Jom Sembang Lebat

Tuesday, February 10, 2009

Islam dan Politik..

Posted on 5:08 PM by Ghuroba'

Dipetik dari: http://nurauni.blogspot.com

"Berpolitik adalah satu keperluan jika bercakap soal2 pentadbiran. Samada suka atau tidak. Ia tidak boleh dipisahkan dari kehidupan. Jika kita hendakkan kehidupan yang teratur biarlah seringkas permasalahan "road gritting" pada musim salji kita pasti akan menyentuh soal pentadbiran. Manakah tempat di atas dunia ini boleh bercakap soal pentadbiran jika tiada politik. Ambil bahagian atau tidak itu persoalan lain. Ambil bahagian sudah jelas adalah satu bahagian manakala tak ambil bahagian pun adalah satu bahagian. Terpulang pada kita untuk meletakkan diri kita dalam mana-mana bahagian ini.

Dalam Islam, persoalan siasah (politik) tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sebahagian dari agama. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Allah menjadikan syariah sebagai satu sistem yang perlu diikuti. Allah tidak membenarkan kita mengasingkan persoalan siasah dari Islam. Taat Allah dan taat rasul adalah wajib. Taat ulul amri yang jelas mentaati Allah dan rasulNya adalah wajib.

Untuk membenarkan persoalan ulul amri ini terlaksana sebagai pra syarat mentaati Allah maka tidak dapat tidak mestilah bersiasah. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan sebagaimana kita tidak boleh memisahkan aqidah dan syariah. Aqidah adalah satu kepercayaan dalam mentauhid(esa) kan Allah Yang Maha Esa. Manakala syariah adalah satu sistem yang perlu diikuti sebagai membenarkan aqidah kita terhadap Allah.

Allah menjadikan manusia sebagai khalifah begitulah juga ia menjadikan syariah sebagai sistem bagi merealisasikan khalifah itu terlaksana. Inilah yang Allah maksudkan dalam jawapanNya kepada para malaikat "aku tahu apa yang kamu tidak tahu" apabila mereka bertanya berkaitan perihal manusia yang membuat kerosakan diatas muka bumi dan banyak menumpahkan darah. Rasul-rasul ulul azmi diwahyukan dengan kitab-kitab dariNya yang merupakan satu sistem(syariat) yang perlu dilaksanakan. Dengan terlaksananya sistem ini maka sudah tentu kesejahteraan yang akan nyata dan bukannya kerosakkan.

Tertegaknya negara Islam yang diasaskan Rasulullah menyaksikan kesejahteraan seluruh dunia lebih seribu tahun sehinggalah tiada lagi negara Islam. Tidak terdapat dalam sejarah tamadun umat manusia suatu pemerintahan yang memberi kesejahteraan kepada sekalian umat manusia. Kita kehilangan negara Islam yang bukan hanya sekadar tamaddun. Tamaddun adalah sesuatu yang lahir dari asas negara Islam.

Krisis ekonomi yang berlaku mutakhir ini jelas adalah petanda gagalnya sistem yang lain dari Allah tetapkan. Kapitalis yang disanjung barat malah turut dianuti umat Islam yang memejamkan mata makin menggali kubur sedalam-dalamnya. Ia tetap akan kalah walau bertrillion dollar atau pound sterling dibelanjakan untuk bail-out. Kenapa saya katakan 'kalah' dan begitu yakin? Keyakinan seumpama yakinnya saya bahawa hari Jumaat itu datang selepas hari Khamis. Kerana mereka tak akan mampu berperang terhadap Allah. Jelas Allah menyatakan jika terus kita berurusan dengan sistem riba yang tidak diredhai maka sesungguhnya kita telah mengisytiharkan perang terhadap Allah dan rasulNya. Perang terhadap Allah dan rasulnya??!! Ya..! (Al-baqarah, 2: 279)

Berbalik persoalan politik tanah air tercinta. Apa yang mendukacitakan apabila ada segolongan manusia yang melihat persoalan politik dari pandangan barat. Seumpama artikel pendek Ustaz Hasrizal. Apabila manusia besar diri dihadapan Allah dan memisahkan persoalan pentadbiran dari kepercayaan laksana barat memisahkan urusan gereja dan kehidupan duniawi. Barat berbuat begitu atas dasar ketidak percayaan mereka terhadap pelbagai versi kitab suci mereka. Mereka hilang punca. Al Quran yang dipelihara Allah tidak begitu. Namun apa berlaku kita yang menjauhi alQuran.

Jelek dengan senario kotor politik barat Machiavelli yang berlaku menyebabkan kita juga hilang punca. Tak nak ambil bahagian!. Simple as that. Yang sebenar berlaku pula adalah kita mengambil bahagian untuk tak nak ambil bahagian. Yang sebenarnya xnak ambil bahagian itu adalah bahagian yang menjauhkan diri dari Al Quran. Nauzubillah. Tapikan... politik itukan kotor??!! Ya!... politik itu kotor jika kita menafsirkannya mengikut kamus barat yang menghalalkan segala cara. Namun apa yang perlu adalah mengembalikan jati diri Islam kita. Kembalilah pada Islam seperti yang diturunkan. Kembalilah kepada alQuran. Kembalilah kepada rasul yang menterjemahkan alQuran.

Rasul yang akhlaknya adalah al-Quran. Beliau tidak mewariskan harta dari emas atau perak akan tetapi mewariskan ilmu. Manakala para ulama itu adalah para pewaris nabi. Ikutlah para ulama dalam memahami apa jua perihal kehidupan kita. Jangan kita memahami agama ini mengikut pandangan mereka yang tidak mewarisi apa yang ditinggalkan oleh Rasululllah saw. Bahkan sistem buatan manusia yang menjadi rujukan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

(Al-Baqarah, 2: 208)
"


Dpd entry yg aku petik ni, tak perlulah kita sibuk2 kata "jangan politikkan isu2 agama" sedangkan Islam adalah universal. Syariat Islam dah cover utk semua benda, khususan dlm politik/pentadbiran/as-siyasah.
Mmg benar mentaati pemerintah itu WAJIB. Tapi sejauh manakah kewajipan kita utk mentaati pemerintah? Sekiranya pemerintah itu dari golongan org2 yg bertaqwa, dadil, dan macam2 lagi sifat MAHMUDAH, maka WAJIB kita mentaati pemerintah.


Dan dalam perlaksanaan undang2, tiada siapa yg "kebal" dpd undang2, dan hukum dpd Allah. Tiada yg terkecuali dpd tindakan undang2 termasuk pemerintah, tak kira dpd pihak mana sekalipun. Itulah yg dimaksudkan dgn 'ADIL. Bukan hak sama rata, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya, penjenayah mmg patut dihukum, itu adalah tempatnya tak kira apa pun pangkat die, sama ada sie tu pemerintah atau rakyat biasa. Kalu mereka rasa dr mrk takleh disentuh sikit pun, sombong la maknenye tu.


"..dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini sedangkan kamu sombong.." (surah luqman ayat 18)


LAstly, ulasan aku ni takde kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Takde sebarang niat yg buruk utk "provoke" mana2 pihak. ape2 pun.. "peace..I serve for the nation, but TO my priority, I serve for Allah and Islam."
Wallahualam..

No Response to "Islam dan Politik.."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!