Jom Sembang Lebat
Monday, March 16, 2009
Kisah Babi Hutan Dan Ular
Di riwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?"
Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya. " Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu,maka Abu Bakar r..a dan Umar r.a. mendapati ayah orang muda itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam."
Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayat itu pun tukar kepada bentuk manusia semula.Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.
Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?"
Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat." Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."
Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu.
Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, Laailaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat."
Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya;
1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat.
2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
Maka inilah balasannya".
7 Response to "Kisah Babi Hutan Dan Ular"
Salam...
Post yang bagus...
Ana penah juga dengar kisah ni mase usrah bulan lepas...
Bagus3x
Apalah erti kita umat Islam jika kita tidak mengamalkan cara kehidupan Islam itu sendiri...
Post yang ade pengajaran dan amaran!
Allah itu maha adil, setiap amalan walau sekecil zarah akan dapat balasannya...
erm..yg ni ana copy paste je dpd org lain..lupa nak tulis balik sumber dpd mn..
hmm..nti ade usrah ke?bagus la mcm tu..tak mcm ana,sorang je camni..ex-hidayah yg se-usrah ngan ana dah totally lost cntact.skg nak cari geng lain plak..
salam...
artikel yg sgt bagus..
mengingatkan yg alpa dgn duniawi..
sy pun rindu nk ber usrah..
tp susah nk cari kt sini..
huhuhu
man tayar..nak copy bleh?
camtu rupe babi hutan.. iskh.. xpernah tgk sedekat tue.. kat zoo pun tgk jauh
Ramesh:
sila2..copy, pastu hantar kat bmca yahoo group..hehe
Gaco:
Biar betul tak pernah tgk rupa babi hutan? Tula, gmbar ni aku amik, mujur tak kena sondol. Kalu tak kena samak dah aku..
Mentari malam??:
malam2 buta ade mentari ke? pelik bebenar name tu..hehe
cari.jangan tak cari.
tarbiyah perlu dicari (sembang nak lebat)..
salam...
awak yang ambil gambar makhluk Allah 2??
emm ambil lam tnet la 2...huhu
Post a Comment