Jom Sembang Lebat

Tuesday, April 28, 2009

Kifarah atau Mihnah?

Salam semua..
Sejak 3-4 hari ni aku rasa sakit je kat bwh ketiak aku, sampai ke belakang. Mula-mula tak tau apa puncanya, rasa sakit kat dalam, macam berbisa. Terasa sakitnya sampai ke tulang. Pada hari pertama, aku cuma rasa sakit je, 2 hari lepas tu dah mula muncul tanda2 merah kat bawah ketiak, dada dan belakang bahu aku..

Tau2 je member aku kata aku terkena penyakit kayap. Hah! Terkejut beruk la aku, aku pernah dengar org kata penyakit kayap ni boleh membawa maut. Virus nye boleh makan sampai ke jantung. Tu yang buat aku risau giler.
Aku dah cuak giler, tapi member aku tenangkan aku. Aku pun banyak istighfar, sebab mungkin penyakit ni diberi sebagai kifarah dpd Ilahi.
Pd hari Ahad, malam Isnin aku tgh study sbb esoknye ade paper subjek killer iaitu Autotronik (Elektronik Automotif: Automotive Control System). Tapi akhirnye aku tewas gak, sebab dah tak terperi sakitnye. Timer kasey byk2 kat Awang sebab hantar aku ke hospital malam tu. Medical Assistant kat situ pun suruh datang bt appointment kat bahagian klinik kulit esok petang. Aku plak diberi ubat calamine ngan uphamol 500 utk tahan sakit..
Alhamdulillah aku diberi ubat skang, aku cuma perlu ikut jadual pemakanan ubat, dan juga banyak berdoa.
Tapi, ujian tak terhenti setakat tu sahaja. Aku kena prepare pulak untuk 2 presentation iaitu, automotive design dan PROJEK SARJANA MUDA 1 atau FINAL YEAR PROJECT 1. Barangkali, kedua2 nya masih ringan lagi, bingkai spek mata aku pulak patah. Aku hanya mampu "bersabar". Teringat plak ayat ni;

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


Mungkin ada hikmah di sebalik penyakit yg aku kena ni. "Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau hukum kami andai kami terlupa atau tersilap. Ya Tuhan kami, jgnlah Engkau bebankan aku sepertimana Engkau bebankan org2 yg terdahulu. Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kami dgn apa yg kami tak mampu.." (al-Baqarah ayat 286)

Ya Allah, mihnah yg Kau berikan pada ku ini, jadikanlah ia penghapus dosa ku. Agar dapat mengganti hukuman Mu di akhirat.


Friday, April 24, 2009

Ada Apa Dengan Solat?

Solat.. Apa kaitannya dengan sifat2 munafik? Ada kena mengena tak sifat org munafik dgn solat ni? Kalau nak kata tak ikhlas, tu salah satu dpd sebabnya, tapi keikhlasan hati hanya Allah s.w.t sahaja yg paling tepat menilai. Tapi banyak lagi sebenarnya sebabnya, kita cuma perlu hindari sifat2 yg akan disebut dalam artikel kat bawah ni.


Tafsir Surah an-Nisa' ayat 142 Allah SWT menurunkan ayat yang bermaksud:

"Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudaratan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah-belah antara orang-orang beriman serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya (sejak dahulu). Mereka sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan." Dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya) (Surah at-Taubah: 107).

Dalam perjalanan pulang dari Tabuq, Rasulullah s.a.w. memerintah para sahabatnya pulang segera ke Madinah dan bakar masjid berkenaan bersempena dengan turunnya ayat tersebut. Abu Amir ar-Rahib bersama rakan-rakannya dianggap sebagai musuh-musuh Islam sehingga para sahabat Rasulullah s.a.w. tidak lagi memanggil dengan gelaran ar-Rahib tetapi dipanggil dengan gelaran Abu Amir al-Fasiq (yang jahat).

Kerja orang munafik ialah menipu dan golongan munafik ini akan ada di sepanjang zaman sehingga hari kiamat. Dengan sebab itu Allah Taala menguji dan mendedahkan sifat-sifat mereka di dalam al-Quranul Karim.

