Jom Sembang Lebat

Thursday, April 29, 2010

Musibah Yang Melanda Umat..

Assalamualaikum semua..Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd.

Daripada Tsauban r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana bilangan kami sedikit pada hari itu?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.”
Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati.”
(Riwayat Abu Daud)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Kenapa posting kali ni dibuka dengan sebuah nas hadis? Jawapan ana, wallahualam. Saje-saje nak tukar gaya.

Hadis ini menceritakan kebimbangan Rasulullah s.a.w terhadap musibah yang bakal melanda umat baginda yang akan datang (pendek kata, umat islam masa kini).
Ternyata ramalan baginda di dalam hadis ini benar.

Hadis ni juga di sokong dgn sebuah riwayat yang lain:

Dari Abdullah Bin Amru Bin As, dari Rasulullah s.a.w sabdanya:
"Bila Parsi dan Rom dikalahkan, kamu akan menjadi umat yg macam mana?"
Kta Abdul Rahman Bin Auf:
"Sudah tentu menjadi umat sebagaimana yang diperintahkan Allah"
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Atau mungkin tidak, di mana kamu berlumba-lumba dgn kemewahan dunia, kemudian saling iri hati, saling tak ambil peduli, saling bermusuhan. Kemudian, kamu pergi kepda org2 muhajirin yg serba melarat, lalu kamu perbudak sebahagian mereka atas sebahagian yg lain".

(Hadith riwayat Muslim)

Dalam kedua-dua hadis ini, ia menceritakan tentang penyakit yg melanda umat masa kini.

Yang paling utama, punca kejatuhan ummat islam merupakan penyakit WAHAN. Seperti yg di sebut dalam hadis yg pertama, wahan adalah penyakit cintakan dunia dan takutkan mati. Cintakan dunia dlm konteks ni adalah kecintaan yg melampau-lampau terhadap dunia (obsessed).

Contoh yang boleh kita lihat ialah kejatuhan Khalifah Turki Uthmaniyah. Faktor kejatuhan khalifah ini merupakan kekalahan yang paling teruk bagi ummat Islam. Ia disebabkan hutang khalifah terhadap Barat yang tidak mampu dibayarnya. Disebabkan begitu, rakyat menderita dan ada yang memberontak. Bagaimana pula Khalifah boleh berhutang dgn Barat?
Apa kaitannya dengan penyakit wahan dgn hutang khalifah dan pemberontakan?

Apabila keinginan terhadap harta dunia melebihi kemampuan seseorang, maka dia sanggup berhutang untuk mendapatkan sesuatu yg diinginkannya itu. Ada pula wang yg diperoleh dpd pinjaman bank dunia yg pada waktu itu sudah tentu mengenakan riba'. Maka khalifah terpaksa membayar lebih untuk menjelaskan hutang sedemikian. Wang rakyat (dpd baitulmal) telah digunakan utk menjelaskn hutang peribadi tersebut. pada ketika itu rakyat juga sudah dijangkiti wahan, maka mereka pun memberontak bukan kerana agama, tapi kerana wang mereka.
Dari situ lah pihak Barat memasukkan jarum masing-masing memainkan peranan utk memecah-belahkan ummat Islam.

Antaranya Mustafa Kamal dan Laurence of Arabia. Mereka melaga-lagakan ummat Islam dengan bermodalkan semangat kebangsaan. Mereka menghasut bangsa Arab dan bangsa Turki utk berperang, maka mereka pun saling berbunuhan sedangkan yg dibunuhnya adalah saudara sendiri.

Di sini ana langsung tidak berniat untuk menghina Khalifah kita, malah ana sangat mengagumi Khalifah-khalifah kita. Tetapi inilah punca yg membawa kepada kejatuhan Islam sehingga kini.

Dpd kejatuhan ini, fahaman sekularisme mula menular di kalangan orang2 muda. Perlu diketahui fahaman sekularisme ini merupakan IBU segala fahaman "-isme" yg ada di dunia ini. Dpd sekularisme, lahirlah pula hedonisme di kalangan pemuda-pemuda Islam.

Al-Quran dan sunnah telah dilenyapkan dari hati-hati pemuda Islam secara perlahan-lahan. Itulah yang menyebabkan mereka semakin jahil dgn keadaan umat masa skarang. Mereka sibuk mengejar keseronokan dunia.
Tengok sahajlah di Malaysia, ramai remaja Islam yg menyertai pertandingan realiti hiburan seperti Gangstarz, Akademi Fantasia, One in A Million dan So You Think You Can Dance. Cuba bayangkan, gadis yg bertudung menari-nari di khalayak orang ramai.

Ada juga unsur-unsur ini disokong oleh pihak berkuasa, malah mereka yg menganjurkannya. Jom Heboh, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, dan macam-macam lagi yang antum boleh sebutkan. Tambahan pula perasaan takut kepada kemurkaan Allah telah dilenyapkan media dan digantikan dengan perasaan takut kepada syaitan.

Semua ini berpunca dpd satu, iaitu penyakit wahan.

"Islam akan terhakis dpd diri seseorang apabila dia tidak mengerti hakikat jahiliyah"
('Umar al-Khattab)

Terdapat juga golongan yg berilmu, sepatutnya memainkan peranan. Tetapi sebaliknya, mereka telah futur atau "retarded" daripada jalan Dakwah.

Ianya berpunca dpd lemahnya cita-cita dakwah, dan juga kesenangan yang sudah biasa dengannya. Sebenarnya hasil dari:
-Melakukan perkara yg sia-sia, Kelalaian, dan terlalu banyak waktu yang kosong.

