Jom Sembang Lebat

Saturday, February 28, 2009

ULTRAMAN!!!

haha, aku saje buat tajuk camtu. Sebenarnye takde kena mengena ngan ultraman pun. Ok, enjoy video klip kat bwh ni..


MENGAJAR ANAK, DAN PELABAGAI FESYEN2 TAKBIRATULIHRAM..


Harap kite sumer dpt ambik iktbar dan pengajaran dpd ceramah ni.

p/s: disebabkan aku malas nak upload satu2 posting (lambat gile nak tunggu upload), jadi aku upload terus yg lain2 ar..








Wednesday, February 25, 2009

Aku Yg Lemah...

Assalamualaikum semua.. Kenapa gak nyer posting aku kali ni bertajuk "aku yg lemah"? Beginilah cerita nyer. Semalam (24 feb 2009), aku kunci jam aku spaye alarm nye bunyi pkul 5.30 pagi. Aku dah set nak bgun awal, nak qiam la kononnye. Lepas dah kunci jam pd hp aku, aku pun siap2 la berwudhu' utk solat isyak, aku pun ajak la member sebilik aku. Die tgh sibuk main ym ngan awek mana tah, sambil dgr lagu2 yg lagha, secara tak sengaja aku pun terdengar aurat penyanyi tu (penyanyi prmpuan).

"Takpela man, ko g smayang dlu" die bgtau aku.
Aku pun istighfar sorg2 & tunaikan solat isyak. Tapi aku tak tegur pun die mengenai suara sebagai aurat prmpuan (kalu dimerdukan spt penyanyi).

Kemudian, selesai solat isyak, aku pun ngadap la laptop aku ni. Macam biasa hobi aku ziarah blog2 org, ade yg klakar, ade yg byk input. Aku check, jam dah pkul 12 tgh malam. Mmber aku ni msih lagi chatting ngan awek misteri tu. Aku geleng je kepala. Lagu yg dipasang pun dah brpa round aku dgr. Aku pun siap2 nak tido. Esok klas pkul 8 pagi, aku plak nak qiamullail.

Malangnyer, pd mlm tu aku try berguling2 tak dpt nak lelap gak. Lagu die masih lg terpasang, die pun tak tido lagi. Chatting sambil gelak sorang2. Sudah la dgr aurat, dosa dpt kat aku free plak tu. Tmbah lagi die chatting gile2 nyer, die pun mcm seronok je. Tkut2 menghampiri zina (nauzubillah). Mgkin takat tu je dosa die, tp blum lg dosa yg aku tanggung sbb membiarkan die. Tak ckup lagi, aku dgr suara penyanyi tu dpt dosa lain plak (aurat).



Masa aku try nak tido tu, barula aku mula ingat pd ALLAH. Aku dah tekup muka aku ngan bantal nk try spayer bleh lelap. Nmpaknye tak brjaya. Ok, pd masa tu la aku sedar, yg aku ni hamba yg lemah.

Golek punya golek, akhirnya mmber aku pun dah padam n aku pun terlelap dlm pkul 3 pagi (raser nyer la).



Esok pagi aku celik je, rupanya dah cerah. Disebabkan pagi tu mendung, jadi aku bajet dah 6.30 pagi. Rupanya pkul 7.15 pagi!! Ya ALLAH!! Aku dah terlajak subuh. Aku kalu 6.30 tu dah kire lambat, ape lagi kalu 7.15. Menggelabah la aku, dah la klas pkul 8.. Asalnyer nak bagun 5.30, buat qiamullail rupenye jauh terlajak.

Dpd kejadian yg baru menimpa aku ni, aku mula sedar yg aku ni hamba yg lemah. Mgkin Tuhan nak tunjuk kesalahan aku ni lebih berat kalu nak dibandingkan dgn member sebilik aku ni. Sebab aku terlalu lemah, tak berani nak tegur member sndiri, tak berani nak jalankan amar makruf nahi mungkar.

Ya Allah, ampunkanlah dosa ku, kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorg muslim. Aku harap aku bleh ganti balik qiam yg aku tertinggal semalam, harap mlm ni aku bleh tido awal & bangun awal supaya dpt menghadap sang KHALIQ. Insyaallah.



p/s: aku tak tegur die pun atas sebab aku bengang ngan die (alasan yg tak munasabah).