Allah berfirman yang bermaksud:

"Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka hanya bertujuan riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang). (Surah an-Nisa: 142).

Apabila tiba waktu sembahyang mereka mendirikannya dalam keadaan malas bukan bersemangat di mana sifat malas sembahyang adalah sifat munafik. Oleh itu umat Islam hendaklah membuang sifat malas ini.

Bukanlah bererti setiap orang yang malas sembahyang, munafik semuanya tetapi sifat malas sembahyang itu menunjukkan kelemahan imannya.
Allah mahu menyatakan bahawa sifat malas sembahyang sebagai sifat munafik sebagaimana sifat mungkir janji, bohong, khianat kepada amanah sebagai sifat munafik.Oleh itu Allah memerintahkan supaya orang Islam menjauhkan diri dari sifat-sifat ini.

Rasulullah s.a.w. menyatakan sabdanya yang bermaksud:

"Seberat-berat sembahyang kepada orang munafik ialah solat Isyak dan Fajar (Subuh). Kalaulah mereka mengetahui kelebihan yang ada pada solat Isyak dan Fajar ini nescaya mereka akan datang (ke masjid) walaupun dengan merangkak. Sesungguhnya aku bercita-cita bahawa aku memerintah seseorang supaya memerintah manusia sembahyang dan menyuruhnya membawa orang mengerjakan solat kemudian aku pergi bersama beberapa orang lelaki membawa kayu-kayu api untuk pergi ke rumah-rumah orang yang tidak mengerjakan solat jemaah dan aku bakar rumah-rumah itu dengan api."

Menunjukkan ketegasan dan kesungguhan di dalam menyuruh solat jemaah ini di mana solat berjemaah mengatasi solat seorang diri dengan pahala yang sangat besar.

Orang Islam mengerjakan solat dengan rajin dan sifat malas solat ialah sifat munafik. Kita mesti bersolat dengan cara yang betul sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa memerhatikan sahabatnya bersolat.

Satu hadis menyebut seorang badwi mengerjakan solat tidak betul. Datang menghadap Rasulullah dengan memberi salam. Rasulullah menjelaskan bahawa orang Badwi itu tidak mengerjakan solat. Seterusnya Rasullulah memerintahkan orang mengerjakan solat semula.

Selepas itu orang Badwi itu datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan baginda sekali lagi memerintah orang itu mengerjakan solat semula. (Sepatutnya orang badwi itu bertanyakan solat yang betul tetapi ia tidak berbuat demikian).

Selepas solat kali ketiga ia datang bertemu Rasulullah s.a.w. sehingga baginda bersabda kepadanya yang bermaksud:

"Bila kamu mengerjakan solat, kamu hendaklah memulakannya dengan takbir (Takbiratul Ihram), membaca ayat-ayat al-Quran ( al-Fatihah) kemudian rukuk dalam keadaan toma'ninah kemudian iktidal dalam keadaan berdiri, kemudian sujud ....sehingga akhir hadis."

Ini menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w. memberi perhatian berhubung dengan solat . Orang munafik bersolat juga memang mereka bersolat dalam keadaan malas, tidak belajar dan tidak bersemangat. Mereka bersolat bertujuan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Mereka bersolat takut orang kata dia tidak bersolat.

Jenis macam ini barangkali kalau solat pun setahun dua kali (solat dua hari raya sahaja) atau solat Jumaat sahaja manakala solat fardu lima waktu sehari semalam tidak dikerjakannya.

Golongan ini tidak ingat kepada Allah melainkan sedikit sahaja. Yang mereka ingat mahu senang hidup di dunia ini sahaja lupa hari akhirat dan Allah yang sentiasa memerhati tindak tanduknya di dunia ini dan Allah mendedahkan lagi sifat mereka dengan firman-Nya yang bermaksud:

"Mereka berkeadaan "muzabzab" (tidak mempunyai pendirian yang tetap) antara (iman dan kufur) itu, mereka tidak berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada golongan (yang beriman). Dan sesiapa yang disesatkan oleh
Allah maka engkau (wahai Muhamad) tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya." (Surah an-Nisa': 143).

