Jom Sembang Lebat
Thursday, April 2, 2009
Cinta luar biasa
Assalamualaikum pembaca sekalian. Ntah nape kali ni tiba2 je aku nak publish entry berkenaan CINTA SEJATI @ CINTA LUAR BIASA.. Khas buat para remaja yg sibuk dilamun cinta, moga2 bleh diambil iktibar.
====================================================================================
Cinta luar biasa
Cinta seorang Kekasih kpd umatnya
Hingga pd hembusan nafasnya yg terakhir
Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti
Ummati.. ummati.. ummati..
Cinta luar biasa..
Kisah cinta Handzalah
Meninggalkan isteri di malam pernikahan
Lantaran menyahut seruan jihad
Akhirnya syahid di medan perjuangan
Cinta luar biasa
Seteguh kasih Khadijah
Tak pernah jemu memberikan sokongan
Rela mengorbankan segala kemewahan
Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan
Cinta luar biasa
Kisah kesetiaan Abu Bakar
Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan
Insan yg sentiasa membenarkan
Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan
Cinta luar biasa
Kisah ketabahan Hajar
Ditinggalkan di tanah yg gersang bersama Ismail
Bukti kasih seorang ibu yg berlarian mencari air
Tatkala mendengar tangisan si anak kecil
Cinta luar biasa
Umpama keberanian Ali
Di malam penghijrahan Nabi
Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya
Walaupun jiwa menjadi taruhan
Cinta luar biasa
Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah
Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah
Iman di dada tak sedikit pun goyah
Kerana keyakinan yg teguh atas segala janjiNya
Kisah cinta luar biasa
Insan pilihan yg berada di atas jalanNya
Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa
Redha dan sabar menempuh segala ujian
Merekalah insan yg memahami erti kemanisan iman
Mampukah diri ini meraih cinta luar biasa?
Dipetik dpd ntah mana, aku tak ingat sbb aku dpt email ni pd tahun lepas.
===================================================================================
Moral: Cinta luar biasa @ cinta sejati bukannya dgn menyusahkan diri semata-mata utk memuaskan hati balak/awek, bukan dgn menjadi kuli kpd kekasih sampai dipijak d kepala, bukan mnjadi pak sanggup kpd kekasih yg bermain kayu tiga dibelakang kita atau secara terang-terangan.
Tapi, cinta sejati adalah cinta kpd Allah dan RasulNya, yg dilahirkan atas dasar IMAN dan TAQWA. Contohilah mereka.
No Response to "Cinta luar biasa"
Post a Comment