Saturday, February 21, 2009

Jom Cuci Mata..hehe

Assalamualaikum semua.. Haa, entry kali ni aku letak tajuk "Jom Cuci Mata" nape ek? haa ni la sebabnyer. Video ni khusus utk kaum2 yg sama ngan aku (kaum adam) dan juga kaki2 anime jepun. Dgrla ape yg nak disampaikan. Enjoy this video, dont forget to comment on this vid :)

USTAZ AZHAR IDRUS: HUKUM TGK AURAT KARTUN DAN AURAT ORG HIDUP.


p/s: sori + maaf + afwan bahasa die sukar difahami.. :P

Wednesday, February 18, 2009

Dpd Blogger yg Mantap gile

=====================================================================================
Segala puji bagi Allah.
Selawat dan Salam semoga terlimpah atas Rasulullah, keluarga, para sahabat, dan orang yang mengikutinya.

Moga kita termasuk dalam golongan yang meyakini bahawa Tuhannya Allah yang Maha Esa, Rasulullah suri teladannya, Al-Qur’an panduannya, Jihad adalah satu-satunya jalannya, dan mati Syahid Fisabilillah adalah cita-citanya yang tertinggi.


Sudah cukup kata-kata, sudah mual kita memutuskan resolusi-resolusi yang tidak dipraktikkan, sudah jemu kita dengan slogan-slogan yang tidak membawa kepada apa-apa tindakan.
Sudah sampai masanya kita melakukan sesuatu demi menyelamatkan Palestin khususnya Gaza.




Persoalannya, apakah mungkin kita menggerakkan umat Islam untuk menyelamatkan Palestin jika kita masih naïf tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada Palestin?

Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Dalam situasi yang kian terdesak (serangan paling dahsyat sejak perang Arab-Israel 1967), sudah tentu jihad perang di jalan Allah untuk mempertahankan dan mendapatkan kembali tanah asal Palestin menjadi keutamaan.

Namun bagi kita yang belum ditakdirkan untuk untuk menyertainya, maka syariat Islam mewajibkan ke atas kita untuk berjihad berdasarkan keupayaan dan kemahiran masing-masing.
Inilah selemah-lemah jihad di jalan Allah yang boleh dilaksanakan oleh setiap dari kita. Allah S.W.T. berfirman:

“Dan persiapkan (diri kamu dalam) menghadapi mereka (dengan) apa (sahaja) yang kamu mampu dari (bentuk-bentuk) kekuatan, dan dari kuda-kuda yang disiap siaga. Dengan (kekuatan) itu kamu menakutkan musuh Allah dan musuh kamu”

(Al-Anfaal:60)

Dalam ayat ini Allah menyuruh kita sekadar yang termampu.
Allah tidak membebankan kita dengan apa yang kita tidak mampu.
Maka wajib bagi kita untuk melaksanakan jihad yang mampu kita lakukan.

“Medan kata-kata tidak sama dengan medan amal.
Medan amal tidak sama dengan medan Jihad.
Medan Jihad yang salah tidak sama dengan medan Jihad yang Sahih yang berhasil lebat dari pengorbanan yang minimal dan optimal”

(Hasan Al-Banna)

Jihad kita….

Seboleh mungkin, hadirkan diri ke program rapat umum dan demonstrasi anti-Zionis Israel.



Jangan hirau vox populi yang mengatakan ini adalah satu tindakan yang sia-sia.

Hanya orang buta sahaja yang tidak dapat melihat kebangkitan kemarahan masyarakat dunia. Hanya orang pekak sahaja yang tidak mendengar jeritan bantahan masyarakat dunia.
Bahkan golongan Yahudi anti-Zionism pun turut serta dalam demonstrasi-demonstrasi tersebut.

Demonstrasi di US, Kanada, UK, Perancis, Sepanyol, Turki, Mesir, Jordan, Pakisatn dan Indonesia telah memberi tekanan psikologi terhadap Zionis Israel dan konco-konconya. Tekanan yang sebegini kuat telah menyebabkan Yahudi pro-Zionism pula menjalankan demonstrasi anti-Hamas bagi meraih simpati terutamanya di US, UK, Perancis, Sepanyol, German, dan Sweden.