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah**
=============================================================================

Daripada artikel yg aku copy ni, jelaslah kita solat memainkan peranan yg sangat penting. Bahkan, di akhirat nanti perkara pertama yg akan disoal oleh Allah merupakan solat. Ingat, solat itu tiang agama. Barangsiapa yg menjaga solatnya, maka teguhlah ia (agamanya). Barangsiapa yg tidak menjaganya, maka robohlah ia (agamanya @ imannya).
Tidak menjaga solat bukan lah maknanya kita tinggalkan terus. "Tak menjaga" iaitu tak menjaga qualiti seperti solat di hujung waktu, meninggalkan jemaah (jika ada), tak toma'ninah (berhenti seketika selepas setiap bacaan dalam rukun solat) atau tidak dilakukan di masjid.

Ya Allah, kadang2 aku mendatangkan banyak alasan lagi2 bila nak solat ke masjid atau secara berjemaah. Jauhkanlah aku dpd sifat2 munafik ni. Semoga lepas ni kita semua akan lebih rajin ke masjid utk menunaikan solat.

Monday, April 20, 2009

Sumpah Setia


Assalamualaikum rakan2 semua. Tiba2 je aku dapat satu idea untuk menulis entry ni. Alhamdulillah, hari dapat gak aku tulis, sebab dah seminggu takde internet kat umah ni. Itu hari kilat sabung menyabung, dan modem kami "terkorban" akibat terkena panahan petir. Hari ni alhamdulillah dah diganti dgn yg lain.

Ok la, tak perlu citer panjang lebar pasal modem tu, yg penting tajuk kita kat atas ni iaitu "Sumpah Setia"..

Dalam hidupan seharian kita, solat fardhu yang kita tunaikan adalah sebanyak 5 kali sehari. Subuh, Zohor, Maghrib dan Isya'. Bagi mereka yg rajin, ditambah lagi dgn solat sunat seperti solat sunat tahajud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat duha, solat sunat mutlak dan lain2 lagi. Yang pastinya, setiap kali solat, ade bacaan yg menunjukkan janji dan sumpah setia kita kepada Allah, Tuhan sekalian alam.
Dalam doa iftitah sendiri kita menyatakan ikrar kita:
"Sesungguhnya solatku dan ibadahku, hidup dan matiku hanyalah kerana Allah, Rabbul 'alamin" sebanyak 5 kali sehari.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dan juga bacaan tasyahud (tahiyyat) awal "Asyhadu an la ilahaillallah, wa asyhadu anna muhammadun rasulullah" sebanyak 4 kali sehari

Akhir sekali bacaan tasyahud (tahiyyat) akhir (sama ngan tasyahud awal) sebanyak 5 kali sehari.

Totalnya bagi seorang muslim yang average, solat fardhu cukup 5 waktu, ikrar tu dilafazkan sebanyak 14 kali sehari.



Tapi malangya, manusia bersifat pelupa, sering melupakan janji yg dilafazkan ni. Ketaksuban mereka mengejar hiburan dunia yg lagha, menjadikan kalimah2 yg mereka lafazkan sewaktu solat hanya tinggal janji kosong semata-mata. Apakah kita sudah terlupa pada janji2 kita mengatakan "aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah"? Apa sudah terjadi kepada "..hidup dan matiku kerana Allah.." sedangkan kita jarang memulakan kerja kita dengan doa atau "bismillah"..tambahan lagi, segala kerja yg kita buat, tak pernah terlintas pun niat utk mendapatkan keredhaan Nya. Sebaliknya, matlamat kita hanyalah utk mengejar Harta dan Pangkat yg sementara. Tambahan pula, dalam kerja2 kita, bukan disalingkan dgn zikrullah, tapi hanya dengan suapan lagu2 yg lagha, juga berunsurkan maksiat.



Mungkin inilah sebabnya kita sukar untuk berjaya, dan mengambil langkah2 yg tak diredhai utk mencapai kejayaan tersebut. Sekiranya niat kita diperbetulkan, insyaallah kita akan peroleh keberkatan dalam pekerjaan kita. Hati pun berasa tenang.

