Jom Sembang Lebat

Friday, March 6, 2009

KhatIb oh Khatib...

Posted on 2:55 PM by Ghuroba'

Pernah tak korang terfikir, masa khutbah jumaat terutamanya. Macam-macam kejadian yg lucu bleh berlaku. Salah satu contoh, kanak-kanak yg berlari-lari, buat bising pd khutbah jumaat. Terus terang, kita tak boleh salahkan kanak-kanak ni, sebab diorang ni masih budak-budak. (sila klik read more)

Tapi, yang anehnya, sang khatib (orang yg menyampaikan khutbah) yg ada kuasa untuk tegur anak2 ni, tak ambik peduli langsung. Takkan nak harapkan makmum kan? Sebab semasa khutbah, mana bleh bercakap, apa lagi suruh orang diam. Mungkin di masjid yang lain, sang khatib akan tegur sesiapa sahaja yg mengganggu.
Aku bukak topik ni pun bukan sebab ape, tapi aku tak paham sbb kejadian pd wktu solat jumaat tadi, khatib buat tak tau je bile budak2 tu buat bising. Hai, tuan Khatib, tau tak ape tanggungjawab tuan sebagai khatib dan juga imam? Kami makmum mana bleh bercakap semasa khutbah, tak kira la cmne pun, tak bleh cakap. Nak suruh org diam pun tak bleh.

Erm, bukan takat nak tegur budak-budak buat bising, tapi lepas iqamah dilaungkan, seolah-olah makmum yang lain tak nak rapatkan saf. Kat sini la khatib memainkan peranan sebagai imam. Sepatutnya, antara makmum dgn makmum, bahu mesti la bertemu ngan bahu. Rapatnye bahu tu sampai saf belakang tak nampak apa yg ada disebalik saf hadapan. Baru la sempurna solat jumaat kita.

Kenapa ek ada khatib yang mcm tu? Pada zaman Rasulullah saw, masa baginda tgh berkhutbah, ternampak seorang sahabat masuk masjid terus duduk, baginda tegur sahabat itu (aku tak ingat sapa) suruh die bangun solat sunat tahyatul-masjid 2 rakaat. Sampai macam tu skali kuasa khatib, kenapa sekarang takde macam tu? Khatib perlu memainkan peranan, sebab para makmum akan jadikan khatib @ imam sebagai contoh.

Daripda kejadian yg aku ceritakan ni, mmg dah jelas budaya 'amar makruf dan nahi mungkar makin berkurang pada masa kini. Bagaimana Islam akan terus maju sekiranya ramai yg tak amalkan 'Amar Ma'ruf dan nahi mungkar, sedangkan itu adalah kewajipan setiap yg begelar muslim. Diharapkan yg baca entry aku ni seorang khatib dan juga seorang imam supaya kelemahan ini dapat diperbetulkan.

Entry ni ditulis bukan untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak, cuma untuk membuka mata mereka yg bergelar imam besar, khatib dan juga yg bakal bergelar imam @ khatib kelak.. wallahualam



3 Response to "KhatIb oh Khatib..."

.
gravatar
Si mawar Says....

Salam... betul kata anta...
sepatutnya,
hari jumaat ini waktu untuk semua umat islam berkumpul,
lambang perpaduan agama Islam, mengubah dari yang buruk kepada yang baik,
yang baik kepada yang lebih baik... tapi.....

semoga kita dapat menghayati hari penghulu segala hari ini...

.
gravatar
Ghuroba' Says....

Syammil:
bile kite dah terbiasa dgn sesuatu keadaan, tu yg bahaya. Tuhan nak turunkan bala, semua kena tak kire baik atau jahat. Sebabnya, yg baik tak menyeru kpd kebaikan.
"Islam lahir ke dunia dlm keadaan asing, dan akan kembali asing. Maka berbahagialah org2 yg asing"
Hg copy paste aku nyer entry pastu hntar attachment kat BMCA group ke? Bagus2, sebarkan agar amalan ni kita bleh dapat pahala.

Si mawar:
Jzk krna comment nti. Harap2 la ade org2 yg bergelar imam, terbaca entry ni.

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!