Jom Sembang Lebat

Thursday, June 18, 2009

DENGARLAH ANAK-ANAK REMAJA

Posted on 11:59 AM by Ghuroba'

Reference: WASILAH, bilangan 2/(09), April 2009 JIM.




Pernahkah anda membaca kisah atau menonton filem Titanic? Titanic mengisahkan sebuah kapal yg dibina dgn penuh kemewahan dan kemegahan tetapi tenggelam sewaktu pelayaran sulungnya dari Southampton, England ke New York City, USA. Akibat pelanggaran dengan sebuah iceberg pada 14 April 1912, Titanic tenggelam. Seramai 1513 org terkorban dalam trajedi itu. Rupanya gelaran "the unsinkable" tidak begitu praktikal, besar mana pun, Kuasa Ilahi mengatasi segala-galanya. Begitulah Allah mengajar keangkuhan manusia, akhirnya kapal bersama penumpang lain terkubur di tengah lautan.



Filem ini walaupun diadun melalui kisah benar yg boleh diambil pengajaran, tetapi apa yg ditonjol dan dimegahkan ialah kisah cinta yg cukup romantic. Jalan ceritanya ckup utk membuai pearsaan muda mudi yg tiada roh iman utk tenggelam di alam fantasi yg mengkhayalkan. Perkara ini telah diterjemahkan dalam kehidupan seharian pemujanya dengan T-shirt yg mempunyai gambar pasangan terbabit dan tidak kurang juga yg terikut-ikut dgn gaya pasangna dlm file mini bercinta.

Filem2 sebeginilah yg banyak mewarnai kehidupan muda mudi zaman sekarang. Mereka merasakan mereka perlu mengejar dan mencari keseronokan sepuas-puasnya tanpa memikirkan dosa dan pahala apatah lagi utk menghayati matlamat kehidupan yg sebenar. Saban waktu mereka dihidangkan melalui media cetak, internet, tv dan sebagainya yg merangsang nafsu dan kilauan kehidupan yg melekakan. Kunjungi saja kedai2 buku berhampiran, anda akan dapati deretan majalah hiburan, novel yg sarat bertemakan cinta. Ianya menjadi kegilaan anak muda terutamanya remaja sekolah. Begitu juga suratkhabar harian dan tabloid memaparkan kehidupan artis. Pakaian yg mendedahkan aurat dan menjolok mata, aksi2 sumbang antara artis lelaki dan perempuan jelas terpampang bagikan tiada apa2. Artis2 seperti inilah yg menjadi idola generasi muda kini.

Semakin canggih teknologi, maka jalan2 menuju kea rah kemaksiatan semakin mudah. Kesan ledakan ini boleh dilihat dgn tumbuhnya cybercafé spt cendawan tumbuh selepas hujan. Kewujudannya tidak mengira tempat samada di pekan2 kecil apatah lagi di kota metropolitan. Kalaulah penggunaan internet di rumah mampu dipantau oleh ibubapa, tetapi di cybercafé bermacam-macam perkara larangan boleh dilayari. Games kegemaran, chit-chat sehinggalah laman web porno. Mereka sanggup berlapar dgn menggunakan duit poket yg mak bapak berikan semata-mata utk melepak di cybercafé. Apatah lagi bertemu dgn awek atau balak yg sealiran dgn mereka. Mungkin ini merupakan titik permulaan kpd aktiviti yg lebih “advance”.

Begitu juga dgn adanya telefon bimbit pelbagai guna yg digunakan utk pelbagai tujuan. SMS, upload dan download bahan2 yg boleh meracuni akal muda mudi sehinggalah utk merakamkan aksi2 tidak bermoral yg memualkan. Bukan setakat itu sahaja, ia kemudiannya disebarkan kpd sesiapa shj terutama kawan2 kononnya utk berkongsi.
Kita sedia maklum bahawa institusi pendidikan pertama anak2 adalah di rumah. Mak bapak lah yg mula2 mencorakkan anak2 ini. Keutuhan keluarga memainkan peranan yg ckup penting dlm pembentukan sakhsiah anak2. Kita akan menuai apa yg kita tanam (man jadda wajada, man zara’a hasoda).

