Jom Sembang Lebat
Saturday, November 24, 2012
Ikhwah "PUNK"
Posted on 7:48 AM by Ghuroba'
بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.
Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.
Amma ba'd,
Lama sangat dah blog ini tak di-update, bertahun dan berkurun lamanya jugak. No wonder page views dia berkurangan (astaghfirullah, popularity bukanlah soal utama).
Maklumlah, rumah sewa di PJ takde internet, laptop usang saya pun dah sampai masa suruh cari pengganti. Malah, saya terpaksa bayar RM2 untuk update blog + run bisnes T-shirt saya yang masih hingusan ni.
Ada apa dengan tajuk di atas? Kenapa adanya perkataan "ikhwah" kemudian ada perkataan "punk" di situ? Adakah Ikhwah "punk" di sini bermaksud ikhwah yang berambut tegak? atau rambutnye berwarna-warni?
Bila disebut perkataan "punk" apa yang terlintas dalam benak kepala pembaca sekalian? Rambut tegak? Rambut Landak? Rambut Fesyen "Mohawk" beserta pakaian compang-camping, jacket kulit berwarna hitam + berpaku? Ganas? Suka memberontak?
Apa-apa pun bermacam persepsi bila kita sebut "punk" yang mana hanya orang yang mempunyai "knowledge" tentang "punk" sahaja yang boleh tafsirkan apa itu "punk" sejati.
Jadi disebabkan saya juga pernah meminati lagu-lagu label "punk" (contoh ska, reggae, punk-rock) seperti band Operation Ivy dan juga Rancid, jadi mungkin saya kongsikan sedikit sebanyak berkenaan culture "punk" dan saya terangkan maksud di sebalik tajuk tu.
Bagi saya, bila disebutkan sahaja "punk", yang terlintas dalam benak saya adalah gaya hidup D.I.Y (do it yourself). Maksudnye di sini, apa-apa sahaja datangya pada diri mereka daripada fesyem pakaian ekstrim mereka, seni visual mereka, lagu-lagu yang dimainkan oleh mereka, cara pergaulan mereka dan lain-lain. Sebab itulah seorang "punk" ni bersifat suka memberontak dan anti-establishment. Mereka memperjuangkan gaya hidup mereka dan tak suka meniru gaya masyarakat sekeliling. Mereka takkan turut serta dalam perlumbaan tikus (rat-race) kehidupan. Kononnya tak terperangkap dalam kitaran bodoh. 'Izzah dengan identiti mereka yang sentiasa dipandang jelek oleh masyarakat.
Tapi jika kita bayangkan, seorang akh, perlulah memiliki kualiti sedemikian. Tapi bukanlah dengan bertindik sana sini, berambut landak, atau suka terpekik-pekik. Bukan juga menjadi golongan yg dipandang jelek oleh masyarakat. Tetapi, jati diri ikhwah haruslah seperti kualiti mereka. Kita merasa 'izzah dengan islam, dengan apa yang kita bawa.
Kita lepaskan diri kita daripada ikatan wahan, dan bukan sekadar keluar dari "kitaran bodoh", malah kita perlu promote mereka supaya keluar dari kitaran tersebut. Bukanlah bermaksud kita berhenti kerja dan sebagainya, tapi jadikan diri kita orang yang "melawan arus" kitaran tersebut. Jika masyarakat sekeliling berkisar ikut arah jam, kita bergerak arah "lawan" jam. Dan dalam perjalanan tu kita tarik seberapa banyak orang yang kita mampu.
Itulah yang dikatakan ikhwah "punk".. Bukan maksudnye lepas ni semua pakat buat mohawk kat rambut, pakai sleeveless (baju tanpa lengan), pakai jacket kulit atau pakai vest kulit yang berpaku. Tak perlu semua tu bahkan dilarang sama sekali meniru gaya tersebut. Tapi, jadilah orang yang membawa panji yang masyarakat akan sentiasa pandang kita untuk dijadikan contoh teladan (bukan untuk dipandang jelek).
Itulah ikhwah "punk" yang merasa 'Izzah dengan gaya hidup individu muslim yang dibawa. Itulah ikhwah "punk" yang mengeluarkan diri mereka daripada taghut dan mengalahkannya. Itulah ikhwah "punk" yang aggressive dalam dakwahnya, yang begitu tekun bersama "band" halaqah atau usrahnya membawa arus perubahan ummah. Itulah ikhwah "punk" yang sentiasa berusaha untuk menunjukkan akhlak islam yang sepatutnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Don't just say
Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!
No Response to "Ikhwah "PUNK""
Post a Comment