Kita juga berkali2 mengucap dua kalimah syahadah sebagai sumpah setia kita, tetapi, kalimah tersebut hanyalah sebagai janji kosong. Lihat sajalah gelagat remaja yg berpacaran di merata tempat. Mereka seolah2 "bertuhan"kan pasangan masing2. Apa2 saja yg sanggup dilakukan, walaupun maksiat. Kadang2 si jejaka seorang ug sangat baik peribadinya, rela berkorban demi pasangannya, sanggup tunduk kepada kehendak "awek"nya dan ketepikan perintah dan larangan Allah di dalam al-Quran. Seolah2 si jejaka itu "menyembah" aweknya yg pada hakikatnya manusia juga. Lagipun, kita dah sedia maklum hukum berpacaran ni HARAM. Ok, tak perlu kita panjang lebar pasal org yang bercintan ni.



Satu lagi contoh, ketaksuban manusia memuja individu2 tertentu, khususnya artis bagaikan "tuhan" sehingga poster2 gambar mereka ditampal pd dinding bilik masing2. Kita lebih menghafal lirik lagu mereka yg kadang2 tak membawa maksud, tetapi tidak menghafal kalimah2 dalam ayat al-Quran yg merupakan kata2 dr Allah yg membawa seribu makna. Kita lebih cenderung utk bersedih sekiranya artis pujaan kita menghadapi kesukaran, tetapi tidak pula kita menitiskan air mata di malam hari kerana dosa kita terhadap Allah.

Semua ni merupakan sebahagian shj dpd contoh2 yg ada pd zaman yg serba canggih ni.

Adakah kita sebagai muslim sudah lupa pada janji2 dan ikrar kita? Ataupun semua ini hanyalah satu lafaz janji kosong semata2? Atau kita tidak memahami dan mengahayati maksud disebalik lafaz2 janji tersebut? Lafaz inilah yg akan menguatkan Iman kita sekiranya kita bukan sahaja menghafal bacaan tersebut, tetapi kita memahami dan mengahayati maksudnya. Akhir sekali, kita mengamalkan ikrar janji kita kepada Allah.

Wallahualam

p/s: Banyak lagi contoh yg boleh diambil, tapi aku dah tak larat nak tulis panjang2, ngantuk. Harap ape yg aku tulis ni boleh beri peringatan kepada diri aku sendiri, yg sering terlupa akan janji aku kpd Allah. Aku berharap aku sentiasa ingat, dan sentiasa berpegang pd janji dan ikrar sebanyak 14 kali sehari ni. Insyaallah..

7 orang yang terpilih!!

Di waktu panas yang amat sangat di padang Mahsyar pada hari kiamat, tentulah para manusia menjadi bingung dan menggelabah ingin mencari tempat perlindungan. Dan pada hari itulah manusia berkata: "Kemana tempat lari?".

Dalam Al Quran disingkapkan dengan tegas dan jelas sekali perihal keadaan itu sebagaimana Firman Allah S.W.T.: - "Pada hari itu manusia berkata: - "Ke mana tempat lari?" Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!" (Al Qiyamah : 10-11).
Tetapi dengan kehendak Allah S.W.T. akan terdapat beberapa naungan, tetapi tidak semua manusia dapat berteduh di bawahnya, itu merupakan rahmat Allah S.W.T. dan naungannya. Rasulullah S.A.W. bersabda: -
"Tujuh orang bakal Allah naungi dengan rahmatNya pada hari yang tiada naungan selain naungan-Nya ialah:
1.Penguasaan pemimpin yang adil.
2.Seorang remaja yang mengawali keremajaannya dengan beribadah kepada Allah.
3.Seorang lelaki yang hatinya dipertautkan dengan masjid-masjid.
4.Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, yakni yang keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah.
5.Seorang lelaki yang ketika dirayu oleh wanita bangsawan lagi rupawan, lalu ia menjawab: "Sesungguhnya aku takut kepada Allah".
6.Seorang yang mengeluarkan sedekah dan disembunyikan, sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh tangan kanannya itu.
7.Seorang yang berzikir kepada Allah Ta'ala di tempat yang sunyi, hingga kedua matanya mencucurkan air mata." (Iman Bukhari & Muslim).
Sudahkah saudara memikirkan di mana di antara tempat yang 7 ini yang dapat saudara berteduh?



