Jom Sembang Lebat

Friday, May 22, 2009

Nafsu Ikan Paus

Posted on 9:40 AM by Ghuroba'

NAFSU adalah sebahagian daripada manusia dan manusia tidak boleh berpisah daripadanya selagi bernafas.



Nafsu manusia (atas) nafsu makan + nafsu nak ber"couple" (bawah) air liur meleleh tanda sangap.

Malah, dengan nafsu dunia menjadi indah dan begitu menarik. Dengan nafsu juga manusia mempunyai keturunan dan manusia boleh membangunkan diri dan tamadun, sehinggakan dengan nafsu manusia boleh menjadi pincang.

Barangkali ada juga orang beranggapan, jika tiada nafsu di dalam dirinya, tidaklah dia terikut-ikut dengan nafsu. Tetapi nafsu adalah anugerah Allah. Di dalamnya ada ilham baik dan buruk, seperti maksud firman-Nya: “Kami ilhamkan kebaikan dan keburukan di dalam hati manusia.”

Berjayalah sesiapa yang dapat mendidik hati sebagaimana kalangan nabi dan rasul. Ini kerana mereka yang boleh menguasai hati mampu menguasai nafsu. Sebaliknya, mereka yang rosak hati menjadi tunggangan nafsu.

Mulia atau hinanya manusia bergantung kepada sejauh mana manusia boleh atau tidak mengawal nafsu tetapi nafsu pula bukan untuk dibunuh atau dinyah daripada diri, cuma ia perlu dididik, diasuh dan dikawal sebaik yang mungkin.

Al-Quran membahagikan nafsu kepada tiga iaitu nafsu ‘amarah’ (nafsu jahat), ‘lawwamah’ (menyesal apabila buat kejahatan) dan ‘mutmainnah’ (tenang).

Apabila buta martabat nafsu, manusia akan teraba-raba dalam kegelapan, malah tidak tahu kedudukan di sisi Tuhannya.

Ada orang menyangka diri mereka mulia tetapi sebenarnya hina di sisi Allah. Ada orang dihina tetapi mulia di sisi Allah sebab berjaya mengawal nafsu. Ada juga orang berasa dia sepatutnya dimuliakan dengan kedudukan tetapi patut dihina di sisi Allah.

Bagi mengendalikan nafsu sama ada remaja atau orang dewasa, mereka kena mengetahui terlebih dulu pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu, iaitu:
- Terlalu cinta kepada dunia, sehingga tewas cinta Allah.
- Tamak haloba, hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri. Maknanya, walaupun tidak mampu, mereka tetap mahukannya.
- Hasad dengki, iaitu berasa senang apabila orang lain mendapat musibah tetapi susah hati apabila orang lain mendapat kesenangan. Tidakkah dengki namanya itu?
- Wanita. Nafsu boleh rosak kerana wanita. Bagi lelaki, nafsu boleh jadi tidak terkawal apabila berdepan wanita.
- Gopoh gapah, maksudnya tidak berfikir panjang dalam melakukan sesuatu.
- Taksub, iaitu sifat atau pegangan yang keterlaluan dalam menghadapi sesuatu. Disebut juga fanatik.

Selepas mengetahui pintu atau punca nafsu menjadi jahat, remaja perlu juga mengetahui cara untuk mengawal dan mengelakkan daripada bahaya nafsu jahat terbabit, antaranya:
- Tutup pintu kemasukan syaitan yang boleh merosakkan nafsu tadi rapat-rapat.
- Hapuskan segala sikap kotor, jangan dengki lagi, jangan bersikap tamak dan jangan terlalu mencintai dunia.
- Hancurkan gangguan syaitan, iaitu dengan selalu berzikir terutama dengan zikir yang diajarkan Rasul seperti ‘ma’thurat’ dan baca al-Quran.
- Perbanyakkan solat sunat dan rajin-rajinlah bangun solat malam (qiyamullail).
- Banyak bersedekah.
- Berkawan dengan orang miskin.

Remaja sekalian! Sebagai Muslim, kita juga kena membiasakan diri mempunyai al-Quran kecil di tangan. Ini kerana apabila tiba gangguan syaitan tadi, terus buka Quran kecil, mudah-mudahan kita sentiasa dilindungi Allah, sebab keinginan kita untuk berzikir (mengingati Allah).

Kemudian, biasakan diri selalu menziarahi orang sakit atau orang yang hendak meninggal dunia, ziarah kubur dan tulis wasiat kerana perkara ini boleh mengingatkan kepada kematian, menginsafkan kita dan paling penting mendidik dan menguatkan hati supaya dapat menewaskan nafsu.

source: Hentian Sementara

=====================================================================================

Wahai adik2 ku. Kawal dan didiklah nafsu korang supaya menjadi insan yang mulia. Rajin-rajinkanlah diri korang untuk bangun pada satu pertiga malam terakhir, bukan untuk main tagged, tapi untuk bertahajud di hadapan Allah. Jangan terlalu ikutkan nafsu untuk sentiasa melawan nasihat dan teguran dpd orang lain. Jangan terlalu ikutkan nafsu untuk tidur dari pagi hingga ke petang, dan bermalas-malasan sementara orang lain bersusah payah mencari rezeki. Perbuatan korang akan menyebabkan orang lain sakit hati dan dengki ngan korang. Jadi, cuba kawal diri korang supaya tidak menjadi hamba kepada nafsu yang membuak-buak.

3 Response to "Nafsu Ikan Paus"

.
gravatar
Si mawar Says....

salam...

hmmm, kiter andaikan hidup ini umpama exam...
samada kita gagal, kite ke neraka, manakala jika kita lulus dengan cemerlang kite ke syurga first class, jika kurang cemerlang kite ke syurga peringkat yang sebegitu juga. Kita harus ikut segala arahan soalan. Jika mahu cemerlang, kena study hard, iaitu dengan amal ibadah dan tuntutan syariah Islam. Man jadda wa jadda.

Atau hidup ini umpama mengembara, jika kita ikut peta untuk menuju ke destinasi, kita akan sampai ke tempat yang dituju. Disamping itu pelbagai dugaan yang mesti ditempuhi.

sama seperti kehidupan, tuhan sudah memberikan peta kehidupan iaitu Al-Quran dan As-sunnah, untuk kite menuju ke destinasi dan tujuan kehidupan iaitu syurga yang kekal abadi. Disamping itu kita diiringi dengan pelbagai liku-liku yang harus kita tempuhi iaitu nafsu. Kadangkala kita diuji dengan binatang buas iaitu syaitan dan iblis yang direjam.

Sesiapa yang mengikut arahan dan peraturan yang ditetapkan dalam peta, dia akan sampai ke destinasi iaitu Jannatul Firdausi.

.
gravatar
Ghuroba' Says....

insyaallah
jzkk..
mana dapat sumber rujukan..kalau bleh tolong ringkaskan. pening ana nak baca sampai ke bawah.

.
gravatar
MissGAZA (FasihahAdnan) Says....

ALLAH kurniakan akal kpd manusia utk mengontrol nafsuu.
Klaw tak digunakan akal, sama ajalah kta ngan bnatang..
Syukron ats pringatan!
:]

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!