Jom Sembang Lebat

Wednesday, October 8, 2008

Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari...wallahualam

Posted on 5:39 PM by Ghuroba'

1. Ada yang pakai tudung singkat. Julurnya diikat ke belakang. Atau diikat ke leher. Maka nampaklah ‘kegebuan’ leher dan dadanya. Sedangkan dalam khutbah tadi, khatib membacakan ayat al-Quran yang meminta wanita melabuhkan tudung, menutup bahagian dada mereka.

2. Ada pakai tudung, tapi pakai T-shirt pendek. Malah ada yang pakai T-shirt tanpa lengan. Sudah tu ketat pula. Bukankah lengan itu aurat. Bahaya mendedahkan lengan yang ‘gebu’ itu. Yang dahsyatnya, ada pakai T-shirt singkat yang dipadankan dengan jeans terlondeh. Jadi apabila membongkok atau duduk, nampak seluar dalam, malah kadang-kadang alur bontot.

3. Ada pakai tudung, tapi pakai jeans teramat ketat. Alur punggung pun terbelah dua. Bentuk bontot pun terserlah. Apa nak jadi ni?

4. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kebaya ketat. Tidak cukup dengan tu pakai ‘kain koyak’ pula. Apabila berjalan, terserlahlah ‘kegebuan’ betis malah kadang-kadang paha pun tersembul.

5. Ada yang pakai tudung, tapi pakai kain singkat, macam skirt mini. Kaki bukan auratkah? Pakailah stokin!!!!!!!

6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.

7. Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.

8. Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah tadi, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.

Syahwat Lelaki

Berkenaan syahwat lelaki ini, saya berpendapat kebanyakan perempuan tidak memahaminya.

Ini kerana perempuan dan lelaki tidak sama dari segi biologi keinginannya.

Lelaki mudah saja naik syahwatnya sedangkan perempuan tidak. Kebanyakan perempuan ingat lelaki macam dia. Itu tidak benar sama sekali.

Seorang rakan saya memberitahu, satu kajian mendapati lelaki terangsang secara puratanya sebanyak 30 kali sehari. Ini sudah semula jadi. Bukan dibuat-buat. Jadi bukan sesuatu luar biasa jika lelaki naik syahwatnya jika melihat aurat perempuan.

Itu normal. Jadi untuk selamat dunia akhirat, lelaki dan perempuan wajib jaga aurat masing-masing. Ikut saranan al-Quran dan hadis. Tafsiran ajaran al-Quran dan hadis disampaikan oleh ilmuan agama seperti khatib Jumaat itu.

Lelaki dan perempuan ikut saja panduan al-Quran dan hadis jika mahu selamat.

Jangan mahu dibantah hukum-hakam agama.

HENDAK SERIBU DAYA..TAKNAK SERIBU DALIH....

8 Response to "Ketahuilah Wanita, Lelaki Teransang 30 Kali Sehari...wallahualam"

.
gravatar
Syammil Says....

kerajaan kelantan ada buat kod etika berpakaian.org pmpn xbleh pakai pakaian ketat n mnampakkan bntuk tubuh.1 lg xleh pkai kasut tumit tggi..ni ja yg aku tau.nk tau lbh cri sndri la..

bgs la depa bt cmni.at least ada usaha utk mngurangkan jumlah ransangan lelaki dlm msa 1 ari ni..

.
gravatar
Ghuroba' Says....

betui tu samel.aku stuju..lgpun ade fakta kesihatan psl pkai tumit tinggi n pkaian ketat ni..tumit tggi akan m'beri kesan jngka pnjang pd tulang blakang..pkaian ketat2 ni plak mengurangkan respirasi sel kulit(kemasukan oksigen)..

.
gravatar
Anonymous Says....

krajaan klntan buat peraturan..
TAPI..
perempuannyer ikut ker peraturan yg dibuat??
da tgk kat kb mall?kb?wakaf cekyeh?~~

.
gravatar
Syammil Says....

sapa la pakai anonymous ni..guna la nama sendri.ksian parents xtdoq malam dok cari nama plg sedap n sesuai nak bg.last2 si anak xmau guna nama tu.sedihnya...

aku xpenah tgk la.sbb aku bkn org klntan.last aku p klntan thn 97.dh 11 thn xmrayap ke sana..

bagi aku lg bgs dh ada rule drpd xda cm negeri2 lain..

.
gravatar
Ghuroba' Says....

islam itu indah bukan hnya di mata.ttp juga d hati manusia. org yg degil xamalkn ajaran islam mmg rugi.kalau la diorg dpt rs hikmah bile islam diamalkan..al quran dijadikan rujukan.ada sesetengsh perkara dlm dunia ni kita prlu amalkan dulu, praktikkan dulu baru la kita akan paham.sm mcm matematik.kita prlu buat latihan dlu baru la kita bleh paham.br la bleh tau selok belok di sbalik ajaran yg dibawa.

.
gravatar
Ghuroba' Says....

jgn kata k'jaan kelantan tu sempit pemikiran mrk.sdih aku dgr bile para ulamak dituduh berfikiran sempit.sbnarnye org yg ckp cmtu yg sempit pemikirannya sbb tak bleh terima teguran.aku plg tak ske org persendakan ulamak.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!