Jom Sembang Lebat

Friday, April 24, 2009

Ada Apa Dengan Solat?

Posted on 6:17 PM by Ghuroba'

Solat.. Apa kaitannya dengan sifat2 munafik? Ada kena mengena tak sifat org munafik dgn solat ni? Kalau nak kata tak ikhlas, tu salah satu dpd sebabnya, tapi keikhlasan hati hanya Allah s.w.t sahaja yg paling tepat menilai. Tapi banyak lagi sebenarnya sebabnya, kita cuma perlu hindari sifat2 yg akan disebut dalam artikel kat bawah ni.


Tafsir Surah an-Nisa' ayat 142 Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belah antara orang-orang beriman serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya (sejak dahulu). Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) (Surah at-Taubah: 107).

Dalam perjalanan pulang dari Tabuq, Rasulullah s.a.w. memerintah para sahabatnya pulang segera ke Madinah dan bakar masjid berkenaan bersempena dengan turunnya ayat tersebut. Abu Amir ar-Rahib bersama rakan-rakannya dianggap sebagai musuh-musuh Islam sehingga para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak lagi memanggil dengan gelaran ar-Rahib tetapi dipanggil dengan gelaran Abu Amir al-Fasiq (yang jahat).

Kerja orang munafik ialah menipu dan golongan munafik ini akan ada di sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Dengan sebab itu Allah Taala menguji dan mendedahkan sifat-sifat mereka di dalam al-Quranul Karim.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Surah an-Nisa: 142).

Apabila tiba waktu sembahyang mereka mendirikannya dalam keadaan malas bukan bersemangat di mana sifat malas sembahyang adalah sifat munafik. Oleh itu umat Islam hendaklah membuang sifat malas ini.

Bukanlah bererti setiap orang yang malas sembahyang, munafik semuanya tetapi sifat malas sembahyang itu menunjukkan kelemahan imannya.
Allah mahu menyatakan bahawa sifat malas sembahyang sebagai sifat munafik sebagaimana sifat mungkir janji, bohong, khianat kepada amanah sebagai sifat munafik.Oleh itu Allah memerintahkan supaya orang Islam menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.

Rasulullah s.a.w. menyatakan sabdanya yang bermaksud:

"Seberat-berat sembahyang kepada orang munafik ialah solat Isyak dan Fajar (Subuh). Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada solat Isyak dan Fajar ini nescaya mereka akan datang (ke masjid) walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia sembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."

Menunjukkan ketegasan dan kesungguhan di dalam menyuruh solat jemaah ini di mana solat berjemaah mengatasi solat seorang diri dengan pahala yang sangat besar.

Orang Islam mengerjakan solat dengan rajin dan sifat malas solat ialah sifat munafik. Kita mesti bersolat dengan cara yang betul sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa memerhatikan sahabatnya bersolat.

Satu hadis menyebut seorang badwi mengerjakan solat tidak betul. Datang menghadap Rasulullah dengan memberi salam. Rasulullah menjelaskan bahawa orang Badwi itu tidak mengerjakan solat. Seterusnya Rasullulah memerintahkan orang mengerjakan solat semula.

Selepas itu orang Badwi itu datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan baginda sekali lagi memerintah orang itu mengerjakan solat semula. (Sepatutnya orang badwi itu bertanyakan solat yang betul tetapi ia tidak berbuat demikian).

Selepas solat kali ketiga ia datang bertemu Rasulullah s.a.w. sehingga baginda bersabda kepadanya yang bermaksud:

"Bila kamu mengerjakan solat, kamu hendaklah memulakannya dengan takbir (Takbiratul Ihram), membaca ayat-ayat al-Quran ( al-Fatihah) kemudian rukuk dalam keadaan toma'ninah kemudian iktidal dalam keadaan berdiri, kemudian sujud ....sehingga akhir hadis."

Ini menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberi perhatian berhubung dengan solat . Orang munafik bersolat juga memang mereka bersolat dalam keadaan malas, tidak belajar dan tidak bersemangat. Mereka bersolat bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Mereka bersolat takut orang kata dia tidak bersolat.

Jenis macam ini barangkali kalau solat pun setahun dua kali (solat dua hari raya sahaja) atau solat Jumaat sahaja manakala solat fardu lima waktu sehari semalam tidak dikerjakannya.

Golongan ini tidak ingat kepada Allah melainkan sedikit sahaja. Yang mereka ingat mahu senang hidup di dunia ini sahaja lupa hari akhirat dan Allah yang sentiasa memerhati tindak tanduknya di dunia ini dan Allah mendedahkan lagi sifat mereka dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu, mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh
Allah maka engkau (wahai Muhamad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (Surah an-Nisa': 143).

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
=============================================================================

Daripada artikel yg aku copy ni, jelaslah kita solat memainkan peranan yg sangat penting. Bahkan, di akhirat nanti perkara pertama yg akan disoal oleh Allah merupakan solat. Ingat, solat itu tiang agama. Barangsiapa yg menjaga solatnya, maka teguhlah ia (agamanya). Barangsiapa yg tidak menjaganya, maka robohlah ia (agamanya @ imannya).
Tidak menjaga solat bukan lah maknanya kita tinggalkan terus. "Tak menjaga" iaitu tak menjaga qualiti seperti solat di hujung waktu, meninggalkan jemaah (jika ada), tak toma'ninah (berhenti seketika selepas setiap bacaan dalam rukun solat) atau tidak dilakukan di masjid.

Ya Allah, kadang2 aku mendatangkan banyak alasan lagi2 bila nak solat ke masjid atau secara berjemaah. Jauhkanlah aku dpd sifat2 munafik ni. Semoga lepas ni kita semua akan lebih rajin ke masjid utk menunaikan solat.

1 Response to "Ada Apa Dengan Solat?"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!