Ada juga golongan yg menganggap dakwah hanyalah untuk sisa-sisa waktu (part-time). Mereka tidak menganggap dakwah sebagai profession yg penuh, dan tidak mencintai jalan Dakwah dgn penuh kesungguhan.

Abu Al-Hassan 'Ali An-Nadawiy telah memberi peringatan kepada kita semua
"Kita mesti menghasilkan rijal (pemuda) yang boleh menggerakkan dakwah, menguruskan pentadbirannya, mentarbiyah rijal lain dan memenuhi segala lompang (ruang). Mana-mana gerakan atau institusi dakwah meskipun mempunyai kekuatan dan bilangan pendokong yang ramai, ia tetap terdedah kepada mara bahaya. Bahkan dlm masa yg singkat, ia akan kehilangan pendokongnya seorang demi seorang hingga tiba suatu masa nanti ia akan kehilangan semua pendokongnya."

Oleh itu para da'ie hendaklah mempersiapkan diri untuk menghadapi musibah-musibah tersebut. Antaranya menjadikan masjid sebagai tempat untuk menanam istiqamah keran masjid merupakan pintu istiqamah. Yang keduanya, membiasakan diri dengan Qiyamullail. Seorang da'ie yg ingin mengajak supaya manusia kenal Tuhan, perlulah mendekatkan dahulu diri dengan Tuhan. Tiada cara lain, melainkan Qiyamullail (tahajjud).

Sepatutnya ikhwah dan akhawat menyimpan rasa bertanggungjawab dlm diri masing-masing. Di samping itu, merasa 'Izzah (kebanggaan) dengan Islam. Seharusnya kita mempunya pemahaman yg baik mengenai Islam, dan memilih jalan kesederhanaan iaitu mengikuti sunnah Nabi s.a.w,berkhidmat kpd masyarakat,dakwah utk islam (bukan untuk jemaah), tsiqah (yakin) dengan amal, saling melengkapi antara satu sama lain, waspada dari fitnah dan tsaqafah beracun, dan tidak terburu-buru.

Itulah yang sepatutnya ada pada seorang pendakwah, dengan itu mereka akan bersungguh-sungguh dalam menegakkan agama Islam. Akhir sekali tertegaklah daulah Islamiyah yg benar berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w, bukan sekadar pada kata2 sahaja malah pada pelaksanaan juga.

Cubalah kita renungkan bagaimana pada Zaman Sahabat dan juga Khalifah terdahulu berjaya. Perlu juga kita renungkan punca kejatuhan sesebuah Khalifah agar tidak kesilapan yang lalu tidak diulang. Perlu kita yakin bahawa Allah akan memberikan kemenangan sekiranya kita mengikut apa yang diperintahkanNya. Tamadaun Islam adalah tamadun yg paling unik, tamadun lain terus jatuh dan takkan bangun kembali. Tetapi tamadun Islam, setelah jatuh, tentu akan ada yg membangunkannya kembali.

Sekian.

"Mencari Istirehat di dunia ini tidak dibenarkan sama sekali bagi mereka yg punya harga diri, kerana pada suatu masa nanti dia tetap akan mengalami keletihan." (Imam AS-Syafe'i)

Friday, April 16, 2010

Berhijrah...

Assalamualaikum semua..
Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.
Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan ber-blogging.


Amma ba'd..
Diri ana sedang berhijrah. Hijrah memerlukan pengorbanan dan juga menuntut supaya kita bermujahadah.

Setelah tak sampai sebulan ana bekerja di gelang patah, ana telah membuat keputusan untuk berhenti kerja dan fokus untuk meng-apply untuk sambung belajar. Keputusan ini bukanlah keputusan yang melulu, tapi genap selama 3 minggu ana lakukan solat istikharah untuk membuat keputusan tersebut.

Akhirnya ana memberanikan diri untuk berhenti kerja di kilang tersebut. Pasal apa ana berhenti? Dulu ana pernah beritau pd seorang ikhwah bernama fais, "syeikh, kalau kerja ana ni menjejaskan komitmen ana terhadap dakwah, ana lebih rela berhenti". Tak tersangka ia menjadi kenyataan.

Kenapa pulak ana nak sambung belajar? Jwapannya, sealunya org yang tengah belajar, yg menuntut ilmu ni lah yg paling aktif bergerak dlm kerja dakwah. Dan inilah platform yg ana pilih utk medan yg mulia ini.

Tapi boleh ke diri ana kejar mereka yg dah lama menceburi bidang ini? Wallahualam. Allah tidak menilai hasil usaha seseorang, tapi yg dinilaiNya adalah usaha kita.

Alhamdulillah, ana telah merasa sedikit cebisan dari kemanisan dlm kerja dakwah ini. Baru-baru ni ana dijadikan fasilitator utk program motivasi pelajar sekolah "Keindahan Bersama Mu" di surau Jauharul Mutaqin, mutiara rini. Selain dpd aktiviti tu, ana juga dilantik menjadi Naqib (murabbi/tok guru/bapa angkat) untuk usrah di Sekolah teknik JB.

Itulah serba sedikit yg ana boleh ceritakan dalam kesibukan ana dlm menyebarkan ayat2 Allah s.w.t walaupun hanya dgn satu perkataan. Walaupun pengalaman dan keyakinan ana masih di tahap yg rendah, ana cuma mampu berserah serta berusaha dgn cebisan2 pengalaman ana yg sedikit.

sekian..

"Mencari istirehat di dunia ini tidak dibenarkan sama sekali bagi org yang punya harga diri. Kerana pada suatu masa, mereka tetap akan merasa letih pada bila2 pun." (Imam As-Syafi'e)

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!