatlah, kita takkan rugi sekiranya kita korbankan sesuatu yg kita suka untuk saudara kita, malah Allah akan segera membalasnya berlipat ganda. Tapi kita mestilah ikhlas, dan yakin dgn amalan kita.
No Response to "ContohiLah golongan Ansar.."
Post a Comment