Tuesday, April 14, 2009

ihtifal Hidayah: Tahniah Shafeeqah & Aalia

Tahniah kpd 2 adik perempuan aku shafeeqah dan aalia, masing2 dpt anugerah pelajar cemerlang PMR dan tingkatan 4. To Shafeeqah; SPM nanti buat betul2, jangan moody2 je kang takde kawan.
Aalia: belajar rajin2, jangan dok layan citer korea je memanjang. Be a good example to haris. Form 4 bukan honeymoon year.
* ingat2 sikit kejayaan adalah pemberian Ilahi, dont be a bean forgot shell (kacang melupakan kulit).


Anyways, tengok tajuk pun dah tau entry ni cakap pasal ape. Bagi member2 aku yg tak tau, ihtifal tu hari penyampaian sijil dan anugerah pelajar. Macam2 ade, persembahannyer, pameran la, dan dapat jumpa balik ustaz2 dan ustazah2 aku. Tak lupa gak junior2 aku yg dulunyer masih hingusan lagi, skang ni dah matang beb.

Erm, taip banyak2 pun tak guna gak. Aku nak boh gambar, patutnyer banyak tapi adik aku "CUT n paste" kat komputer abah. Jadi, yg tinggal dlm memory card ni sikit je la.
Antaranye, gerai Air Batu Campur kat bawah ni.


ABC paling cikai RM1 bleh dapat..ini kena RM2 semangkuk. peh!! Takpela diorang pun mencari rezeki gak.

Ape2 pun, tahniah kepada mereka yg dapat naik pentas pada hari ihtifal tahun ni. Semoga kita tak lupa pada diri, kejayaan bukan hanya sekali sahaja. Tepat skali ape yg dinyanyikan oleh kumpulan Raihan "selamat di hari perhitungan, itulah kemenangan sebenarnya.."


Bagi mereka yg tak dapat naik pentas, jangan kecewa. Perjalanan masih jauh.


Friday, April 10, 2009

Tidaaaaaaaaak!!!!!!!!! Arep Tag aku!!!!

Kepada sesiapa yang kena tag... Sila copy soklan dan arahan ini, pastuh pandai2 la jawab dan tag orang lain pulak, ok?


1. What is the most important thing in your life?

Mak dan Abah

2. What is the last thing that you bought with your own money?
Air soya

3. Where do you wish to get married?

Wallahualam..aku tak kisah mana2 pun asalkan tak melampaui batas2 yg digariskan syarak.

4. How old do you think you will be permanently owned by your love?


Perlu ke aku jawab soalan ni?

5. Are you in love?

Hmmm..maybe..kalu ye, jangan dilayan sgt perasaan tu.

6. Where was the last restaurant you had dinner?

Enak Tomyam di bukit beruang..

7. Name the latest book that you bought?


Last time aku beli buku (original bukan fotostat), pada tahun 2007 (masa tahun 3). Tajuknye "Machine Elements In Mechanical Design 4th Edition", author: Mott, complete ngan CD software M-Design.

8. What is your full name?


Luqman Bin Abdul Rashid

9. Do you prefer your mother or father


Both

10. Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

11. Christina or Britney?

None of them..

12. Do you do your own laundry?

Basuh sendiri la..nak beli mesin tak mampu

13. The most exciting place you want to go?


Middle east.

14. Hugs or kisses?

Hugs..geli ar kiss, dgn air liur nye lagi.nak2 org yg malas nak gosok gigi..

15. Point out 5 things about the person who tagged you.

1. hmmm perut buncit ( jgn marah ye arep)
2. Confident
3. Mewah (nampak gaya la)
4. Positive thinking
5. i dont know, he sure can talk laa..

