Jom Sembang Lebat

Sunday, January 6, 2013

Memasuki Dunia Baru..membilang hari

بسم الله الرحمن الرحيم 



Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.

Amma ba'd..

Ya..
Kita semua telah memasuki tahun 2013, dan kiamat masih lagi belum berlaku lantaran beberapa isu "anggaran" yang akan berlakunya kiamat pada 12/12/12. Ternyata anggaran itu tak tepat dan berdasarkan dzann (syok sendiri) semata-mata.

Tapi perlu juga kita semua ingat.. Smakin bertambah angka tahun, tak kira la tahun hijri atau masihi, semakin dekatnya dengan penghujung usia dunia, dan semakin pendek lah umur kita. Sudahkah kita bersedia menghadapinya?
Kalau belum, berusahalah agar kita lebih bersedia untuk menghadap Tuhan yang Maha Agung.

Selain masuknya kita pada tahun 2013, bulan Januari ini aku sendiri akan melangkah ke alam yang berbeza. Yang dahulunya duduk di rumah bersama Ikhwah yang sememangnya sama jantina, tetapi selepas ini, aku akan melangkah ke dunia yang serba baru bagi aku. Aku akan tinggal bersama orang yang tidak dikenali aku selama ini. Yang asalnya dari planet yang berbeza iaitu Venus, sedangkan aku dari Marikh.

Seribu satu persoalan bermain di benak aku. Bagaimana aku nak hadapi kehidupan baru berumah tangga ini?
Aku akan hidup bersama orang yang sangat asing bagiku, bertambah pelik, aku akan jadi orang yang paling rapat denganku dan aku akan menyintainya sepenuh hati (uwekkkk)? Pelik, dan tak pernah terfikir. Aku serahkan segalanya kepada Sang Pencipta keran Dia-lah yang menciptakannya, Dia-lah yang melahirkan perasaan tersebut.

Aku juga terfikir beban dan tanggungjawab yang terpaksa aku pikul. Bukan mengeluh untuk melarikan diri, jika aku mengelak, samalah aku seperti bani israil. Sudah bersediakah aku? Ya Allah, aku ada lagi 3 minggu untuk mempersiapkan diri melangkah ke dunia rumah tangga yang bagiku penuh misteri ini. Berilah aku kekuatan untuk menghadapinya. 
Ya Allah, hamba-Mu merasa berat untuk melangkah ke marotib berikutnya, sedangkan diriku masih lagi penuh dengan kekurangan, kelemahan dan keaiban..

Hasbunallaha ni'mal wakeel..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!