Jom Sembang Lebat

Tuesday, June 16, 2009

Kemalangan berantai....

Posted on 8:48 PM by Ghuroba'

Assalamualaikum..
Petang tadi, aku baru je kena eksiden. Pening kepala aku, mujur dah buat repot. Yang penting, bukan salah aku.

Jam 5.30 petang, kat jalan persiaran utama, ada sebuah keta kancil langgar belakang aku. Abis bumper, lampu blakang dan bonet blakang rosak.

Citernye macam ni, aku tengah hantar adik aku gi keje. Keta kat depan aku brek, aku pun sempat la brek, sama gak dgn keta kancil kat blakang aku, die pun sempat brek. Tapi keta iswara yg blakang skali tak sempat brek, menghentam kuat keta kancil tu. Kancil tu pun terseret ke depan, terlanggar blakang aku.

Aku pun keluar dpd keta abah aku tu. Mula2 nak marah kat kancil tu, tapi dia dah cakap dulu iswara blakang kancil tu yg sodok kancil tu. Tengok2 rupanya perempuan cina yg bawak iswara tu. Kalu nak marah die pun rasernye takde guna nyer. Benda dah jadi, aku pun tgh penat petang2 camni kan.

Jadi, aku settlekan kat balai je la. Aku pun skg masih dalam "kejutan". Dalam keadaan terkejut tambah lagi kepenatan, aku pun gi ke balai polis, buat laporan. Alhamdulillah cepat je settle.

Aku bgtau pada diri aku sendiri, tu la lain kali naik keta baca doa..
Aku pun tak cedera ape2 pun.
Syukur la pada Tuhan, aku tak ape2.

No Response to "Kemalangan berantai...."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!