Kita juga perlu kagum dengan Muslim dan non-Muslim di UK yang menjalankan protes setiap hari sejak Gaza diserang, di hadapan Kedutaan Israel di Kensington High Sreet di London.
Bahkan, mereka hanya menghentikan protes apabila Israel menghentikan serangan ke atas Gaza. Begitulah kesungguhan mereka.

Bagaimana pula dengan kita?

“Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak turut berperang) yang tidak mempunyai uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya.
Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat.
Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (syurga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar”

(An-Nisa’:95)

Kemudian, pertingkatkan sentimen kita berkenaan isu Palestin dengan memperluaskan pemahaman kita mengenainya.

Sebenarnya kisah perjuangan umat di Palestin amat banyak pengajarannya.

Silap jika kita hanya bersimpati.

Kitalah yang sebenarnya perlu belajar daripada mereka, bagaimana membina jiwa merdeka yang mampu sendirian melawan penjajahan Zionis.
Oleh itu, fahami isu ini dengan penuh analitikal berdasarkan kaca mata Islam.

Laman web seperti The Palestinian Information Centre, Palestinkini.info dan Islamonline.net adalah sandaran utama mengenai berita yang tepat mengenai Palestin.
Lain-lain web yang berkait mengenai isu ini adalah seperti http://futurefastforward.com/ , www.inminds.co.uk/boycott-israel.html , http://www.jewsagainstzionism.com/ dan lain-lain.

Kenali mastermind dan keyplayer dalam isu Palestin terutamanya AIPAC (US) a.k.a. The Lobby, Rejim Zionis (Israel), dan pejuang HAMAS (Palestin) dengan buku-buku seperti Inside Hamas: The Untold Story (Zaki Chehab), Hamas: Unwritten Chapters (Dr. Azzam Tamimi), Global Freemasonry (Harun Yahya), The International Jew (Henry Ford), Future FastForward Trilogy (Mathias Chang), The Protocols of the Elders of Zion, etc.

Insyaallah, pemahaman kritikal berkenaan isu Palestin akan membantu kita menyedari akan hitamnya permusuhan kita dengan Zionis la’natullah.
Firman Allah S.W.T :

“Sungguh kamu akan dapati manusia yang paling sengit permusuhannya terhadap orang-orang beriman ialah orang Yahudi dan orang-orang musyrik”

(Al-Ma’idah:82)

Seterusnya, melihat laporan al-Jazeera mengenai laporan berat sebelah media di AS dan juga kejahilan rakyatnya mengenai apa yang berlaku di Gaza amat menyakitkan hati.

Apakah yang boleh kita lakukan?

Gunakan social network (Facebook, Myspace, Friendster, YM, Google Talk, Skype) yang boleh menghubungkan kita dengan ramai manusia, terutamanya bagi yang mempunyai akses kepada rakan-rakan di dunia barat untuk mendapatkan imej-imej sebenar di Gaza.

Bagi para bloggers, jangan henti memasukkan entries berkaitan Gaza bagi mengekalkan kehangatan sentimen ini. Syabas kepada ikhwah dan akhawat yang blognya dipenuhi dengan karya kreatif, informasi, lagu, gambar dan video berkenaan realiti di Gaza yang sangat menyayat hati.



Bagi ikhwah dan akhawat yang menjadi public figure dalam komunitinya, perlu bagi kita mencontohi George Galloway (Ahli Parlimen Britain). Beliau merupakan pembela masyarakat tertindas dunia di dalam politik UK. Beliau menjadi jurucakap rakyat Palestin, Lubnan, Iraq, Afghanistan, dan juga negara-negara Amerika Selatan.

Bak kata Khomeni, pembela golongan mustadh’afin. Kata-kata beliau telah berjaya membangkitkan semangat masyarakat UK dan membentuk public opinion agar pro-Palestin, samada masyarakat Muslim mahupun non-Muslim.