16. 3 things I am passionate about

- My future, dunia dan akhirat (dunia jambatan akhirat, pandanglah dunia dgn mata akhirat)

- My 5 daily prayers

- Syahid

17. 3 things I say too often

- "Jadi kalau kamu lihaaat"

- "The moment kamu buat sendiri, you wil generate your own idea"

- "Kalu camni kita buat kuiz lah!!"

(semuanya aku quote dpd org lain..hehe)

18. Book I’ve read recently

Tribology In Mechanical Design

19. 8 songs I could listen to over and over again


1. Bacaan al-Quran yg berlagu dpd Abdul Rahman As-Sudais
2. We will not go down (Micheal Heart)
3. Mengemis kasih (Raihan)
4. Intifada (Rabbani)
5. The Science of Selling yourself short (Less Than Jake)
6. Time of Your Life (Green Day)
7. Intifada (penyanyi raggae yg tak dikenali)
8. Stuck with me (Green Day)

(banyak yg lagha je)

20. 3 things I learned last year

1. Automotive Styling

2. Chassis and Suspension

3. Automotive Powertrain (Engine and transmission)

21. 8 people to tag

Ha, ni paling best... Kepada tuan/puan empunya blog... Sila lakukan tugasan anda!!!!

1. Ramesh

2. Fa
3. Iron Man
4. En Fadzli
5. Gaco
6. Pizan
7. Hadi
8. Blogger malang yg di-tag (klik je link ni,nnt tau la sape blogger "malang" seterusnyer)

=====================================================================================

p/s: Aku tak suka di-tag. keji siot arep..huhu kalu camni kita buat kuih la..

Thursday, April 9, 2009

Seribu Satu Alasan...

Seribu satu alasan yg diberikan seorang hamba apabila diajak mengikuti program2 dakwah, akhirnya kecundang jua...



ZAMAN SEKOLAH
1. Saya kecil lagi, tak perlu dakwah pun tak apa. Dah besar nanti insyaallah.
2. Sibuklah dengan tuisyen, kerja rumah, nak ‘exam’, ko-kurikulum, sukan...
3. ‘Parents i’ tak bagi le...
4. Aku takut nanti ganggu akademik.
5. Dah masuk ‘u’ nanti ok le ‘join’ dakwah, fikiran pun dah matang sikit.

ZAMAN UNIVERSITI/ KOLEJ
1. ‘You’ faham-faham jelah, masuk ‘u’ ni bukan macam sekolah. ‘Study’ buku tebal-tebal, ‘assignment’ berlambak...nantilah lapang-lapang sikit.
2. Dah habis belajar nanti aku memang niat nak aktif dalam dakwah. Engkau jangan risaulah. Sekarang tumpu akademik dulu. Takut nanti dakwah entah ke mana, akademik entah ke mana. 3. Aku tengah ‘tension’ la... awek/ balak aku buat hal pulak...!

ZAMAN HABIS BELAJAR
1. Nantilah... dapat kerja dulu. Dah ada kerja nanti, dah stabil, ‘ok’ le ‘join’ dakwah. Ni diri sendiri pun tak lepas lagi.
2. Ada kenderaan baru senang nak bergerak, ye tak? Tunggu le aku ada motor nanti.
3. Mak bapak aku tengah bising tu. Diorang dah naik muak tengok aku asyik menganggur je. Kalau aku ‘join’ dakwah, lagi teruk le kena hentam.
4. Letih belajar pun tak habis lagi. Bagilah peluang aku rehat kejap. Dari kecil asyik ‘study study study’, dah ‘grad’ ni ‘relax’ le kejap. Dakwah tu tak lari ke mana. Sampai masa nanti, engkau tengok le.

ZAMAN KERJA
1. Sibuklah... tau aje la, keluar kerja pagi, balik dah nak malam. Letih giler. Dah balik tentu nak rehat. Aduhhh...
2. Aku tengah pening kepala nak kumpul duit, nak kahwin ni. Nantilah aku dah ‘settle’ problem–problem aku...
3. Dah kahwin mesti nak ada kereta. Aku tengah cari duit nak buat ‘down payment’ ni. Ada kereta esok senang nak bergerak. Hujan panas ‘no’ hal. 4. Bergerak sorang-sorang ni tak berapa ‘best’. Aku cadang nak kahwin dulu. Dah ada pasangan nanti baru laju sikit nak gerak. Betul tak?

