Jom Sembang Lebat
Thursday, September 10, 2009
Cerita Ustaz ku..
Assalamualaikum w.b.t kpd semua sahabat2 sekalian.
Sebenarnya aku tak tau nak bubuh tajuk apa kat entry kali ni, jadi terima sajalah apa yg ada. Dalam entry kali ni, aku nak kongsi beberapa perkara bersama sahabat-sahabat sekalian.
Yang pertama sekali, cerita dpd Ustaz yg juga pernah jadi Naqib usrah aku semasa di SMIH dahulu kala yg digelar ustaz Z (nama sebenar tak boleh didedahkan utk mengelakkan sebarang fitnah). Ceritanya mengenai arwah ustaz yg pernah mengajar beliau semasa menghadapi sakaratul maut. Beberapa minit sebelum roh beliau ditarik, disuruh anak muridnya perhatikan kaki beliau, kemudian bagaimana rohnya ditarik dari bawah ke atas.
Ustaz Z pun perhatikanlah kaki gurunya, guru dia dah terasa sakit di kaki, spt disiat kulit. Perlahan-lahan kaki guru dia "jatuh" dan tak lagi bergerak. Kemudian, pinggang pulak, sakitnye tak terperi sampai pinggang pun dah "mati". Kedua-dua belah tangan pun terus lumpuh. Kemudian naik ke dada, sesak nafas. Akhirnya bila sampai ke pangkal halqum, guru tu terus berdiam diri bersedia untuk mengucap. Lepas sahaja keluar kalimah "lailahaillallah, Muhammad rasulullah" terus senyap, dipejam mata n dgn tenang menghembuskan nafas terakhir.
Bila aku teringatkan cerita Ustaz Z ni, terasa meremang bulu roma. Kadang-kadang makan pun tak lalu. Boleh ke aku pergi dgn tenang seperti gurunya tadi?
Adakah kita bersedia menghadapi mati?
Perkara kedua, masa aku tengah solat maghrib semalam, tiba-tiba saje aku tersentak bila terdengar imam baca "fawailullil musollin.al-latzina hum an solatihim saahun." di mana maksudnya "maka ke neraka wail bagi orang2 yang solat.mereka yg di dalam solatnya main-main (solat sambil lewa)"..
Hati aku betul-betul tersentak, air mata mula mengalir. Ayat ni memang satu tamparan bagi aku yg kadang-kadang bila solat masih teringat benda selain Allah, duniawi. Rupanya penyakit wahan aku belum sembuh sepenuhnya lagi.
Yang ketiga,petang tadi aku discuss dgn supervisor aku mengenai PSM aku. Aku discuss mengenai masalah nak jalankan ujian prestasi enjin, iaitu dynamometer kat UTeM tak bleh pakai sebab baru dipindahkan. Discuss punya discuss dgn supervisor aku, dia pun call makmal automotif di UTM skudai utk pinjam facility di sana. Terus dapat kata putus, maka masalah aku hampir selesai. Dalam hati aku, ada sikit rasa tak puas hati dgn org kat UTM. Mana tak nye, bila aku yg call dia buat macam tak nak layan. Bila lecturer yg call, baru dia nak layan elok-elok. Baiklah kembali ke cerita asal, terasa ringan sikit bahu aku. Masa aku nak balik, aku sempat ke masjid buat sujud syukur. Ni lah kali pertama aku sujud syukur.
Itu sahaja yg aku nak cerita pd entry kali ni. Hanya sekadar berkongsi pengalaman, takde kena mengena dgn mana-mana pihak. Sekian, wassalam..
No Response to "Cerita Ustaz ku.."
Post a Comment