Jom Sembang Lebat

Thursday, November 10, 2011

Beberapa pengajaran daripada ibadah Haji..

Posted on 10:56 AM by Ghuroba'

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.




Amma ba'd..

Haaaaaasyium!!! Sok sek.. (kesat hidung)
Walaweyh.. berhabuk dah blog ni. Angkara vitamin M yang saya telan beberapa bulan yg lepas. Tak tersangka kesannya sampai ke hari ni.
Ya!! vitamin M A L A S!!
Bukan malas ape, takde idea.

Ok lah. Alhamdulillah kita semua sebagai umat islam telah selesai meraikan 'Aid al-Adha. Hari raya korban. Bagi mereka yang telah selesai buat haji, moga2 Allah terima amalan kamu semua. Semoga mendapat haji yang mabrur.

Ya, ingin sekali saya kongsikan beberapa ibrah yg tersirat dpd ibadah haji itu sendiri, walaupun sy tak pernah diberi kesempatan utk menunaikannya (ya Allah permudahkanlah bagiku). Tapi saya akan share beberapa je yg saya boleh fikirkan.

Yang pertama sekali, ibadah haji itu sendiri adalah Jihad.
Ya, JIHAD. Bayangkan keluarga, sanak saudara, rumah, kerja dan lain2 lagi kesenangan di Malaysia ni yang KITA TINGGALKAN selama sebulan. Juga kesusahan serta kepayahan yg para hujjaj terpaksa lalui. Hanya kerana nak dapatkan redha Allah semata-mata. Bukan ke itu satu jihad? Walaupun tak melibatkan pertumpahan darah (seperti mana yg selalu disalah-erti kan), tetapi pengorbanan yg mereka lakukan semata-mata utk mendekatkan diri dengan Allah. Patut la dalam al-Quran, ayat2 yang berkaitan dengan ibadah haji selalunya didahului/diikuti dengan ayat2 berkenaan jihad. Tiada jihad tanpa pengorbanan.

"Dan perangilah mereka sehingga tiada lagi fitnah, dan (tertegaknya) agama hanya bagi Allah semata. Jika mereka berhenti, maka tidak ada lagi permusuhan kecuali terhadap orang2 zalim. Bulan haram dengan bulan haram, dan (terhadap) sesuatu yang dihormati berlaku (hukum) qisas. Oleh sebab itu, barangsiapa menyerang kamu, maka seranglah dia setimpal dengan serangannya terhad kamu. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa Allah beserta orang2 bertakwa. Dan infakkanlah harta kamu di jalan Allah, dan janganlah kamu jatuhkan diri dalam kebinasaan dengan tangan sendiri dan berbuat baiklah. Sesungguhnya Allah suka org yang berbuat baik. Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah. Tapi jika kamu dikepung oleh musuh maka sembelihlah al-hadyu yg mudah didapati..." (2:193-194)


Yang kedua. Pada hari wuquf di padang Arafah. Bayangkan.. Setelah para jemaah tiba di Arafah, keletihan. Mereka akan tidur/berehat sebentar. Dan kemudian, dalam mereka akan bangun dari tdur. Beramai2 berkumpul di tengah dataran Arafah, yang sedang terik. Seolah2 kita sedang menyaksikan hari kebangkitan manusia dari kubur menuju ke mahsyar. Cuba bayangkan keadaan sebegitu. Tak kira kaya, miskin, hitam, putih, menteri, rakyat. Semua sama je. Berkumpul dan menunggu giliran utk dihisab. Allahuakbar. Lihat bagaimana Allah nak memberi gambaran hari kebangkitan manusia dari kubur.

"kemudian Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam kubur. kemudian bila Dia menghendaki, Dia membangkitkannya kembali"
(80:21-22)

“Maka tiba-tiba mereka berdiri menunggu (putusannya masing-masing.” (39:68)


Sekian saja, hanya 2 pengajaran je yg saya dapat fikirkan secara spontan ni. Maklum la saya bukan ustaz atau orang arif dalam bab haji ni. Buat pun tak pernah, tapi insyaallah mudah-mudahan saya diberi kemampuan utk ke tanah suci. Amin.
Wallahu'alam.
Renung-renungkan. Selamat beramal.hehe.

1 Response to "Beberapa pengajaran daripada ibadah Haji.."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!