Jom Sembang Lebat

Thursday, February 5, 2009

cerita tragedi di sebalik VALENTINES DAY

Posted on 4:54 PM by Ghuroba'

14 February..tarikh yg sume org dah tau especially golongan muda mudi di negara kita. Ramai yg menyambutnya, hanya sebahagian yg menentang perayaan hari valentines atau hari kekasih ni (semoga mereka tergolong dlm gorongan yg memperjuangkan agama Islam). Seperti yg kita tau, kenapa umat Islam dilarang sama sekali menyambut hari kekasih ni. Antara sebab sebabnya termasukla maksiat, zina dan lain2 lagi malas aku nak huraikan satu2. Tapi, akibat terpengaruh dgn budaya hedonisme dari barat, orang2 ni degil, celebrate gak hari t'sebut. Ade sebab lain yg kita tak tau di sebalik hari valentines ni.

Ni lah ape yg diceritakan oleh seorang blogger yg aku tak kenal. Menarik gak isi nye.

"Khatib menceritakan sejarah Valentines Day yg mana perkataan Valentines diambil dr nama seorang pahlawan Sepanyol bernama St Valentino. Pada zaman tersebut, Valentines Day diraikan bg merayakan kemenangan puak Kristian yg dpt mengalahkan org Islam dlm perang Salib. Actually, perdebatan mengenai Valentines Day telah lama diperbincangkan tetapi masih ramai yg tidak dpt menerima kenyataan yg Valentines Day adalah dilarang utk menyambutnya berdasarkan kisah sejarah hari tersebut. Buktinya penulisan seorang penulis ruangan 'Surat' dlm Berita Harian yg seolah2 menyokong Valentines Day. Sebenarnya, org kristian mengadaptasi hari Valentines Day kepada hari utk memperingati kekasih agar manusia pd zaman2 berikutnya tidak lupa yg Kristian pernah menewaskan Islam dlm Perang Salib suatu ketika dahulu. Remaja2 sekarang especially yg couple menyambutnya dgn alasan inilah hari yg sepatutnya kita meningati kekasih. Kenapa hanya 14 Februari sahaja perlu kita mengingati pasangan kita? Kenapa kita tak boleh mengingati kekasih kita setiap hari? Apabila ditanya kepada pasangan2 yg menyambut Valentines Day, mereka tergamam dan terdiam. Ini menunjukkan mereka menyambut Valentines Day secara membabi buta dan hanya main sambut tanpa usul periksa. Aktiviti yg sering dilakukan pd Valentines Day adalah seperti Candle Light Dinner, pemberian bunga dan ada sesetngah couple yg menyambutnya sehingga ke ranjang." -di copy paste dari http://faiznordin.blogdrive.com-

Pakcik ni kata 14 Feb ni sbnarnye sambutan di mana TENTERA KRISTIAN MENGALAHKAN ORG ISLAM DALAM PERANG SALIB. Jadi, selain dpd mengundang maksiat, rupa rupanya 14 Feb merupakan tarikh org Islam dikalahkan oleh tentera kristian. Serupa juga dgn perayaan lain yg diadakan spt 1 April, dan lain2 lagi.

Ada plak sumber dpd UTUSAN mengenai hukum menyambut hari valentines ni:

KUALA LUMPUR 11 Feb. 2004 - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata, hukum itu boleh jatuh kepada mereka berdasarkan sebuah hadis sahih yang menyebut bahawa: “Sesiapa yang melakukan perbuatan yang menyerupai sesuatu kaum itu, maka ia turut termasuk bersama golongan tersebut.”
Beliau berkata, perbuatan meraikan hari berkenaan juga akan menjadi lebih bercanggah dengan ajaran Islam terutamanya apabila ia dikaitkan sebagai usaha untuk memperingati kematian seorang paderi yang dibunuh seperti mengikut sejarah purba Rom.
“Kita umat Islam tidak perlukan budaya atau amalan seperti ini yang jelas bertentangan dengan agama kita. Lagipun ajaran Islam sudah lengkap, sempurna dan diyakini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas sikap umat Islam di negara ini khususnya muda-mudi yang masih cenderung untuk meraikan Hari Memperingati Kekasih setiap kali muncul 14 Februari biarpun telah banyak penerangan disampaikan oleh para ulama.
Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II. Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.
Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.
Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.’ Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut. Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine’ sesama pasangan mereka.
Ada juga mitos menyebut, kad Hari Valentine dijadikan amalan memperingati peristiwa seorang paderi yang dipenjarakan dan sering menghantar kad bertulis From Your Valentine kepada kekasihnya, seorang gadis iaitu anak seorang pengawal penjara.
Harussani turut menyeru umat Islam agar tidak sesekali meniru budaya asing dan ternyata bercanggah itu apatah lagi ia turut menjerumuskan mereka ke lembah kemaksiatan.
“Mengapa kita perlu mengamalkannya sedangkan Islam menggalakkan umatnya kasih-mengasihi sesama sendiri sepanjang waktu dan bukannya menetapkan pada hari-hari tertentu atau berkala. Bahkan jika kita tidak bertegur sapa dengan saudara se-Islam selama tiga hari berturut-turut, hukumnya sudahpun jatuh haram. Jadi amalan atau budaya Islam sendiri sudah terbukti jauh lebih baik,” kata beliau.
Menurut Harussani, Islam turut menggalakkan umatnya mengasihi sesama mereka secara ziarah-menziarahi selain berkongsi suka-duka dengan tumpang bersyukur jika senang dan bertakziah atau bersimpati apabila ditimpa malapetaka.
“Berkasih sayang bagi Islam juga tidak terhad kepada golongan tertentu sebaliknya meliputi semua pihak dengan keutamaannya diberikan kepada ibu bapa, suami isteri, keluarga, saudara Muslim dan akhirnya seluruh manusia,” kata beliau.
Sumber: Utusan Malaysia, Februari 2004

Jadi marilah kita bersama2 ambil iktibar dpd cerita sejarah disebalik hari tersebut supaya kita tidak terikut2 dgn budaya barat secara membabi buta.

Daripada fakta2 yg diambil, bleh la kite buat kesimpulan yg menyambut hari valentine ni hukum nya jatuh HARAM. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Lastly, bagi mereka yg mudah terikut2, bagi saudara2 sekalian, dan khususnya bagi diri aku sendiri, renungkanlah ayat di bawah..




"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa." (Surah al-Baqarah ayat 177)

=======PAnjang giler entry ni=====

No Response to "cerita tragedi di sebalik VALENTINES DAY"

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!