Jom Sembang Lebat

Thursday, February 18, 2010

Masjid Al-Aqsa, the heart of every muslim.

Posted on 10:27 AM by Ghuroba'

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.
Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.



Amma ba'd
Bila disebut Masjid al-Aqsa, maka secara automatik umat Islam akan tahu dimanakah letaknya, apa yg berlaku di sana dan macam-macam lagi. Kalau tak tau tu, jangan lepaskan peluang sekiranya ada program mengenai isu palestin.

Seperti yg sudah diketahui, Masjid al-Aqsa merupakan Kiblat yg pertama bagi umat Islam yg juga tanah suci ketiga bagi kita semua. Ia bukan sekadar milik penduduk palestin, bukanlah milik Fatah, bukan milik sesuatu bangsa tertentu sahaja. Tetapi, ianya milik seluruh umat Islam tak kira bangsa maupun keturunan.
Maka tak wajarlah utk kita semua mengabaikan serta tidak ambil peduli isu tersebut, kerana al-Aqsa adalah milik kita semua.

Sebelum penjajahan Zionist ke atas Palestin, umat Islam bebas keluar masuk di Masjid Al-Aqsa. Bahkan, ramai yg memulakan ibadah haji dari sini. Setelah Zionist menceroboh masuk ke Palestin, Masjid al-Aqsa menjadi sunyi sepi dpd kunjungan umat ISlam. Oleh kerana bayaran yg dikenakan oleh penjajah untuk menjejakkan kaki di Masjid al-Aqsa sangatlah mahal, mufti Palestin telah memfatwakan Haram, kerana ianya memberi keuntungan kepada musuh Islam.

Disebabkan perkara tersebut, tak ramai umat Islam yg tahu mana satukah bangunan al-Aqsa yg sebenarnya.



Dengan semangat jihad utk mempertahankan al-Aqsa, banyak pula percubaan umat Islam utk memperkenalkan bangunan al-Aqsa. Ada yg kata Qubbah as-Sakhra (dome of the rock) bukan al-Aqsa, dan mendakwa ia merupakan propaganda zionist utk mengalihkan tumpuan umat Islam ke arah Qubbah tersebut. Ramai juga yg termakan maklumat ini.

Untuk mengenali Masjid Al-Aqsa, perlu juga diketahui pembina asalnya.
Menurut sebuah hadis yg sahih (Riwayat Bukhari dan Muslim):

Hadith Sulaiman bin Mahran al-A’mash, daripada Ibrahim bin Yazid al-Tamimi, daripada bapanya Abu Zarr beliau berkata, aku bertanya kepada Rasulullah “Wahai Rasulullah, masjid yang manakah dibina terlebih dahulu (dalam sejarah)?” Nabi menjawab, “al-Masjid al-Haram.” Aku bertanya lagi, “Selepas itu?” Jawab nabi, “al-Masjid al-Aqsa.” Aku bertanya lagi, “Berapa jarak pembinaan antara keduanya?” Nabi menjawab, “40 tahun.”….

Menurut hadis di atas, ramai ulamak berpendapat bahawa Masji al-Haram dan Masjid al-Aqsa dibina oleh orang yang sama. Ini kerana, jarak 40 tahun adalah dekat dan umur umat yg terdahulu sangatlah panjang.

Ada di antara kita berpendapat kedua-dua masjid dibina oleh Nabi Ibrahim a.s, berdasarkan ayat 127, surah al-Baqarah:

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَٰهِيمُ ٱلْقَوَاعِدَ مِنَ ٱلْبَيْتِ وَإِسْمَٰعِيلُ

"Dan ketika Nabi Ibrahim dan Ismail mengangkat kembali tapak asas tapak rumah ibadah itu (Al-Masjid al-Haram)."

Meskipun begitu, Jumhur Ulamak mengatakan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail hanya membina kembali tapaknya sahaja (renovation). Ini menujukkan Nabi Ibrahim Bukanlah pembina asal Masjid al-Haram, secara automatik bukanlah juga pembina asal al-Aqsa.

Menurut Imam al-Tabari, kedua-dua Masjid tersebut dibina oleh Nabi Adam a.s (dilaporkan oleh Ato' bin Abi Rabah dan Abdullah bin Amru).

Setelah Nabi Adam a.s turun ke bumi, atas arahan Allah s.w.t, baginda membina rumah ibadah yg pertama di bumi iaitu Kaabah lalu bertawaf mengelilinginya berdasarkan sempadan yg ditetapkan. Keudian, baginda mendirikan al-Aqsa 40 tahun kemudian (menurut hadis tadi). Adapun Nabi Ibrahim hanya membangunkan kembali (renovation) tapaknya yg telah roboh akibat faktor cauca.

Dismipulkan, ramai ulamak berpendapat bahawa Al-Haram (kaabah) dan al-Aqsa dibina oleh Nabi Adam a.s.

