Jom Sembang Lebat
Thursday, October 8, 2009
Pengajaran Daripada Bencana Alam dan Umat Terdahulu
Assalamualaikum..
Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita mengenai gempa bumi di Padang, Indonesia dgn ukuran magnitud 8.0 pada skala Ritcher. Kalau kita lihat gambar2 die pun bangunan runtuh macam sandwich. (klik pada readmore)
Memang terharu bila kita tengok keadaan mereka di sana mengharungi kesusahan. Tetapi, ia seolah-olah menunjukkan yg mereka telah lupa pada kejadian Tsunami di bandar Acheh. Manusia seakan-akan tidak mengambil apa-apa pengajaran daripada kejadian itu.
Tak usah kita cakap macam tu pada mereka di sana, tapi nilailah diri kita sendiri. Kita yg hidup dengan aman damai, serba senang, masih lagi memuliakan budaya hedonisme dan mengagung-agungkan maksiat. ingatlah, bala yang turun bukan terkena pada orang tertentu sahaja. Tetapi bala akan terkena pada semua orang tak kira mukmin atau fasiq, 'abid atau ma'asiy (org yg melakukan maksiat), muslim atau kafir, muttaqin atau munafiqin. Semua akan merasa tempiasnya.
Oleh itu, jangan kita lalai. Perbetulkan niat kita, nasihatkanlah kawan2 kita yg sedang melakukan dosa.
Ambillah i'tibar daripada kisah kaum nabi Luth a.s iaitu penduduk negeri Sadum. Mereka suka bermaksiat, berhibur dengan melampau-lampau sehingga didatangkan gempa yg kuat dan akhirnya tenggelam menjadi laut mati.
Umat Nabi Nuh a.s, mereka ingkar lalu "disapu" dengan banjir besar.
Kaum Nabi Syu'aib dgn gejala rasuah, korapsi didatangi gempa bumi.
Kaum 'Ad ditiup dengan angin taufan yg kuat.
Semua ini diceritakan dalam al-Quran. Antaranya;
"Adapun kaum ‘Ad maka mereka telah dibinasakan dengan kejadian yang luar biasa. Adapun kaum 'Ad maka mereka telah dibinasakan dengan angin yang sangat dingin lagi amat kencang, yang Allah menimpakan angin itu kepada mereka selama tujuh malam dan delapan hari terus menerus; maka kamu lihat kaum ‘Ad pada waktu itu mati bergelimpangan seakan-akan mereka tunggul-tunggul pohon korma yang telah kosong(lapuk). Maka kamu tidak melihat seorangpun yang tinggal diantara mereka." (al-Haaqah ayat 6-8).
Allah juga menceritakan bagaimana tahap keangkuhan mereka:
"Allah menutup hati mereka, dan pendengaran mereka serta penglihatan mereka.." (al-Baqarah ayat 7)
dan juga ayat:
"di dalam hati mereka terdapat penyakit, maka Allah akan tambahkan (keparahan) penyakit hati mereka..." (al-Baqarah ayat 10)
Jadi, janganlah kita lupa pada kisah2 yg diceritakan. Kembalilah kepada ajaran yg benar iaitu Islam yg berpandukan al-Quran dan As-Sunnah.
Nun di sana cita-cita kita
Ya akhirat namanya
Dunia ini bukan tempat tinggal
Di sini hanya sebentar tidak kekal
Betulkan niat dari sekarang
Tukar sikap kita
Yang merugikan
Quran dan sunnah
Jadikan panduan
Agar besok kita tidak kekesalan
Biar susah sedikit kerana Tuhan
untuk menghindar kesusahan yg besar
Yang tidak sanggup ditanggung badan
Ambillah iktibar jika mahu senang
Di sana tiada yg dapat membela
Amal ibadah itulah pembela kita
Ayuh bersegeralah membuat kebaikan
Jangan dilalaikan oleh nafsu dan syaitan
Pangkat dan harta tidak akan kekal
Bahkan apa yg ada
Akan ditinggal
Hidup di dunia hanya sementara
Buatlah persiapan utk ke sana
Ayuh bersegeralah menuju Allah
Taatilah dia minta ampun padanya
Sampai bila-bila masa kan tiba
jangan sampai kita tidak bersedia
No Response to "Pengajaran Daripada Bencana Alam dan Umat Terdahulu"
Post a Comment