Jom Sembang Lebat

Sunday, October 25, 2009

Alhamdulillah akhirnya kutemu jua dengannya..

Posted on 6:13 PM by Ghuroba'

Assalamualaikum, nasyid ni merupakan nasyid yg sgt klasik bagi diriku. Ni merupakan versi original punya. Bukan yg disampaikan oleh gabungan kumpulan nasyid (raihan, rabbani, hijjaz dll). Tapi aku tetap hargai usaha mereka menghidupkan nasyid ni kembali. Pesanan yg terdapat dlm nasyid ni sangatlah berguna utk kita semua.
This is also a tribute to Allahyarham ust Asri.

Actually nasyid ni mengingatkan kembali childhood memory aku semasa di Tadika Iman Tmn sri skudai. Dijadikan lagu tema hari sukan pd waktu itu.





Khabaran Rasul
Album : kembali
Munsyid : Apresiasi Seni

dengarlah dengarlah umat islam semua
khabaran dari Rasulullah tercinta
sebagai panduan kehidupan di dunia

Rasulullah tercinta telah diutuskan
sebagai cahaya penerang kegelapan
membawa ajaran dari kitab al-Quran
sebagai teladan kita sepanjang zaman

kehidupan di dunia banyak yang mendustakan
segala kemewahan dan juga kekayaan
janganlah janganlah kita diperdayakan
binalah kekuatan untuk menghadapinya

akhirat nanti kita tiada siapa
menjadi pembela dari api neraka
datanglah datanglah Rasulullah tercinta
membawa syafaat untuk kita semua

bila terdengar saja sangkakala pertama
menandakan tamatnya usia dunia
lerailah lerailah nyawa dari badannya
segala penyesalan kini tiada berguna

sangkakala kedua kini menyusul pula
mengejutkan semua daripada kuburnya
bangunlah bangunlah semua umat manusia
untuk memperhitungkan segala amalannya



No Response to "Alhamdulillah akhirnya kutemu jua dengannya.."

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!