Menurut Fiqh Islam, masjid didirikan atas 4 elemen: Lokasi, Sempadan, Qiblat, dan Aktiviti. Menurut Ulamak, lokasi dan sempadan tidak terhad kepada satu bangunan sahaja. Bahkan masjid pada zaman Nabi Muhammad s.a.w pun tidak mempunyai bagnunan. Yang penting, pembina perlu menetapkan lokasi dan sempadan masjid tersebut.

Bagi Lokasi Al-Aqsa di dalam peta moden, ianya terletak di Old City Of Jurusalem, West Bank. Pada Zaman nabi, tempat ini dikenali dgn pelbagai nama sperti Eiliya', Sham, al-Ard al-Muqaddasah, al-Ard al-Mubarakah dan al-Quds. Pekan ini dikelilingi oleh benteng.Al-Aqsa terletak di Tenggara pagar pekan lama ini.



Pelan Kaabah di Masjid al-Haram



Ramai yg memahami Kaabah sebagai bangunan beberbentuk Kiub yg ditutup oleh kain hitam. Ini kurang tepat kerana Hijr Ismail juga merupakan sebahagian dpd Kaabah itu sendiri. Berdasarkan al-Azraqi pelan Kaabah yg direnovate oleh Nabi Ibrahim adalah seprti gambar di atas.


Bangunan Al-Aqsa yg Sebenar




Secara ringkas, Masjid al-Aqsa adalah kawasan yg meliputi semua monumen yg terdapat disekelilingnya termasuklah Qubbah as-Sakhra, Masjid Buraq dan sekitar kawasan 4 segi tersebut.
Ini berdasarkan:

Nabi diisra' ke al-Aqsa, dan dimi'rajkan dari al-Aqsa juga. Semua bersetuju baginda s.a.w dinaikkan ke langit dpd lokasi Qubbah As-Sakhra. Maka, dakwaan yg mengatakan As-Sakhra bukan Al-Aqsa tak tepat keran ia terletak di dalam sempadan al-Aqsa.

Masjid tak semstinya sebuah bangunan. Boleh juga Masjid dibina atas tanah lapang, asalkan sempadan dan lokasinya ditetapkan, maka itiulah dia Masjid.

Al-Aqsa mempunyai persamaan dgn Kaabah. Ia dibina oleh orang yg sama iaitu Nabi Adam a.s, Jika dibesarkan pelan kaabah didapati bentuk pelannya adalah sama dgn sempadan al-Aqsa. Sudut bukaan di setiap sudutnya adalah sama. Sempadan al-Aqsa merupakan scaled-up version bagi pelan Kaabah. (Dr Haithem)



Bangunan Masjid yg dibina oleh Sayidina Umar al-Khattab di selatan sempadan al-Aqsa dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Jami' Qibli atau Jami' Al-Aqsa. Inilah yg didakwa sebagai Bangunan Masjid Al-Aqsa oleh umat Islam sedunia. Sekiranya disebut Masjid Al-Aqsa, ianya adalah kawasan di dalam pagar tersebut termasuklah Qubbah As-Sakhra, Jami' Qibli, MAsjid Buraq, dan Tanah Lapang yg berada di dalampagar sempadannya. Seperti di dalam imej bawah, semua yg berada dalam kotak kuning berada di dalam Masjid Al-Aqsa.




Boleh disimpulkan di sini bahawa Masjid al-Aqsa meliputi semua bangunan dan tanah lapang di dalam sempadannya seperti yg ditunjukkan dalam gambar di atas. Qubbah as-Sakhra juga merupakan sebahagian masjid Al-Aqsa. Umat Islamjuga perlu berhenti dpd menyebarkan maklumat yg salah, seperti maklumat tentang Qubbah as-Sakhra. Haikal Nabi Sulaiman adalah sasaran Zionist yg mereka mahu bina di atas tapak Qubbah as-Sakhra yg dianggap tempat suci bagi org Yahudi. Andaikata kita mengalihkan tumpuan kita dpd As-Sakhra, sangat mudah bagi Zionist utk merampas Al-Aqsa dpd kita semua sedangkan As-Sakhra juga sebahagian Al-Aqsa.
Untuk lebih detail, disarankan utk membaca buku dpd Dr Haithem mengenai kajian beliau tentang pembinaan Kaabah, Jami' Qibli, Qubbah a-Sakhra, serta sejarah pemerintah yg menguasai dan memakmurkan al-Aqsa.

Maklumat ini bukanlah daripada diri ana sendiri, tetapi berdasarkan artikel yg ana baca. Untuk lebih detail, sila rujuk kepada link tersebut "Bangunan Masjid Al-Aqsa yg Sebenarnya" oleh Ustaz Irfan.

Sebarkanlah maklumat ini kepda umat Islam di serata dunia. Jika setakat inilah yg kita mampu, insyaallah kita tergolong sebagai org yg berjihad di jalan Allah.





No Response to "Masjid Al-Aqsa, the heart of every muslim."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!