Jom Sembang Lebat
Thursday, September 10, 2009
Menjaga Wudhu' Di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Pada bulan Ramadhan yg mulia ini, aku nak ambil kesempatan ni utk berkongsi sedikit sebanyak mengenai wudhu'..
Allah berfirman:
"Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan shalat, maka (1) basuhlah mukamu dan (2) tanganmu sampai dengan siku, dan (3) sapulah kepalamu dan (4) kakimu sampai dengan kedua mata kaki, dan jika kamu junub maka mandilah, dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan atau kembali dari tempat buang air atau menyentuh (berhubungan seks dengan) perempuan, lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayamumlah dengan tanah yang baik (bersih); (1) sapulah mukamu dan (2) tanganmu dengan tanah itu. Allah tidak ingin menyulitkan kamu, tetapi Dia hendak membersihkan* kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu, supaya kamu bersyukur." (al-maa'idah ayat 6)
Dpd perintah wudhu' ni, boleh la kita buat kesimpulan, wudhu' sendiri bukan sahaja sebagai rukun ibadah, tetapi juga merupakan satu 'ibadah.
Kita ketahui ramai sahabat-sahabat Nabi s.a.w yg sentiasa dalam keadaan berwudhu'. Bila saja terbatal wudhu', mereka segera ambil wudhu'..
Eloklah kita amalkan macam tu pada bulan Ramadhan, terutamnya kalau terlalu sibuk utk bertadarus atau solat sunat, cukup shj dgn berwudhu', dapat pahala. Dgn berwudhu' juga, kita boleh mengelakkan dehydration semasa kita sedang berpuasa. Antara sebab2 kita rasa pening dan tak bermaya masa tgh puasa adalah dehydration iaitu kehilangan air melalui kencing, peluh dan juga pernafasan.
Bila berwudhu' juga, kita sentiasa dlm keadaan suci. Dah dapat pahala, kehilangan air yg banyak dapat dielakkan, dgn berwudhu' juga kita boleh sejukkan badan kita, tambah lagi diampunkan pula dosa-dosa kecil.
Jadi, pada bulan Ramadhan ni, sekiranya terkentut dan sebagainya, janganlah malas nak ambil wudhu' tu.
Insyaallah, setiap amalan yg konsisten akan menjaminkan syurga untuk kita walaupun sekadar jaga wudhu' dan solat fardhu 5 kali sehari.
No Response to "Menjaga Wudhu' Di Bulan Ramadhan"
Post a Comment