ZAMAN KAHWIN
1. Engkau tahu aje la, dah masuk alam rumahtangga ni. Tanggungjawab bertambah, belanja bertambah. Nak sesuaikan diri dengan pasangan, dengan keluarga pasangan... kena ambil masa jugak. Hari cuti aje dah tentu kena balik rumah mak bapak aku ataupun rumah mak bapak dia. Adik-beradik dah bertambah. Kejap-kejap kenduri la, bertunang la, tahlil la, masuk rumah baru la. Semua nak kena pergi tu. ‘Sorry’ la kawan, aku betul-betul tengah ‘pack’ ni. Nantilah ye.
2. Orang rumah aku masalah sikitlah. Kalau aku ikut program dakwah aje, dia mula muncung. Rumahtangga mestilah diutamakan, ye tak?
3. Abang (suami) aku memang tak pernah terdedah dengan program-program dakwah ni. Jadi takkan aku nak keluar sedangkan dia asyik tarik muka aje.
4. Aku cadang nak tarbiah isteri aku dulu. Pelan-pelanlah aku buka minda dia. Nanti dia pun dah ada minat, kami boleh bergerak sama-sama.

ZAMAN ANAK-ANAK MASIH KECIL
1. Anak kecik, engkau faham-faham sajalah. Nak keluar rumah pun tak boleh. Sekarang kain baju, masak-memasak, kemas rumah, urus anak-anak semua aku buat. Memang aku tak boleh nak bagi masa untuk program agama la buat masa ni. Anak besar sikit nanti insyaallah la...
2. Aku nak sambung belajar lagi le, kasi naik pangkat, tambah ‘income’. Baru boleh betul-betul stabil. ‘Time’ tu nanti isyaallah le aku boleh aktif. Nanti le habis sambung belajar dulu. Habis ‘master’, dapat PHD, barulah ada nama sikit. Nak dakwah pun senang, cakap kita orang dengar.

ZAMAN ANAK-ANAK BERSEKOLAH
1. Nak dakwah macam mana, aku sembahyang pun tak ‘perfect’ lagi, tajwid pun berterabur. Aku ingat nak mengaji kat surau la bab-bab sembahyang, tajwid. Dah boleh baca Quran nanti baru le sedap nak ‘join’ program. Takkan terus-terus nak ikut program, nak dakwah, kalau yang ‘basic’ pun tak lepas lagi, kan?
2. Umur dah meningkat ni, macam-macam penyakit datang. Badan dah tak kuat macam dulu. Setakat manalah aku boleh ikut program, setakat manalah aku nak berdakwah. Kalau kuat macam muda-muda dulu lain le. Nantilah... pelan-pelannn...
3. Tak ada masa langsung. Hantar anak-anak ke ‘nursery’, ke sekolah, petang ke sekolah agama, malam tuisyen, hari cuti bawa diorang jalan-jalan, rehat-rehat...tentu nak rekreasi jugak kan?
4. Nak ‘online’ internet? Nak ‘update’ blog? Nak sertai forum? Dua minggu sekali ada le aku online. Blog? Forum? Hmmm...

