Jom Sembang Lebat

Sunday, January 17, 2010

Kacau Gereja Bukan Jalan Penyelesaian

Posted on 6:42 PM by Ghuroba'



Assalamu'alaikum

Kepada rakan2, ikhwah2, para pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah, selaku Rabbul 'alamin yang telah memebrikan ana kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan tertekan.


Amma ba'd,
Baru2 ni kita semua dikejutkan dgn beberapa isu yg penuh kontroversi. Ya betul, kecoh satu Malaysia dgn isu ni, iaitu penggunaan nama "Allah" oleh orang Kristian, dan juga gangguan2 terhadap gereja2 di Malaysia.



Apa kedudukan ana dalam isu ni? Haa, ana tak nak menghukum siapa2 dalam isu ni. Ana tak berani nak membantah penggunaan nama Allah di kalangan orang Kristian, tak bermakna ana ni penyokong atau ejen kpd kristian.



Semua ni sekadar pendapat, kalau nak jadikan hujjah sekalipun, ia berdasarkan apa yg ana baca bukan berdasarkan nafsu atau logik semata-mata. Wallahualam.

Pertama sekali, Islam merupakan agama yg bertoleransi terhadap agama lain terutama sekali agama samawi (ahli kitab) iaitu yahudi (judaism/jewish) dan nasrani (kristian). Malah, hubungan Islam dengan kedua-dua agama tersebut ada keistimewaannya tersendiri.
Hubungan Islam dgn Agama Kristian lebih rapat jika dibandingkan dgn yahudi.
Firman Allah:

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَاوَةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلْيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشْرَكُواْ وَلَتَجِدَنَّ أَقْرَبَهُمْ مَّوَدَّةً لِّلَّذِينَ آمَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوۤاْ إِنَّا نَصَارَىٰ ذٰلِكَ بِأَنَّ مِنْهُمْ قِسِّيسِينَ وَرُهْبَاناً وَأَنَّهُمْ لاَ يَسْتَكْبِرُونَ


Demi sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. dan Demi Sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: “Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani” Yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong. (al-Maidah ayat 82)



Ayat ini dijelaskan oleh al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'rawi dengan peristiwa di mana beberapa orng sahabat diarahkan oleh Nabi s.a.w utk menyelamatkan diri ke Habsyah yang berada dibawah pemerintahan Raja Najasyi.


ISU GEREJA DIBAKAR/SABOTAJ


Ini merupakan isu yg amat memalukan jika kerja sabotaj ni benar2 dilakukan oleh umat islam sendiri. Perbuatan seperti ini akan menunjukkan lagi betapa jahilnya Umat Islam di Malaysia ni.

"Umar dipelawa untuk bersembahyang Asar di dalam Holy Sepulchre. Akan tetapi beliau menolak, kerana khuatir akan ada kelompok Muslim akan datang yang zalim akan merampas gereja suci tersebut, kerana kononnya Umar pernah solat Asar di situ. Lalu Umar bersembahyang di luar Holy Sepulchre, dan di tapak beliau solat itu sekarang didirikan Masjid Umari yang masih berdiri teguh sekarang. Masjid Umari itu didirikan bersebelahan dengan Holy Sepulchre."
(abidfana)

Quotation di atas menunjukkan betapa Islam sangat bertoleransi dgn Kristian, sehinggakan gereja di Baitulmaqdis tidak diganggu oleh Saidina Umar al-Khattab, sahabat yang paling otai. Bahkan, didirikan pula sebuah masjid bersebelahan dgn gereja tersebut.

Malah Nabi s.a.w melarang tentera Islam daripada mengganggu rumah-rumah ibadat agama lain, termasuklah org-orang yg berlindung di dalamnya juga. Antara taboo yg lain adalah orang tua, wanita, kanak2. Baginda juga melarang tentera Islam dpd membakar bangunan, merosakkan sebarang kemudahan dan menebang pokok2 untuk tujuan memusnahkan. Begitulah sifat toleransi yang patut ada untuk setiap orang yg bergelar Muslim.

Janganlah kita terburu-buru melakukan perkara-perkara yang keji seperti itu. Mulianya umat Islam dahulu kala kerana sifat toleransi tersebut. Berjayanya umat Islam dahulu kala adalah kerana mengamalkan sunnah Nabi s.a.w serta yakin 100% dgn apa yg dibawa oleh baginda dan yg terkandung dlm al-Quran.
Jatuhnya umat Islam kerana sikap mazmumah masing2.

