Jom Sembang Lebat

Saturday, March 10, 2012

Kambing Hitam Di Kalangan Ikhwah..

بسم الله الرحمن الرحيم




Assalamualaikum semua.. Buat rakan2, ikhwah akhawat, pembaca setia, pembaca tak setia, dan para bloggers sekalian.Alhamdulillahi rabbil-'alamin, selawat dan salam setinggi-tinggi selawat kepda junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w yg tercinta.Segala puji bagi Allah, selaku rabbul 'alamin yg telah memanjangkan hayat ana sesaat demi sesaat utk ana teruskan perjuangan ana dalam menegakkan deen yang tercinta ini. Dah genap 3 tahun ana menulis blog yang serba daif ni. Walaupun begitu, inilah salah satu alat yg ana gunakan untuk menyebarkan dakwah di muka bumi ini.




Amma ba'd..
Bermacam-macam telah berlaku akhir2 ni. Tatkala ikhwah lain begitu mantap dari segi tsaqafahnya, ilmunya dan juga dakwahnya, aku masih di sini. Begitu banyak yang mereka dapat, yang mereka faham.

Bukan main kencang bila berbincang dalam usrah. Bukan main lagi qadaya mereka bertalu-talu sehingga aku tidak diberi sebarang peluang untuk bersuara samada mereka tak berhenti ataupun aku tak dapat fokus lama sangat sehingga mengantuk.

Hebat betul mereka ni. Ikhwah2 baru yg ditajnidkan sama level dgn kami juga tak kurang hebatnya. Tapi aku yg lama, masih di takuk lama. Berat sangat ke masalah aku ni sampai aku sendiri tak boleh meningkat?



Ku akui, aku ni bukanlah seorang akh yang pintar, cerdik, bijak pandai, serta berpenampilan baik. Aku ni sebaliknya. Akulah akh yang serba lembap, tak pandai (cakap je la bodoh), tak berpenampilan yg baik, perangai pun agak gila-gila.

Aku bukanlah akh yang sekali baca boleh tangkap segala isi. Ditambah lagi aku mudah terganggu, memang sukar untuk fokus. Ramai juga di kalangan ikhwah yang mempersoalkan ke-ikhwah-an ana kerana sifat ana yg langsung tak menggambarkan seorang akh.
Tambahan pula aku sering dimarahi ikhwah lain kerana beberapa tindakan aku yg tidak disukai ikhwah lain.

"Hei orang tua ni, bila la nak ubah perangai"

"Sedarla sikit, anta tu dah nak kawin tak lama lagi"

Itulah hidangan yang selalu aku terima. Tapi aku telan juga kerana teguran itu sepatutnya baik bagi aku. Tapi kenapa sukar untuk aku berubah? Kenapa sampai sudah aku masih begini?

Ya..aku seorang akh, seorang manusia. Mungkin ada juga sifat "impulsive" yang sukar untuk aka kawal. Aku tak pandai dalam berkata-kata, berbahas hujjah. Tapi aku juga faham asas seperti mana yang mereka faham. Asas kerja kita adalah tarbiyah.

Tidakkah mereka faham "Annasu ma'adin, khiyaruhum fil jahiliyah khiyaruhum fil islam"? Umar al-Khattab sebelum masuk islam terkenal ganas dan garang, tapi selepas masuk islam dia masih lagi ganas dan garang.

Hanya kerana aku berperangai gila-gila, aku dilayan seperti seekor kambing hitam. Maka jadilah aku seperti ini. "I feel like an idiot", I'm just a fool" ataupun
"I can't do anything right"..

Ya Allah, bantulah hambaMu ini. Hanya Kau sahaja yang mampu mengubah diriku. Ataupun Kau mahu aku tetap dengan sifat gila-gila aku?


Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!