Jom Sembang Lebat

Thursday, August 20, 2009

Politik dan Islam

Pisah agama dan politik tidak masuk syurga � sarjana Islam
Oleh Mazlan Jusoh
Wed | Aug 19, 09 | 3:11:24 pm MYT
KOTA BHARU, 19 Ogos: Siapa ekstrem, antara ulama yang mahu memperbetulkan aqidah umat Islam atau orang yang mengaku Islam namun tidak sedar aqidah tergelincir?

Aqidah yakni pegangan hidup seseorang muslim. Ia akan menjadi rosak apabila mereka tidak yakin hukum hakam yang diturunkan oleh Allah kepada umat manusia.
Sedangkan dalam surah Al Maaidah:49 Allah berfirman yang bermaksud;
"Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah dan janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan berwaspadalah terhadap mereka supaya jangan mereka menyesatkan engkau dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepada engkau.
"Jika mereka berpaling, ketahuilah bahawa hanya Allah mengkehendaki supaya mereka ditimpa seksaan kerana sebahagian dosa mereka sendiri. Sesungguhnya kebanyakan manusia orang-orang fasik."
Maka sesiapa yang engkar terhadap suruhan agama itu ianya secara jelas menzalimi dirinya sendiri.
Bekas pensyarah kanan pengajian Islam UKM, Dr Muhammad Muhd Daud berkata, sesiapa yang menolak ajaran yang terkandung dalam al Quran secara jelas telah tergelincir aqidahnya.
"Misalnya tindakan mengasingkan politik dan agama dalam pentadbiran negeri atau negara ia boleh merosakkkan aqidah seseorang.
"Begitu juga pemerintah yang beragama Islam tetapi tidak mahu melaksanakan hukum yang ditetapkan agama dan lebih parah lagi apabila pihak yang mahu melaksanakan Islam cuba dihalang melalui kuasa yang mereka miliki," katanya di sini.
Akhbar hari ini melaporkan Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai ekstrem apabila menganggap dasar yang dibawa Umno (pisahkan agama dan politik) tidak akan membawa ahlinya ke syurga.
Ekoran itu pelbagai pihak mengecam Menteri Besar Kelantan itu. Antaranya Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang dilaporkan menyebut tiada nas dalam al Quran dan Hadis mensyaratkan seorang itu perlu menjadi ahli sesuatu parti sebelum boleh masuk syurga.
Dr Mohamad yang juga Adun Tendong berkata, dalam situasi sekarang semua orang tahu pihak mana yang berjuang mendaulatkan Islam dan kumpulan mana yang meminggirkan Islam.
Menurutnya pihak yang bersekongkol dengan pemerintah yang tidak ada cita-cita untuk menegakkan agama Islam tentunya akan lebih jauh daripada mendapat balasan syurga.
Bekas pemimpin pelajar Melayu di Universiti Al Azhar Mesir, Ustaz Abdullah Abdul Razak berkata, apabila sesebuah parti itu memisahkan politik dan iman sudah tentu ia tersasar jauh daripada landasan Islam.
"Politik adalah sebahagian amalan dalam agama. Ini kerana pada zaman Rasulullah saw masjid dijadikan pusat mentadbir, mengatur strategi perang dan mengurus zakat.
"Latihan perang juga diadakan di halaman masjid di zaman baginda. Dan usaha memisahkan agama dan politik dimulakan agama Kristian.
"Dalam agama Kristian orang kuat agama hanya dibenarkan berada di gereja dan pentadbiran negara diurus orang politik," katanya.
Beliau yang juga Ketua Unit Dakwah Halaqat, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan berkata, apabila perkara pokok dalam Islam diketepikan sudah tentu ia merosakkan aqidah seseorang.
Dan katanya apabila aqidah rosak macam mana seseorang itu mahu mendapat balasan syurga di akhirat kelak.
Oleh itu katanya kenyataan Mursyidul Am PAS mengenai mana-mana pihak yang mendokong parti yang memisahkan agama dan politik tidak akan masuk syurga adalah tepat sekali.


