Jom Sembang Lebat
Friday, December 11, 2009
Lelaki Sejati
Assalamu'alaikum semua.
Kawan-kawan yang dikenali, yang tak dikenali, tetamu-tetamu blog dan buat bloggers sekalian. Agaknya dah sebulan ana tak usik blog ni disebabkan samada ketandusan idea, malas, ataupun memang ana dlm keadaan yang sangat sibuk. Al-maklum, ana hanyalah manusia biasa, hanya mampu berusaha. Akhirnya Allah juga yang menentukan natijahnya.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sudah sebulan ana tak ber-liqa' (ber-usrah) dengan rakan-rakan se-usrah ana. Dah banyak kali terpaksa dibatalkan, bukan sengaja taknak pegi. Naqqib yg mengetuai usrah kami begitu sibuk. Tapi tak mengapa (bukan sebab takpe takde usrah), kami memahami kesibukan akhi fais dalam kerja dakwah beliau. Resah di hati ana hampir sebulan takde usrah. Akhirnya, setelah sekian lama (sebulan je), diadakan semula.
Baiklah toksah criter panjang2 kita teruskan pada tajuk di atas.
Amma ba'd.
Dalam sesi usrah yg terbaru ni, akhi Fais bercerita mengenai satu kisah pada zaman khalifah Amirul Mukminin Umar al-Khattab r.a. Al-kisahnya begini...
Ada seorang lelaki yg kaya dalam perjalanan ke Mekah utk menunaikan haji dengan menaiki unta peribadinya. Dia pun berehatlah di suatu oasis yang berhampiran dengan sebuah kebun. Beliau pun tertidurlah akibat keletihan, tapi terlupa nak ikat untanya.
Sedang dia tengah syok tidur, unta die merayau ke kebun berdekatan lalu memakan tanaman-tanaman di kebun tersebut. Pemilik kebun yang tua dapat tau hal ni, tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk menghalang unta tersebut daripada memakan tanamannya. Pemilik kebun yang tua ni pun bunuhlah unta tersebut.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Pemuda yg sedang berehat tadi terjaga dari tidurnya, die mendapati untanya takde kat situ. Cari punya cari, terjumpalah bangkai untanya yg dibunuh tadi. Die berasa marah lalu bertanya kpd pemilik kebun tu "siapa yg bunuh unta aku?".
Pemilik kebun tu jawab "aku yg bunuh unta ni sebab dia makan tanaman di kebun aku."
Dalam keadaan marah, pemuda tu belasah pemilik kebun tu sampai mati, lalu menyesal. Anak pemilik kebun tu pun keluar dan mengetahui keadaan tersebut. Pemuda tu pun bagitau kat anak2 pemilik kebun tu "Aku telah melakukan kesilapan, bawalah aku menghadap khalifah."
Lalu pemuda tu dibawa menghadap khalifah untuk perbicaraan. Kedua2 anak pemilik kebun menuntut Qisas (menuntut bela). Lalu pemuda tersebut pun buat permintaan terakhir agar beliau diberikan dua hari untuk berjumpa dgn keluarga beliau. Lalu bertanya Umar "apakah jaminan yg kau akan datang ke sini?" lalu Abu Zarr pun bangkit dan berkata "aku akan jadi penjamin baginya. Sekiranya die tidak datang dlm masa yg ditetapkan, biarlah aku menjadi penggantinya menjalani hukuman Qisas."
Selepas dua hari, pemuda itu datang kembali dengan menunggang kuda. Penduduk tempatan pun berasa kagum kerana pemuda ini tetap datang tidak mengabaikan janjinya pada khalifah. Lalu khalifah bertanya, "kenapa kau datang juga sedangkan boleh saja kau cabut lari memandangkan ada org lain menggantikan tempat kau?" lalu pemuda tersebut menjawab "aku taknak umat Islam selepas ni diperkatakan oleh musuh sebagai umat yang tidak menetapi janji." Umar berasa kagum, baginda bertanya kpd Abu Zarr "wahai sahabat Rasulullah, mengapa kau sanggup mengorbankan nyawa sedangkan kau tak kenal pun die?" lalu Abu Zarr menjawab "Aku nak supaya Umat Islam selepas ni mempunyai semangat berkorban untuk saudaranya walaupun baru tidak dikenalinya". Dengan kagum tiba2 Anak2 pekebun pun memberi kemaafan kepada pemuda tersebut. Umar bertanya "kau sudah mampu untuk menghukumnya, tapi mengapa pula berbuat begitu?" Anak2 pekebun tu menjawab, "Kami nak semua tau bahawa Umat Islam adalah mulia di sisi Allah kerana memaafkan sesama saudara walaupun mampu dihukum."
Pengajaran daripada kisah ni, ketiga-tiga mereka adalah model bagi lelaki sejati. Mereka berpegang pada janji, sanggup berkorban nyawa untuk saudaranya, dan memaafkan saudaranya ketika dia mampu untuk menghukumnya. Masyaallah, bagaimana pula kita semua wahai ikhwah2 semua yg bergelar RIJAL(lelaki)?
Sejatikah kita untuk mengorbankan kesedapan hidup untuk saudara kita di Al-Aqsa?
Ada yg sanggup ketepikan perasaan sakit hati bila berhadapan dgn kerenah aweknya (kononnya lelaki sejati), tapi bila datang panggilan memberi bantuan kepada saudara kita, seribu satu keluhan kita keluarkan.
Ubahlah gaya hidup kita. Kita tak perlu mengorbankan nyawa, kita cuma perlu korbankan keselesaan dan kemewahan hidup sahaja. Semua ini hanyalah pengorbanan yg kecil sahaja kerana mereka mengorbankan nyawa mereka mempertahankan kesucian Al-Aqsa. Contohilah golongan Ansar yg sanggup menceraikan isteri mereka agar dikahwinkan dengan golongan Muhajrin. Merekalah (Ansar) lelaki yang sejati. Masyaallah.
No Response to "Lelaki Sejati"
Post a Comment