ZAMAN ANAK-ANAK LEPAS SEKOLAH/ ZAMAN PENCEN
1. Aku tengah sibuk belajar dan menghafal pasal haji ni. Cadang lagi tiga tahun nak pergi tapi nak kena belajar dari sekarang le. Engkau tahu aje la aku ni bab agama tau yang ‘basic-basic’ je. Rugi la kalau haji ni tak buat elok-elok. Nantilah.
2. 30 tahun kerja siang malam, sekarang baru dapat peluang nak rehat, nak tumpu pada ibadah, nak mengaji di masjid-masjid, nak ziarah anak cucu, nak lawat saudara-mara, nak jaga rumah... Bagilah aku rehat kejap setahun dua, nak ‘cover’ balik yang 30 tahun tu. Sementara hidup ni, nak juga merasa, ye tak?
3. Tak tahulah. Sekarang asyik bergantung dengan ubat je aku ni. Berjalan jauh sikit penat. Kerja lebih sikit darah naik.
4. Aku bukan tak mahu, dari zaman sekolah lagi aku memang minat, cuma belum ada rezeki aje nak teruskan kerja-kerja Rasulullah ni. Kerja Tuhan jugak yang tak tentukan jalan hidup aku macam ni, nak buat macam mana.
5. Anak-anak aku tu... diorang kalau boleh nak tengok aku berehat aje di rumah, tak payah fikir apa-apa, tenangkan fikiran, tumpu pada sembahyang, mengaji... Betul jugak, esok kalau aku sakit ke apa ke, diorang jugak yang susah. Aku malas le nak bertekak dengan diorang.
ZAMAN DALAM KUBUR
1. Aduh... hafazan aku sikit! ‘Waddhuha’ ke bawah pun tajwid berterabur. Dulu masa sekolah aku main bola dua jam sehari. Kalaulah aku ambil 10 minit sehari daripada masa main bola tu untuk hafazan, seminggu sudah 70 minit. Sebulan? Setahun? Aduh, menyesalnye!
2. Arg, kawan-kawan aku yang ‘beragama’ boleh dibilang dengan jari! Kalaulah masa di ‘u’ dulu aku aktif, tentu dapat banyak kenalan dan banyak ilmu dan banyak pewaris dakwah melalui tangan aku. Apa yang mereka buat semuanya saham pahala untuk aku tu. Ruginya aku....
3. Ya Allah, isteri, anak-anak dan cucu-cucu aku ditinggalkan tanpa sempat aku mentarbiah agama mereka. Sekarang mereka jauh dari agama sebab aku tak contohkan diri aku dulu. Semua salah-silap mereka aku nak kena jawab tu. Tapi aku nak buat majlis tarbiah di rumah macam mana sedangkan aku sendiri tak ada ilmu. Padan muka aku!
4. Kawan yang ajak aku ke program-program agama dulu, bertuahnya mereka. Keluarganya jadi orang-orang soleh. Anak buahnya dalam dakwah banyak. Saham pahala daripada usaha anak-anak buahnya berterusan mengalir. Ilmu dan amalnya banyak. Iman dan pemahamannya tinggi. Ilmunya dimanfaatkan banyak orang. Aku?
5. Kalau Tuhan tanya nama artis, nama bintang sukan, nama pimpinan dunia... ratusan orang aku ingat. Tapi kalau Tuhan tanya nama ulama, nama kitab... habis aku!
6. Bahasa Inggeris aku macam air. Bahasa syurga?
7. Teman-teman aku sudah kenal Tuhan, mereka menyembah Tuhan yang Esa. Aku? Rasa-rasanya masih sembah Tuhan yang bercampur dengan makhluk. Af’alnya aku tak pandai nak Esakan, Asma’nya aku tak tahu nak Esakan,Sifat dan Zatnya pun sama. Oh Tuhan, syirikkah aku? Apakah aku menyekutukan Engkau selama hari ini?

Aku menyesallllll.........!!!
Aku menyesallllll.........!!!
Aku menyesallllll.........!!!

di-cedok dpd : http://seindahmawarsumaiyah.blogspot.com/2009/03/seribu-satu-alasan.html

=====================================================================================

Berdakwah itu kewajipan bagi setiap Muslim tidak kira siapa pun kita. Kalu kita nampak kemungkaran, tapi kita tak cegah malah buat2 tak nampak, dosanya bukan sahaja pd org yg melakukan kemungkaran tu, tapi dapat kat kita jugak.
Kadang2 aku sendiri pun rse malas nak ikut program2 macam ni, dan macam2 alasan aku bagi utk mengelak. Tapi, sebagai seorang muslim, aku takleh lari dpd tanggungjawab aku.. Ya Allah, tabahkan hati hambaMu ini..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!