Jom Sembang Lebat

Friday, September 9, 2011

I am my own worst enemy..

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.


Amma ba'd..
"I'm my own worst enemy"
Ungkapan yang biasanya omputeh (orang berkulit putih) gunakan dalam kehidupan seharian. Tapi, ape maknenye ye?
Ape pasal ada orang suka cakap mcm tu?
Siape yang dapat idea untuk ungkapan macam tu?
Tapi....
kalau kita faham maksudnye..
Sebagai seorang Muslim, ataupun du'at yang bekerja,
ada benarnya ungkapan tersebut.
Kadang2 DIRI kita la yg mejadi musuh/penghalang kepada segala kerja kita
samada dalam tarbiyah, dakwah, paling koman pon kerja harian kita la especially kat tempat kerja atau study.
Itulah dia keinginan HATI kita yang kadang2 malas nak study, buat keje dan lain lain lagi.



Tak kira apa pun alasan yang kita buat, tak kira sehebat mana kita berhujjah untuk jadikan segala perbuatan kita betul, tapi pada hakikatnya bila benda tu salah, ia tetap salah.
Bila kita sendiri melakukannya, tak bermakna perbuatan tu betul.
Terkadang HATI kita tak nak mengalah, atau taknak berubah.
Jadi pelbagai alasan, hujjah dan justifikasi yang kia boleh cipta utk perbuatan kita yang jelek lagi menjengkelkan (termasuk la diri aku).

Teringat pula pada korus sebuah lagu inggeris

"I'm so far-gone
That deep down inside
I think its fine by me
Coz' I'm my own worst enemy"



Heheh..
Begitulah manusia.
Perlu kepada tarbiyah agar mampu bermujahadah melawan kekangan al-hawa.
Diriku hanya memberi peringatan, walaupun tak pandai bermain dalil.
Wallahualam.

Tuesday, September 6, 2011

Me and my BIG MOUTH

بسم الله الرحمن الرحيم



Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.




Amma ba'd..
Kerana pulut santan binasa.
Kerana mulut badan binasa.
Mulut aku yang "celupar" patut dikenakan cili padi.
Betul ke? Astaghfirullah.
Sesuatu yang perlu dimuhasabah balik.
Jujur tu memang lah perlu.
Tapi mulut kena la jaga.
Nak jaga mulut, kena la jaga hati.
Nanti apa yang mutarobbi kata pasal kita,
itu salah sendiri kan.
Just another short reminder.
Don't slander.
Stop the gossip.
Cermin lah diri.
Wallahu'alam.

Thursday, September 1, 2011

Suasana Busuk Hati?


بسم الله الرحمن الرحيم

Diharap supaya mereka yang di-tagkan dlm link ni baca dengan penuh penghayatan.
Assalamualaikum semua..
Post entry kali ni adalah dikhaskan utk kaum kerabat sahaja. Tapi kalau nak baca, dipersilakan untuk membaca buat pesanan dan bekalan utk diri sendiri. Kalau tak paham, jangan garu kepala.





Amma ba'd..
Ini merupakan salah satu siri pesanan seorang abang kepada adik-adiknya. (heh poyo betul la).

Ya betul, sempena hari raya ni disebabkan semua ahli keluarga kaum kerabat Bani Rashid Ar-Rahmani (suka2 bagi nama keluarga, hehe) berkumpul bersama menyambut hari al-Fitri dengan Abah Tua (atok la tu) dan Mak Tua (abah punya mak) dan juga saudara mara.
Apa kaitan sambutan raya di kampung dengan BUSUK HATI ni?

Tajuknya BUSUK hATI..
Ramai yang berkumpul.
SAudara mara ada yg dah berkahwin, ada yang belajar course yang hebat2 spt medic, dentistry, farmasi dan lain2 sedangkan aku cuma dalam jurusan engineering yg tak seberapa. Aku heran bercampur kesian, diorang berbangga-bangga dengan jurusan yg diambil. Bahkan mak ayah depa merasa anak mereka lah yang hebat, sedangkan akhirnya kita semua masuk di perut bumi jugak.
Tapi tak mengapa lah.