Selain beliau, public figure yang dilihat menjadi ‘Hero’ dalam isu Palestin masakini ialah, Hugo Chavez (Presiden Venezuela), Evo Morales (Presiden Bolivia), Michael Heart (Penyanyi), Dr. Azzam Tamimi (Penganalisis Politik), Recep Tayyib Erdogan (Perdana Menteri Turkey), Dr.Yusuf al-Qaradhawi (Ulama’ Kontemporeri), Dr. Abdullah Aid al-Qarni (Ulama’ Kontemporeri), Khalid Misy’al (Pemimpin HAMAS) dan lain-lain.

Tidak lupa juga the unsung heroes yang terdiri daripada sukarelawan pertubuhan kemanusiaan yang berani meletakkan nyawa mereka dalam risiko demi membantu rakyat Palestin, antaranya Free Gaza Movement, UNRWA, Red Cross dan lain-lain.
Hayati dan contohilah usaha mereka dalam menyedarkan masyarakat mengenai isu ini.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini dan tindakan menghentikan penggunaan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya. Dr. Yusuf al-Qaradhawi telah mengatakan:

“Satu riyal (ringgit) yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera-tentera Zionis untuk membunuh anak-anak kecil di Palestin.”



Walau bagaimana pun, tindakan-tindakan ini sahaja masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?
Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, seperti marahkan anjing menyalak bukit.

Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi.
Sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Sama-samalah kita menghayati peringatan Nabi Muhammad S.A.W. kepada kita:

“Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang kelaparan mengerumuni hidangan mereka.”

Maka salah seorang sahabat bertanya,
“Apakah karena jumlah kami yang sedikit pada hari itu?”

Nabi saw, menjawab,
“Bahkan, pada hari itu jumlah kamu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di lautan, dan Allah akan mencabut ‘rasa gentar’ terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit al-wahnu.”

Seorang sahabat bertanya,
‘Apakah itu al-wahnu itu, ya Rasulullah?’

Rasulullah saw, menjawab,
“Cinta dunia dan takut mati.”

(Hr Abu Dawud dan Ahmad)

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam yang tulen.



Ya Allah!
Kami malu menadah tangan memohon bantuan dan kemenangan yang Kau janjikan dengan dosa dan maksiat yang kami lakukan pada-Mu dalam terang dan sunyi.

Tetapi Ya Allah, hati kami dirajut sebak tak terlafaz, bagai terdengar-dengar rintihan keluarga kami di sana ya Allah.

Hati kami menangis bersama mereka,
masjid, sekolah, dan rumah mereka diserang jet pejuang dan kereta kebal, bom digugurkan laksana hujan asid,
namun tangan kami tak terdaya memeluk menenangkan mereka,
menggantikan mereka menggalas senjata walau sebesar seketul anak batu atau sepasang sepatu haus.

Ya Allah, Perkuatkanlah keluarga kami yang sedang dipatah-patahkan tulang belulang mereka, Kasihanilah keluarga kami yang lemah ditindas, dan bantulah hamba-hambamu yang beriman!

Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami.
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka.
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa Wahai tuhan yang bersifat murka.
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka,
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka.

Perkenanlah doa kami ya Allah..!




“Dan janganlah kamu merasa hina, dan jangan (pula) merasa sedih sedang kamulah yang paling tinggi sekiranya kamu orang-orang beriman. Jika kamu ditimpa kesakitan, maka (ketahuilah bahawa) mereka juga ditimpa sakit seperti kamu. Demikianlah Kami mempergilirkan hari-hari (turun naik dan suka duka) dikalangan manusia. Dan supaya Allah mengetahui (siapa benar-benar) orang-orang beriman dan supaya Dia mengambil para Syuhadak dari kalangan mereka. Dan Allah tidak suka orang-orang zalim”

(Ali Imran : 139-140)

Sila sebar-sebarkan seruan jihad ini kepada semua ikhwah dan akhawat yang lain!!

===================================================================================
Dicopy n paste dari : http://novaadila.wordpress.com/2009/01/26/salam-jihad-untuk-pencinta-syahid-fi-sabilillah

Terima kasih banyak2 kepada penulis entry ni sbb bagi aku copy entry die. Ayuh, bangunlah dari tidur yg lena!! Sahut la seruan jihad ni dlm melumpuhkan ekonomi US dan Israel.. nape? tak sanggup? "kecik" ke (terutamanya lelaki)?

