Jom Sembang Lebat

Monday, March 28, 2011

Di sana dan di sini...

Posted on 10:40 PM by Ghuroba'

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini.
Dah genap 2 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini..

Amma ba'd.

Baru-baru ni, kita dihidangkan dengan berita rusuhan yang berlaku di kebanyakan negara di Timur Tengah. Mesir, Libya, dan Yaman merupakan 3 dpd negara-negara yang menghadapi huru hara ini (sebenarnya ada lagi tapi tak ingat).

Natijah dpd rusuhan yg tercetus ini akibat kebangkitan raktyat yang telah lama ditindas dan ditipu oleh orang2 yg berkepentingan, ramai yg terkorban. Semoga mereka yg terkorban ini termasuk di kalangan para syuhada.
Tapi, di sebalik statistik mereka yg terkorban, pernah tak terdetik dalam fikiran kita? Apakah tindak balas kita terhadap perkara ni? Apa yg kita rasa bila peristiwa ni berlaku?
Adakah kita rasa sedih? Marah? Tak rasa apa2? Atau kita sekadar penonton sahaja?
Pernah tak kita terfikir apa yang kita nak jawab di hadapan Allah nanti?

Para pembaca sekalian.
Pelbagai reaksi yg kita boleh nampak di antara kita. Antaranya "Apalah bodoh punya orang. Kan dah mati.." ataupun "Ala..tu negara dia bukan negara kita.."
Saya sengaja berikan reaksi negatif yang biasa saya dengar.
Tapi, pernah kita terfikir tak? Mereka adalah umat islam juga. Mereka juga saudara kita. Darah mereka adalah darah kita juga. Jiwa mereka adalah jiwa kita juga. Maruah mereka adalah maruah kita juga. TANAH AIR MEREKA ADALAH TANAH AIR KITA JUGA.
Perlu untuk kita semua ingat perkar ini.

Negaraku..
Bukanlah tanah tumpahnya darahku..
Tetapi negaraku adalah di mana sahaja terdapatnya seorang muslim di situ..
Palestin, Iraq, Saudi, Libya, Mesir, Yaman, India, Kemboja, Filipina, Malaysia, Indonesia, Chechnya dan lain-lain. Cakap sahaja di mana, asalkan adanya Muslim, itulah negaraku..

Cubalah kita selusuri sirah Nabi s.a.w dan juga sejarah umat islam. Di mana, sewaktu itu, islam terus berkembang ke serata dunia. Tiada sistem kasta, tiada istilah nationality dalam islam.

Tapi, macam mana pula dengan kita hari ni?
Fikir2kan..

Sekian...

No Response to "Di sana dan di sini..."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!