Kegagalan makbapak dlm menunaikan tggjawab terhadap anak2 merupakan titik p’mulaan yg akan mewarnai anak2 dgn kehidupan yg berliku. Antara perkara yg kadangkala diambil mudah oleh makbapak ialah penekanan terhadap penghayatan agama. Umpanya mendirikan solat fardhu. Makbapak kurang atau tidak memantau dan mengambil berat prkara sebegini. Lebih malang apabila makbapak sendiri tak solat, atau solatnya tak betul. Mereka sering disibukkan dgn agenda kelangsungan hidup di dunia ini. Si miskin sibuk bekerja bg mendapatkan sesuap nasi utk keluarga, si kaya pula sibuk menambahkan harta utk kekal dlm kemewahan.

Di samping itu, makbapak yg bercerai banyak membawa kpd pengabaian anak2. Anak2 yg menjadi mangsa keadaan, dipelihara oleh makbapak yg bercerai berai. Adakalanya atok atau neneklah yg menjadi ibubapa kpd anak2 ini. Anak2 tak dapat kasih syg dan didikan yg sewajarnya. Keadaan ini membuatkan anak2 merasakan mereka tak dihargai, tak dikasihi, malah sampai ke tahap merasakan kewujudan mereka tak diperlukan. Dlm hal ini, org yg paling rapat utk berkongsi masalah, siapa lagi kalau bukan kawan mereka. Mereka tidak memilih kawan samada lelaki atau perempuan. Apabila kasih telah berputik, macam2 boleh jadi. Ada juga kes anak2 sebegini bersekedudukan dgn teman lelaki atau teman perempuan masing2 seperti pasangan suami-isteri. Perasaan perlukan perlindungan dan kasih saying menjadikan mereka memilih perbuatan yg keji dan jalan yg buruk spt ini.

Di samping huru hara itu, ada juga yg mengambil kesempatan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Haruan makan anak. Begitu lah bidalan org tua dahulu. Org yg sepatutnya jaga kebajikan dan member perlindungan kpd anak2 bertindak sebaliknya. Begitulah nasib si anak yg kurang pengertian terhadap liku2 kehidupan. Mereka tidak mampu mempertahankan diri dari “diceroboh” oleh keluarga sendiri. Mereka terpaksa menanggung derita, tak heranlah kalau mereka mengambil jalan mudah dengan membunuh diri atau lari dari rumah.

Tambahan pula, arak, rokok, dadah, merempit dan apa shj yg boleh mencapai kepuasan nafsu yg menggila mereka lakukan. Kesan pakej yg ckup sempurna ini, penzinaan berlaku berleluasa. Anak2 luar nikah mewarnai wajah masyarakat kita, dan bilangan angkanya semakin meningkat tahun demi tahun. Ia cukup mengerikan. Sesungguhnya kita sedang menghadapi masalah gejala social muda mudi yg ckup kronik. Sekiranya ia tidak dibendung, bahananya boleh menenggelamkan “Negara” sebagaimana kapal Titanic karam.



Persoalannya ialah: apakah sikap makbapak dlm menangani masalah anak2 ini? Apakah tindakan yg diambil pihak berkuasa utk membanteras gejala ini? Bagaimana sikap prihatin jiran dan masyarakat skeliling dlm member maklumat kpd pihak berwajib? Apakah program yg boleh meleraikan masalah ini yg semakin hari semakin parah? Apakah pendekatan jangka pendek dan jangka panjang yg diambil utk membanteras, mengurangkan atau memininumkan malapetaka ini?

Kita tak boleh menuding jari kpd pihak tertentu shj dlm menangani masalah ini. Setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab dlm mencegah perkara spt ini dpd meliar.

“kamu adalah ummat yg terbaik yg dilahirkan utk manusia, menyuruh kpd kebaikan, dan mencegah kemungkaran dan kamu beriman kpd Allah”
(ali imran: 110)


===================================================================================
===================================================================================

Tulah antara petikan yg aku bleh masukkan dalam entry kali ni. Aku bleh ulaskan sedikit pasal masalah remaja zaman skang. Tak ramai yg ambil pengajaran daripada cerita ni, iaitu balasan Tuhan kepada manusia yang leka dengan kemewahan sehingga membawa kepada maksiat.




Janganlah sampai semua "tenggelam" akibat gajala yg berleluasa di kalangan remaja zaman skang.

Sekian..


No Response to "DENGARLAH ANAK-ANAK REMAJA"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!