Kembalilah kepada ajaran Islam yg sebenar.

P/S: sory kasar sket bahasa..

Kek Cokelat..best giler!!




Nak buat kek coklat
ingredient nyer kat bawah ni (ukuran dlm oz)


-buttercup 8oz
-gula perang (soft brown sugar) 8oz



-black treacle atau golden syrup(ni gula hangus korang bleh beli kat giant) 3oz
-4 biji telor (putih ngan kuning telor diasingkan)
-tepung naik sendiri (self raising flour) 8 oz
-serbuk koko 2 oz

mula2 korang pukul putih telor tu sampai kembang, benda akan jadi warna putih mcm buih sabun skit. nak tau putih telor tu dah kembang, korang terbalikkan mangkuk tu, putih telor tu tak jatuh. mcm kat dlm gambar kat bawah..



Ok pastu dlm bekas yg lain, campurkan buttercup, gular perang, treacle n kuning telor smpai rata. Dah rata, korang masukkan tepung ngan koko dlm campuran butter td. ok dah sekata, br korang campur ngan putih telor td. Ape lagi masukkan bnde2 tu dlm bekas oven pastu masak dlm oven (180 darjah selsius) selama 45 minit - 1jam.

hasilnyer


Saturday, February 14, 2009

Mandi atau solat? Yang mana lebih penting?


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Assalamualaikum kawan2 semua. Dah lama aku tak tulis entry aku sendiri, selama ni aku asyik copy paste org lain punya entry, pastu buat ulasan aje. Kali ni, aku tulis dpd idea aku sendiri yg agaknye tak bernas.

Dalam posting kali ni aku nak kongsi sikit beberapa pendapat aku mengenai solat. Korang mungkin tertanya2, pasal solat pun nak kecoh ke? Ha, ni yg aku nak tegur, bile orang yg kemukakan soalan macam tu, seolah-olah, die pandang remeh pada masalah solat ni. Jangan sekali kali kita pandang ringan masalah solat, di akhirat kelak, amalan yg pertama skali yg akan dihisab (dihitung) adalah solat.

Ok.. Tak perlu sembang lama2 kat dlm muqaddimah kita. Dah jadi tabiat orang ramai, mandi sebelum solat, terutama skali pd waktu Maghrib. Mmg menjadi tuntutan agama supaya kita menjaga kebersihan terumanya bile nak solat (bertemu Allah). Tapi dlm masalah kita skarang ni, yang mana lebih penting? Mandi atau Solat?
Sebelum aku teruskan dgn jawapan aku, ingin aku berkongsi bersama apa yg aku blajar masa kat SMIH dlu2. Waktu maghrib bermulanya dari terbenam matahari, mega senja sudah kelihatan (langit dah warna oren2). Tapi mcm mana nak tau waktu maghrib dah abis? Waktu maghrib abis bile keadaan langit belum gelap, sebaik sahaja langit bertukar warna dpd oren kpd ungu. Ni tak bermaksud waktu isyak dah masuk. Cuma, waktu maghrib tersangatlah singkat.

Dalam masalah tadi, mandi atau solat dlu, terpulang pd keadaan. Tapi aku nak tekankan bhw solat itu lebih penting. Mungkin aku nak tegur sesetengah orang yg sanggup menunggu giliran utk mandi, tak solat lagi. Sebaliknya, solat dulu baru la mandi. Kalu nak mandi, mandi awal2. Bukan bile dah dgr azan Maghrib baru terhegeh2 pakai tuala, tggu turn nak mandi sbb ade org tgh buang air kat dlm. Jadi, SOLAT itu jauh lebih penting dpd MANDI.

Kenapa aku cakap camtu? berdasarkan firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)," (Surah al-Jumu'ah ayat 9)

Dpd ayat ni, Allah dah perintahkan. Bile dgr seruan utk kerjakan sembahyang pada hari jumaat, terus je tunaikan seruan tu. Ok, ayat ni bleh jugak kita gunakan pd waktu solat yg lain. Maksudnye, bile masuk waktu (dengar azan), tinggalkan dulu ape2 saje kerja atau urusan, terus amik wudhu' dan solat.