Bagi aku, mak ayah diorang bangga sebab anak diorang adalah orang2 yang berUSAHA bersungguh-sungguh tanpa mengeluh untuk mencapai apa yang dicitakan.

Tapi yang aku tak senang hati, adalah satu je.
Perasaan BUSUK HATI yang ada di dalam beberapa individu kita.
Adik seibu sebapa ku. Ingat baik2 pesanan yg tak seberapa ni.
Setiap tahun raya, mesti adanya persengketaan yg tak berpenghujung ni.
Gara-gara EGO dan kesombongan, ditambah pula perasaan "aku ni maksum, dijamin syurga" (astaghfirullah).

"Apakah kamu sangka kamu akan masuk ke syurga..." (2:214)


Itulah kata-kata Allah kepada orang yang sangka diri sudah sempurna.

Kerana itulah, bila kita yang disuruh untuk cuci pinggan-mangkuk periuk dan segala apa yang ada di dapur (yang kotor) kita akan rasa tak senang bila tengok orang lain duduk bersembang dgn tetamu, tidur, atau buat benda lain.
Kita akan rasa "apsal aku kena buat, dia tu relax je tak buat apa2" (hakikatnya dia pun tengah buat something)..
Dan tatkala akan terkeluar kata2 macam nih "WEH! ABC! TOLONG LA AKU BERSIHKAN MEJA KAT DEPAN TU! BAWAK PINGGAN KOTOR KE DAPUR! AKU SORANG JE YANG BUAT KEJE KORANG TAK BAUT APE2 PUN. DUDUK JE SITU"
Kalau iye pun nak mintak tolong, tak boleh ke gunakan perkataan yang lebih sedap orang dengar spt
"Excuse me (cewah). ABC, boleh mintak tolong sikit. Tolong bawakkan pinggan mangkuk kotor kat depan tu ke dapur, aku nak basuh ni. Nanti tetamu lain datang tak cukup pinggan."
Hah, kan sedap dengar. baru la si ABC tu ada rasa nak tolong.




"Wahai orang2 yg beriman. Janganlah kau rosakkan sedekah kamu (atau kebaikan yg dilakukan) dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti penerimanya ....(hingga akhir ayat)..." (2:264)

Hah! Allah dah warning awal2 lagi pasal ungkit mengungkit kebaikan yang kita sendiri lakukan dengan tujuan yang tak baik. Tambahan pula, Allah melarang kita (kalau rasa diri tu beriman lah) daripada bersikap terlalu BERKIRA walaupun yang dilakukannya setakat mencuci SEBILAH PISAU je.

Bila si A berbusuk hati dengan si B, perasaan tu akan berjangkit pada si B. Lalu si B pun akan berbusuk hati dengan si A.
Aku juga akan rasa macam ni, begitu juga dengan orang lain.
Bila ada yg berbusuk hati dgn aku, aku pun akan terpengaruh lalu berbusuk hati kat dia balik. Itulah sifat manusia. kita tak boleh ubah perasaan tu especially bila persekitaran (biah) BUSUK HATI tu sangat2 pekat.
Cuma kita boleh elakkan diri dpd tercetusnya perasaan tu.
Satu lagi, tak patut pun kita jadi orang yang berkira.
Asyik mempersoalkan apa yang orang tu tak buat, kenapa dia tak buat. Sebaliknya kita patut tanya diri kita "apa yang aku boleh buat? Ada apa lagi yang aku tak buat utk diorang?"
Ingat, erti hidup ini adalah pada MEMBERI. Siapa lah kita ni kalau bukan hanya setitis air yang hina? siapa kita nak mintak orang tu jadik macam tu buat macam ni semuanya untuk kita? Apa yang kita dah beri pada orang tu?

"Sesiapa yang hidup tanpa memberi apa-apa pada umat,dia seperti lebihan dunia"-Mustafa Sodiq Arrofie-



Cuba bayangkan kalau Allah tu berkira dengan kita? Cuba bayangkan kalau Allah berbusuk hati dengan kita? (subhanallah).
Dah tentu sengsara hidup kita. hati asyik gundah gelana.
Allah beri kita macam2. Hidup, kerja, duit, keislaman, KELUARGA, parents yang ditarbiyah, atok, nenek.
tapi Allah tak pernah mintak balik semua tuh. Bahkan Allah tambahkan lagi nikmat.