Wednesday, August 19, 2009

Macam mana ni..

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi..beberapa hari lagi bertemu bulan yg dinanti-nantikan. Seronoknya tahajud, sahur, tadarus dari pagi sampai petang, iftar dan juga terawih. Rindunya aku pada kemeriahan Ramadhan. Pastu raya pulak, tapi aku tak berapa kisah pasal raya. Usia aku yg makin tua ni (dah mula ada perangai mcm org tua), jadi kedatangan syawal tak terasa. Yg aku terasa cuma pemergian bulan Ramadhan.huhu..

Tapi, berdasarkan tajuk aku ni bukanlah nak cakap pasal kedatangan bulan ramadhan. Yg aku dok gelabah sgt ni, projek sarjana muda aku masih belum siap lagi. Engine testing aku tak buat lagi. Macam mana dgn data ni..adoi..
Kalau nak buat kerja berat time puasa mmg takde hal bagi aku. Baru kerja berat, belum lagi berperang. Tapi masalahnya, staff makmal nak ke buat time puasa ni? Kalau biar aku sorang yg setting takut2 ade je alat yg rosak.
Takpela, tawakkal aje lah. Yang penting, write-up kena siapkan. Dah berapa hari aku susah nak tido malam sebab risau sangat projek aku tak berjaya.
Rupa pun macam zombie.
Doa2 lah supaya tarikh penyerahan laporan PSM bukan lepas raya supaya aku ada masa nak buat experiment nyer.

Teringat pula berita pemergian Ustaz Asri. Alfatihah untuk beliau. Aku terkejut berok bila dpt tau ketua kumpulan Nadamurni @ Rabbani meninggal. Teringat pula firman Allah ayat terakhir surah al-munafiqun:

"dan Allah tidak akan melambatkan kedatangan ajal seseorang.."

Ingat2 lah dunia ni hanya sementara..

Tuesday, August 4, 2009

H1N1 perlu dipandang serius

Wabak influenza A H1N1, atau swine flu tidak asing lagi di negara kita. Wabak ni memang hebat, dalam masa 3 bulan aje dah mencecah 1400 kes (skang dah lebih).

Banyak sekolah dan IPT terpaksa cuti awal gara2 H1N1. Langkah2 berjaga2 pun diambil (walaupun tak berkesan). Fenomena mcm ni sangat menakutkan. Tambah lagi dengan 7 kes kematian baru2 ni. Mulanya dengan 2 kes kematian, dalam 2-3 minggu gak dah cecah 7 orang.
Persoalannya, kes H1N1 ni tidak dipandang berat. Lepas dah tutup skolah, pelajarnya dibiar macam tu je. Malah mereka yg mungkin dijangkiti tapi tak menunjukkan simptom boleh merayau2 lagi. H1N1 bukan saje bleh berjangkit di sekolah atau IPT je, tapi apa pula ceritanya di pusat membeli belah, tempat kerja, dan karnival2 yg difatwakan haram (jom heboh)?
Selain tu, Malaysia merupakan antara negara yg pertama mendapat bekalan vaksin H1N1. Tapi, mana letaknya vaksin tu? Untuk mencegah dpd merebaknya wabak ni, program vaksin (mass vaccination progaram) patut dianjurkan, di mana semua org di malaysia mendapat suntikan vaksin. Kalu tak boleh pun, mereka yg pulang dr luar negara perlu terus disuntik dgn vaksin di mana2 terminal.

Bagi yg muslim pula, ingatlah wabak spt H1N1 merupakan satu peringatan dpd yg Esa. Ingatlah Dia, betulkan sikap kita yg merugikan. Kembalilah kpd Quran dan Sunnah. Amalkan amar ma'ruf nahi munkar, bala Tuhan tak kira yg baik atau jahat. Semua akan terkena.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!