Jika dikaji semula sejarah bagaimana jatuhnya baitulmaqdis di tangan tentera salib adalah kerana kejahilan serta kezaliman umat Islam tersendiri. Khalifah al-Hakim bin Amrillah (yang berfahaman syiah), khalifah keenam dpd kerajaan Fatimiyah bertindak zalim terhadap penganut kristian di baitulmaqdis. (abidfana)

Kezaliman al-Hakim ini menaikkan kemarahan penganut kristian di Eropah lalu tercetusnya perang salib, dan jatuhnya baitulmaqdis di tangan org kristian. Akibat dpd itu, ramai umat Islam disembelih tanpa belas kasihan oleh tentera salib sebagai tanda membalas dendam.

Berbalik pula kepada isu pembakaran tiga buah gereja di Lembah Kelang dan beberapa lagi perbuatan vandalisme terhadap beberapa buah gereja di Malaysia baru2 ni. Yg ana sangat risaukan adlah, perbuatan tersebut akan menaikkan kemarahan org2 kristian di Malaysia dan berlaku penyembelihan besar-besaran terhadap umat Islam sepertimana berlakunya di Ambon dan Maluku sedekad lalu. (Nauzubillahiminzalik)

ISU PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH

Selama ana belajar sama ada di Hidayah dahulu kala, mahupun di dalam usrah/liqa' ataupun mana-mana majlis ilmu, tak pernah ada pun hukum mengenai penggunaan kalimah Allah. Even, kaum musyrikin Quraisy di Makkah sendiri mengaku Allah itu Tuhan mereka, cuma mereka telah disesatkan dengan adanya al-Atta dan al-Uzza. Tapi pokok pangkalnya mereka tetap mengaku Allah itu pencipta.

Malah di dalam al-Quran sendiri ada disebutkan:

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْقِلُونَ


Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu ia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah“. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak memahami (hakikat tauhid dan pengertian syirik). (al-Ankabut ayat 63)


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لا يَعْلَمُونَ


Dan sesungguhnya jika Engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian – tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).
(Luqman ayat 25)

Kedua-dua ayat ni menunjukkan bahawa tiada sebarang halangan atau larangan bagi orang bukan Islam untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan yg maha pencipta, sedangkan Allah sahajalah satu-satunya Tuhan yg mencipta sekalian alam. Cuma yang membezakan kita dengan non-muslim adalah tauhid uluhiyyah, iaitu keyakinan kita yg nyata bahawa Allah adalah Tuhan pencipta yg maha Esa (Satu), sepertimana yg terdapat dalam silibus Aqidah di sekolah dulu2.

Yang memeranjatkan diri ana ialah, terdapat juga aliran yang menafikan pembahagian tauhid uluhiyyah (keyakinan bahawa Allah itu Tuhan pencipta yg satu), tauhid rububiyyah (keyakinan bahwa Allah itu Tuhan pencipta Alam yg menjaga dan mendidik makhlukNya) dan tauhid asma' wa sifat (keyakinan bahawa Allah mempunyai nama2 yg baik serta sifat2 yang sempurna). Malah, ada juga yg mendakwa pembahagian tauhid ni kononnya ajaran wahabi, sedngkan mereka tak tau yg mereka sendiri dikelirukan oleh pihak barat tentang kewujudan wahabi ni. Baiklah tak perlu cakap banyak pasal wahabi ni.

Di negara Arab pula, dalam kitab injil (bible) sudah lama menggunakan perkataan Allah bagi merujuk Tuhan. Tidak pula ia mengelirukan umat ISlam di sana, malah perkataan tersebut merupakan perkataan yg biasa digunakan bagi mereka.
Bagaimana pula kita di Malaysia. Bagi ana, tak mungkinlah penggunaan nama Allah di kalangan penganut kristian boleh mengelirukan siapa2 yg betul2 faham Islam. Bahkan, bagi ana, ia satu langkah yg memudahkan bagi umat Islam sendiri untuk membuka perbincangan kepada mereka.
Bagi mereka yg risau dikelirukan pihak kristian, satu-satunya persediaan untuk menghadapi semua ini, mudah je, mantapkan lagi Iman di dada. Dalami ilmu agama Islam bukan sekadar teori hafalan di dalam kepala, sebaliknya, hayatilah ajaran ISlam di dalam hati.


Wallahualam..

No Response to "Kacau Gereja Bukan Jalan Penyelesaian"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!