Jom Sembang Lebat
Friday, May 20, 2011
JauLah di Terengganu Menyimpan jutaan 'ibroh..
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.
Amma ba'd..
Pada 15 - 17 Mei yang lalu, ikhwah UTHM telah pun bersama-sama "menyerang" Terengganu sebagai menjalankan salah satu wasilah tarbiyah yang digariskan oleh IKRAM Malaysia. Ana masih dapat merasakan kemanisan ukhuwah tatkala bertemu dengan para ikhwan di Dungun dan juga Kuala Terengganu.
Sebelum jaulah ni dimulakan, kami semua terlebih dahulu bergerak ke JB (13-14 Mei) kerana adanya program Daurah "Ta'hil Murobbi" yang disampaikan sendiri oleh Syeikh Muhammad Hamed Elewa dengan penyampaian yg penuh semangat. Lepas daurah tersebut, kami pun terus bergerak kembali ke RI (rumah ikhwah) di parit Raja untuk "refreshment" atau dalam bahasa yang mudah; makan dan TIDUR..hehe
Setelah nyenyak kami tidur, maka bangunlah kami pada seawal jam 4.00 pagi untuk Qiamullail dan terus bergerak menuju ke Segamat. Ye, solat subuh kat Segamat. Tapi yang peliknya kenapa tempat tu di panggil SEgamat? Kenapa bukan DUA-gamat atau TIGA-gamat?
Baiklah, dah melilau sangat nih..
Sesampai kami di Kuantan, kami mandi di air terjun Panching. Awal pagi memang best. Tapi bila pengunjung dah start datang jadi tak best. Sebab apa, banyak sangat "belangkas" kat hutan tu. Bila tengok, sedih rasanya. Terfikir balik apa yang pernah disampaikan semasa ISK (dengar dpd recording je). Kemudian, singgah sebentar ke rumah Akhi Hafiz. Makan tengahari kat situ mak dia masak lauk sedap2. Ana sendiri sampai 3 kali tambah. Betapa berkatnya masakan ibu sampai ana pun berselera tinggi waktu tu. Alhamdulillah.
Sesampainya kami di Dungun, seorang akh datang menyambut kedatangan kami. Wah, rasa macam VIP pulak kan. Kami bermalam di Dungun, yg best bila ana dan beberapa akh yg lain bermalam di rumah Ustaz Daud. Pengisian yg ustaz sampaikan sangat bermakna. Penuh semangat setelah lama terkulai layu.
Esoknya bergerak ke Cendering. Berjumpa dgn Ustaz Lokman (pergh nama dah sama kan). Pengisian bertajuk "Thiqah binnafs" (Keyakinan diri) memberi nafas baru kpd ikhwah sekalian yg hadir. Dapat satu skill penting yg perlu ada pada seorang murobbi. Mana taknya, kalau murobbi tak thiqah pada diri sendiri, macam mana sang mutarobbi nak thiqah pad murobbi?
Antara ibrohnya:
1) Kita bukan bersendirian.
Tatkala kita sibuk dalam kerja dakwah dan tarbiyah, bila ramai mad'u yang lari dari kita, tak wajar utk kita rasa putus asa. Seringkali kita semua terasa yg bilangan kita yg makin mengecil seolah2 kita sahaja yang buat kerja sebegini rupa. Seringkali kita lupa akan nikmat yg Allah beri pada kita. Nikmat sebagai ghuroba' (stranger). Kita rasakan seolah-olah kita bersendirian.
Jaulah ni telah membuka mata ikhwah2 sekalian bahwa ramai lagi ghuroba di luar sana. Kita tidak bersendirian. Mereka juga mengeluarkan diri mereka dpd kebatilan dan bertindak menghancurkan taghut dari akar umbinya.
2) Ukhuwah fillah.
Walaupun tak pernah kenal mereka, lagi2 ustaz Daud dan ustaz Lokman (apa ni, anak ikhwah takkan tak kenal ustaz2 ni?) ikatan itu menjadi sangat rapat. Ingatan pada diri: betulkan niat ukhuwah tu. Bukan sebab dia ada minat yg sama, dia keje kat tempat yg sama, adik dia tu akhawat yg cun (ehem..astaghfirullah) atau sebab akh tu suka belanja makan (astaghfirullah x3). Tapi ukhuwah kita adalah atas ikatan aqidah. Atas sebab kita yakin Allah itu satu.
3) Mua'yasyah
Mu'ayasyah adalah satu element yg teramat sangatlah penting MELEBIH pengisian yang panjang berjela dan boleh men-zass kan hati. Sebab power mcm mana pun taujih kita, kalau hubungan antara kita dgn mad'u renggang, jangan harap la dia nak terkesan dgn taujih tersebut.
4) Tanggungjawab du'at.
Wah..bila jalan sana sini, bermacam-macam jenis manusia kita boleh tengok. Kat air terjun panching shj dah "terbuka mata" kita semua. Boleh nampak spesis "orang utan" yang bermuqaddimah utk "upacara" mating season lah, ada yang dedah sana sini dan banyak lagi. Paling tak boleh blah tengok "superman".
Semua ni menunjukkan betapa kerja kita semua belum selesai lagi.
5) Dunia ni sementara.
Apa2 pun di sebalik pemandangan yg kita nikmati sepanjang jaulah ni, keseronokannya berakhir bila jaulah tersebut selesai dan ikhwah semua balik ke kampung masing2. Semuanya hanya tinggal kenangan semata-mata. Mengingatkan pada diri ana bahawa begitulah sifat dunia. Dijadikan indah tapi semua tu tak bermakna sebab bersifat sementara je. Nikmat rasa keropok lekor atau nasi dagang yang sedap tu rasa kat lidah je. Bila dah telan dah tak rasa dah. Nikmatnya sebentar je, tak lama pun.
Sebenarnya banyak lagi ibroh yang boleh ana kongsi, tapi memandangkan masa tak mengizinkan (hehe sepatutnya ana buat keje skg) sampai sini jelah yang ana dapat share bersama. Tak banyak pun..
Wallahualam.
No Response to "JauLah di Terengganu Menyimpan jutaan 'ibroh.."
Post a Comment