Dpd ayat kat atas ni, aku nak conclude yg solat itu lebih penting dpd mandi. Kalu nak mandi sangat, mandi la awal2. Bagi kes yg berhadas besar waktu tu jugak, mandi tu biar cepat sikit. Asal bersih badan dah cukup. Kalu rasa tak sempat (aku tak sure camne) mungkin ade rukhsah (keringanan) dalam hal sedemikian. Wallahualam..
Kalu ade ape2 yg salah, tolong betulkan kat dlm comment.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Tuesday, February 10, 2009

Islam dan Politik..

Dipetik dari: http://nurauni.blogspot.com

"Berpolitik adalah satu keperluan jika bercakap soal2 pentadbiran. Samada suka atau tidak. Ia tidak boleh dipisahkan dari kehidupan. Jika kita hendakkan kehidupan yang teratur biarlah seringkas permasalahan "road gritting" pada musim salji kita pasti akan menyentuh soal pentadbiran. Manakah tempat di atas dunia ini boleh bercakap soal pentadbiran jika tiada politik. Ambil bahagian atau tidak itu persoalan lain. Ambil bahagian sudah jelas adalah satu bahagian manakala tak ambil bahagian pun adalah satu bahagian. Terpulang pada kita untuk meletakkan diri kita dalam mana-mana bahagian ini.

Dalam Islam, persoalan siasah (politik) tidak boleh dipisahkan. Ia adalah sebahagian dari agama. Allah menjadikan manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. Allah menjadikan syariah sebagai satu sistem yang perlu diikuti. Allah tidak membenarkan kita mengasingkan persoalan siasah dari Islam. Taat Allah dan taat rasul adalah wajib. Taat ulul amri yang jelas mentaati Allah dan rasulNya adalah wajib.

Untuk membenarkan persoalan ulul amri ini terlaksana sebagai pra syarat mentaati Allah maka tidak dapat tidak mestilah bersiasah. Islam dan politik tidak boleh dipisahkan sebagaimana kita tidak boleh memisahkan aqidah dan syariah. Aqidah adalah satu kepercayaan dalam mentauhid(esa) kan Allah Yang Maha Esa. Manakala syariah adalah satu sistem yang perlu diikuti sebagai membenarkan aqidah kita terhadap Allah.

Allah menjadikan manusia sebagai khalifah begitulah juga ia menjadikan syariah sebagai sistem bagi merealisasikan khalifah itu terlaksana. Inilah yang Allah maksudkan dalam jawapanNya kepada para malaikat "aku tahu apa yang kamu tidak tahu" apabila mereka bertanya berkaitan perihal manusia yang membuat kerosakan diatas muka bumi dan banyak menumpahkan darah. Rasul-rasul ulul azmi diwahyukan dengan kitab-kitab dariNya yang merupakan satu sistem(syariat) yang perlu dilaksanakan. Dengan terlaksananya sistem ini maka sudah tentu kesejahteraan yang akan nyata dan bukannya kerosakkan.

Tertegaknya negara Islam yang diasaskan Rasulullah menyaksikan kesejahteraan seluruh dunia lebih seribu tahun sehinggalah tiada lagi negara Islam. Tidak terdapat dalam sejarah tamadun umat manusia suatu pemerintahan yang memberi kesejahteraan kepada sekalian umat manusia. Kita kehilangan negara Islam yang bukan hanya sekadar tamaddun. Tamaddun adalah sesuatu yang lahir dari asas negara Islam.