"Wahai orang2 yg beriman. Janganlah kau merendah-rendahkan org lain kerana boleh jadi mereka itu LEBIH BAIK dpd kau.." (49:11)


"Janganlah kau saling mencela antara satu sama lain...." (49:11)


Semasa on the way ke KL, semua konvoi 2 buah keta (maklum la van dah takde).
Selalunya aku terpaksa duduk dengan orang2 yang berperangai tak pernah menyenangkan. Bila mengata, mengumpat, mengutuk, itulah nombor satu. Kadang2 aku pun dah terikut2 sekali (astaghfirullah). Naik meluat je dengar umpatan-umpatan dan sangkaan buruk terhadap saudara mara. Macam la ki8ta ni bagus sangat, tak pernah buat salah.
Macam la umpatan tu boleh mengubah keperibadian diorang yang dah lama dipupuk sejak kecil lagi.
Ingatlah, hakikatnya bila kita asyik sibuk mengintai kesalahan orang lain, sebenarnya kita sedang mengintai kesalahan diri sendiri.
kenapa perlu berburuk sangka? Sudahla dengan saudara mara, dengan Pa Ma pun nak berburuk sangka jugak, hei kau tu dah komfem takkan masuk neraka je.
Tak tau ke kita dah dapat 3 DOSA BESAR?
a) Merasa diri ni takde dosa, b) Berburuk sangka, c) mengumpat..

"Wahai org2 yg beriman. Jauhilah dari banyak bersangkaan (buruk sangka). Sebahagian sangkaan itu adalah DOSA. DAN JANGAN KAU CARI-CARI KESALAHAN ORG LAIN..." (49:12)

"Kau suka tak jika kau makan daging saudara kau yg sudah mati?.." (49:12)

"Celaka bagi setiap PENGUMPAT dan PENCELA" (104:1)

Nah..
Semuanya Allah dah warning dalam al-Quran!!
Sampai bila lagi kita nak mengaibkan diri sendiri dengan sikap individualistik dan BUSUK HATI ni?
Nak ke kita semua masuk dalam neraka?
tentu taknak!!


Think and ponder brothers and sisters.
Siapalah kita ni nak expect orang tu macam tu macam ni.
Mereka manusia jugak. YA aku pun buat benda yang sama jugak.
Suasana busuk hati ni terkadang meresap ke dalam jiwa aku.
Tapi menjadi tanggungjawab aku utk peringatkan korang semua.
Bukan sebab dengki, bukan nak mengaibkan sesape, tapi utk kebaikan diri sendiri jugak.
Supaya di depan Allah nanti aku ada hujjah.
Tak pernah ke kita rasa bersalah dengan mak abah?
Depa tak pernah sekalipun berbusuk hati dengan kita semua?
TAK PERNAH DIAJAR pun.
Bahkan yang depa tunjukkan cuma PENGORBANAN mereka.
Betapa pemergian mereka kelak mungkin takkan meninggalkan harta pusaka utk kita semua nikmati, tapi Allah dan RasulNya sahaja yg dapat mereka berikan kpd kita?
Itu lebih baik.
Tapi kenapa perlu BERBUSUK HATI?
Saudara mara kita, seteruk mana pun diorang. Diorang tak reti nak tolong2 kat dapur pun, AT LEAST depa tak berbusuk hati!!
Janganlah kita rosakkan amalan kita dengan perangai macam tu (berkira, mengungkit-ungkit, dengki, mengumpat, berburuk sangka).

Ingat baik2, kita ni siapa.
Kita dengan depa sama sahaja. Jangan sekali-kali merasa diri kita ni takde dosa.
Kita bukan malaikat dan bukan rasul. Kita adalah MANUSIA BIASA yang hakikatnya takde ape2 pun. ternasuk lah diri aku sendiri.
aku cuma menjalankan tanggungjawab.
wallahualam.
Sekian.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!