Jom Sembang Lebat

Monday, April 20, 2009

Sumpah Setia

Posted on 11:43 PM by Ghuroba'


Assalamualaikum rakan2 semua. Tiba2 je aku dapat satu idea untuk menulis entry ni. Alhamdulillah, hari dapat gak aku tulis, sebab dah seminggu takde internet kat umah ni. Itu hari kilat sabung menyabung, dan modem kami "terkorban" akibat terkena panahan petir. Hari ni alhamdulillah dah diganti dgn yg lain.

Ok la, tak perlu citer panjang lebar pasal modem tu, yg penting tajuk kita kat atas ni iaitu "Sumpah Setia"..

Dalam hidupan seharian kita, solat fardhu yang kita tunaikan adalah sebanyak 5 kali sehari. Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya'. Bagi mereka yg rajin, ditambah lagi dgn solat sunat seperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat duha, solat sunat mutlak dan lain2 lagi. Yang pastinya, setiap kali solat, ade bacaan yg menunjukkan janji dan sumpah setia kita kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Dalam doa iftitah sendiri kita menyatakan ikrar kita:
"Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah, Rabbul 'alamin" sebanyak 5 kali sehari.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan juga bacaan tasyahud (tahiyyat) awal "Asyhadu an la ilahaillallah, wa asyhadu anna muhammadun rasulullah" sebanyak 4 kali sehari

Akhir sekali bacaan tasyahud (tahiyyat) akhir (sama ngan tasyahud awal) sebanyak 5 kali sehari.

Totalnya bagi seorang muslim yang average, solat fardhu cukup 5 waktu, ikrar tu dilafazkan sebanyak 14 kali sehari.



Tapi malangya, manusia bersifat pelupa, sering melupakan janji yg dilafazkan ni. Ketaksuban mereka mengejar hiburan dunia yg lagha, menjadikan kalimah2 yg mereka lafazkan sewaktu solat hanya tinggal janji kosong semata-mata. Apakah kita sudah terlupa pada janji2 kita mengatakan "aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah"? Apa sudah terjadi kepada "..hidup dan matiku kerana Allah.." sedangkan kita jarang memulakan kerja kita dengan doa atau "bismillah"..tambahan lagi, segala kerja yg kita buat, tak pernah terlintas pun niat utk mendapatkan keredhaan Nya. Sebaliknya, matlamat kita hanyalah utk mengejar Harta dan Pangkat yg sementara. Tambahan pula, dalam kerja2 kita, bukan disalingkan dgn zikrullah, tapi hanya dengan suapan lagu2 yg lagha, juga berunsurkan maksiat.



Mungkin inilah sebabnya kita sukar untuk berjaya, dan mengambil langkah2 yg tak diredhai utk mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya niat kita diperbetulkan, insyaallah kita akan peroleh keberkatan dalam pekerjaan kita. Hati pun berasa tenang.

Kita juga berkali2 mengucap dua kalimah syahadah sebagai sumpah setia kita, tetapi, kalimah tersebut hanyalah sebagai janji kosong. Lihat sajalah gelagat remaja yg berpacaran di merata tempat. Mereka seolah2 "bertuhan"kan pasangan masing2. Apa2 saja yg sanggup dilakukan, walaupun maksiat. Kadang2 si jejaka seorang ug sangat baik peribadinya, rela berkorban demi pasangannya, sanggup tunduk kepada kehendak "awek"nya dan ketepikan perintah dan larangan Allah di dalam al-Quran. Seolah2 si jejaka itu "menyembah" aweknya yg pada hakikatnya manusia juga. Lagipun, kita dah sedia maklum hukum berpacaran ni HARAM. Ok, tak perlu kita panjang lebar pasal org yang bercintan ni.



Satu lagi contoh, ketaksuban manusia memuja individu2 tertentu, khususnya artis bagaikan "tuhan" sehingga poster2 gambar mereka ditampal pd dinding bilik masing2. Kita lebih menghafal lirik lagu mereka yg kadang2 tak membawa maksud, tetapi tidak menghafal kalimah2 dalam ayat al-Quran yg merupakan kata2 dr Allah yg membawa seribu makna. Kita lebih cenderung utk bersedih sekiranya artis pujaan kita menghadapi kesukaran, tetapi tidak pula kita menitiskan air mata di malam hari kerana dosa kita terhadap Allah.

Semua ni merupakan sebahagian shj dpd contoh2 yg ada pd zaman yg serba canggih ni.

Adakah kita sebagai muslim sudah lupa pada janji2 dan ikrar kita? Ataupun semua ini hanyalah satu lafaz janji kosong semata2? Atau kita tidak memahami dan mengahayati maksud disebalik lafaz2 janji tersebut? Lafaz inilah yg akan menguatkan Iman kita sekiranya kita bukan sahaja menghafal bacaan tersebut, tetapi kita memahami dan mengahayati maksudnya. Akhir sekali, kita mengamalkan ikrar janji kita kepada Allah.

Wallahualam

p/s: Banyak lagi contoh yg boleh diambil, tapi aku dah tak larat nak tulis panjang2, ngantuk. Harap ape yg aku tulis ni boleh beri peringatan kepada diri aku sendiri, yg sering terlupa akan janji aku kpd Allah. Aku berharap aku sentiasa ingat, dan sentiasa berpegang pd janji dan ikrar sebanyak 14 kali sehari ni. Insyaallah..

2 Response to "Sumpah Setia"

.
gravatar
Ghuroba' Says....

insyaallah..menusuk kalbu kan?
ana sendiri nak menangis kalu bc entry sendiri nih..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!