Jom Sembang Lebat
Saturday, February 14, 2009
Mandi atau solat? Yang mana lebih penting?
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Assalamualaikum kawan2 semua. Dah lama aku tak tulis entry aku sendiri, selama ni aku asyik copy paste org lain punya entry, pastu buat ulasan aje. Kali ni, aku tulis dpd idea aku sendiri yg agaknye tak bernas.
Dalam posting kali ni aku nak kongsi sikit beberapa pendapat aku mengenai solat. Korang mungkin tertanya2, pasal solat pun nak kecoh ke? Ha, ni yg aku nak tegur, bile orang yg kemukakan soalan macam tu, seolah-olah, die pandang remeh pada masalah solat ni. Jangan sekali kali kita pandang ringan masalah solat, di akhirat kelak, amalan yg pertama skali yg akan dihisab (dihitung) adalah solat.
Ok.. Tak perlu sembang lama2 kat dlm muqaddimah kita. Dah jadi tabiat orang ramai, mandi sebelum solat, terutama skali pd waktu Maghrib. Mmg menjadi tuntutan agama supaya kita menjaga kebersihan terumanya bile nak solat (bertemu Allah). Tapi dlm masalah kita skarang ni, yang mana lebih penting? Mandi atau Solat?
Sebelum aku teruskan dgn jawapan aku, ingin aku berkongsi bersama apa yg aku blajar masa kat SMIH dlu2. Waktu maghrib bermulanya dari terbenam matahari, mega senja sudah kelihatan (langit dah warna oren2). Tapi mcm mana nak tau waktu maghrib dah abis? Waktu maghrib abis bile keadaan langit belum gelap, sebaik sahaja langit bertukar warna dpd oren kpd ungu. Ni tak bermaksud waktu isyak dah masuk. Cuma, waktu maghrib tersangatlah singkat.
Dalam masalah tadi, mandi atau solat dlu, terpulang pd keadaan. Tapi aku nak tekankan bhw solat itu lebih penting. Mungkin aku nak tegur sesetengah orang yg sanggup menunggu giliran utk mandi, tak solat lagi. Sebaliknya, solat dulu baru la mandi. Kalu nak mandi, mandi awal2. Bukan bile dah dgr azan Maghrib baru terhegeh2 pakai tuala, tggu turn nak mandi sbb ade org tgh buang air kat dlm. Jadi, SOLAT itu jauh lebih penting dpd MANDI.
Kenapa aku cakap camtu? berdasarkan firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)," (Surah al-Jumu'ah ayat 9)
Dpd ayat ni, Allah dah perintahkan. Bile dgr seruan utk kerjakan sembahyang pada hari jumaat, terus je tunaikan seruan tu. Ok, ayat ni bleh jugak kita gunakan pd waktu solat yg lain. Maksudnye, bile masuk waktu (dengar azan), tinggalkan dulu ape2 saje kerja atau urusan, terus amik wudhu' dan solat.
Dpd ayat kat atas ni, aku nak conclude yg solat itu lebih penting dpd mandi. Kalu nak mandi sangat, mandi la awal2. Bagi kes yg berhadas besar waktu tu jugak, mandi tu biar cepat sikit. Asal bersih badan dah cukup. Kalu rasa tak sempat (aku tak sure camne) mungkin ade rukhsah (keringanan) dalam hal sedemikian. Wallahualam..
Kalu ade ape2 yg salah, tolong betulkan kat dlm comment.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
2 Response to "Mandi atau solat? Yang mana lebih penting?"
kalau solat dalam keadaan tak suci, camane?? Mesti tak boleh kan... Yang was-was dengan kebersihan diri setelah wudu',plak??
was-was itu datang nyer dari syaitan.seingat sy la,masalah dgn was2 ni ade byk kes. salah satu nyer, kalu terlupa sm ada kita dah ade wudhu' ke blum,dikira kita dah berwudhu'.was2 ni senjata syaitan supaya kite melengahkan solat.
mmg la tak sah slt kalu tak suci.psl tu aku tak berani nak ulaskan la.mgkin dkt situ diberi rukhsah (keringanan). tp ape2 pun, kalu dah tau nak mandi, buat la awal2.bukan dah azan baru nak mandi.lgpun, waktu maghrib sgt la singkat.
Post a Comment