Krisis ekonomi yang berlaku mutakhir ini jelas adalah petanda gagalnya sistem yang lain dari Allah tetapkan. Kapitalis yang disanjung barat malah turut dianuti umat Islam yang memejamkan mata makin menggali kubur sedalam-dalamnya. Ia tetap akan kalah walau bertrillion dollar atau pound sterling dibelanjakan untuk bail-out. Kenapa saya katakan 'kalah' dan begitu yakin? Keyakinan seumpama yakinnya saya bahawa hari Jumaat itu datang selepas hari Khamis. Kerana mereka tak akan mampu berperang terhadap Allah. Jelas Allah menyatakan jika terus kita berurusan dengan sistem riba yang tidak diredhai maka sesungguhnya kita telah mengisytiharkan perang terhadap Allah dan rasulNya. Perang terhadap Allah dan rasulnya??!! Ya..! (Al-baqarah, 2: 279)

Berbalik persoalan politik tanah air tercinta. Apa yang mendukacitakan apabila ada segolongan manusia yang melihat persoalan politik dari pandangan barat. Seumpama artikel pendek Ustaz Hasrizal. Apabila manusia besar diri dihadapan Allah dan memisahkan persoalan pentadbiran dari kepercayaan laksana barat memisahkan urusan gereja dan kehidupan duniawi. Barat berbuat begitu atas dasar ketidak percayaan mereka terhadap pelbagai versi kitab suci mereka. Mereka hilang punca. Al Quran yang dipelihara Allah tidak begitu. Namun apa berlaku kita yang menjauhi alQuran.

Jelek dengan senario kotor politik barat Machiavelli yang berlaku menyebabkan kita juga hilang punca. Tak nak ambil bahagian!. Simple as that. Yang sebenar berlaku pula adalah kita mengambil bahagian untuk tak nak ambil bahagian. Yang sebenarnya xnak ambil bahagian itu adalah bahagian yang menjauhkan diri dari Al Quran. Nauzubillah. Tapikan... politik itukan kotor??!! Ya!... politik itu kotor jika kita menafsirkannya mengikut kamus barat yang menghalalkan segala cara. Namun apa yang perlu adalah mengembalikan jati diri Islam kita. Kembalilah pada Islam seperti yang diturunkan. Kembalilah kepada alQuran. Kembalilah kepada rasul yang menterjemahkan alQuran.

Rasul yang akhlaknya adalah al-Quran. Beliau tidak mewariskan harta dari emas atau perak akan tetapi mewariskan ilmu. Manakala para ulama itu adalah para pewaris nabi. Ikutlah para ulama dalam memahami apa jua perihal kehidupan kita. Jangan kita memahami agama ini mengikut pandangan mereka yang tidak mewarisi apa yang ditinggalkan oleh Rasululllah saw. Bahkan sistem buatan manusia yang menjadi rujukan.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam secara keseluruhan (dengan mematuhi segala hukum-hukumnya); dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; Sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

(Al-Baqarah, 2: 208)
"


Dpd entry yg aku petik ni, tak perlulah kita sibuk2 kata "jangan politikkan isu2 agama" sedangkan Islam adalah universal. Syariat Islam dah cover utk semua benda, khususan dlm politik/pentadbiran/as-siyasah.
Mmg benar mentaati pemerintah itu WAJIB. Tapi sejauh manakah kewajipan kita utk mentaati pemerintah? Sekiranya pemerintah itu dari golongan org2 yg bertaqwa, dadil, dan macam2 lagi sifat MAHMUDAH, maka WAJIB kita mentaati pemerintah.


Dan dalam perlaksanaan undang2, tiada siapa yg "kebal" dpd undang2, dan hukum dpd Allah. Tiada yg terkecuali dpd tindakan undang2 termasuk pemerintah, tak kira dpd pihak mana sekalipun. Itulah yg dimaksudkan dgn 'ADIL. Bukan hak sama rata, tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Contohnya, penjenayah mmg patut dihukum, itu adalah tempatnya tak kira apa pun pangkat die, sama ada sie tu pemerintah atau rakyat biasa. Kalu mereka rasa dr mrk takleh disentuh sikit pun, sombong la maknenye tu.


"..dan janganlah kamu berjalan di atas muka bumi ini sedangkan kamu sombong.." (surah luqman ayat 18)


LAstly, ulasan aku ni takde kena mengena dgn yg hidup atau yg mati. Takde sebarang niat yg buruk utk "provoke" mana2 pihak. ape2 pun.. "peace..I serve for the nation, but TO my priority, I serve for Allah and Islam."
Wallahualam..

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!