Jom Sembang Lebat

Wednesday, January 28, 2009

jom masak: Ayam Masak Merah!!

Bahan2 nyer:
- cili boh
- gula + garam
- bawang merah n bawang putih (kupas, potong)
- ayam
- serbuk kunyit

Methoda :
1) Mula2 korang peram ayam tu ngan serbuk kunyit. Buat ayam goreng dulu.
2) Dah tu, korang tumiskan bawang merah n bawang putih.
3) Masukkan cili boh, ngan air sikit.
4) Masukkan gula lebih kurang 3 sudu makan. Garam 1 sudu..
5) Masukkan ayam goreng tadi dlm kuah tu..jadi la ayam masak merah..hahahaha

*** SELAMAT MENCUBA****

Thursday, January 22, 2009

MINYAK HITAM OH MINYAK HITAM...

Assalamualaikum. Apa khabar semua kawan kawan sekalian. Aku tulis entry ni pn sebab dah takde keje sangat just nak share sikit la. So apa kata kite lepak2 dlu.
Nape tajuk entry aku kali ni pasal minyak hitam? haaa, salah satu sebabnye, korang kena baca la dlu petikan dpd BERNAMA news kat bawah ni. Tu pun kalu paham BI la, bahasa inggeris tau, bukan bahasa indonesia..

===================================================================================
November 05, 2008 11:49 AM
Fancy Using Cooking Oil For Your Car Engine?
By Sharullizan Rusli

SEREMBAN, Nov 5 (Bernama) -- Would you believe that palm oil- based cooking oil could be used as an engine lubricant for your automobile?

Believe it or not, some people in Negeri Sembilan have been using cooking oil for their car engine and find no problems using this lubricant.

Marketing manager Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar, said he has been using cooking oil that he buys for RM2.50 per one 1.5 kg packet as the lubricant for the engine of his Kancil car.

"My Kancil (car) needs three litres of engine lubricant. Thus, I would use two and half packets of cooking oil for that purpose.

"Before, I had to pay RM130 every time I serviced my car engine, but now it is less than RM10", he told Bernama here.

Nik Safian Afzani said previously he used a semi-synthetic engine oil of a popular brand but he has replaced it with cooking oil that he buys from a hypermarket.

He said when using the cooking oil as the lubricant, the temperature of his cars engine never exceeds the overheat limit.

GOOD ALTERNATIVE

Nik Safian Afzani said, when he sent the car to a workshop for its engine oil filter to be changed, the mechanics there were surprised to find that the car had used cooking oil as the lubricant.

To Nik Safian Afzanis bewilderment, the mechanics said that cooking oil is a good alternative for car engine oil as the product is more expensive nowadays.

Meanwhile, Hisham Abdullah, who created a fuel-saver mechanism using water and hydrogen, said he too has been using cooking oil as a lubricant for his Proton Iswara car.

He has been using this material for about one year and found that it does not give any negative effect on his car engine.

The former engineer at a Japanese firm said, "cooking oil is actually a synthetic oil but we are not aware of this".

ECONOMICAL

As for mechanic Mohd Tajuddin Jalil, he learnt the cooking oils secret from a foreign expert some two years ago.

Since then, Hisham has been using cooking oil as his car engines lubricant. Hisham said he knows that 67 others in Negeri Sembilan are applying the same concept.

"However only palm oil-based cooking oil can be used. Others like that made from corn or vegetables should not be used as they tend to coagulate at low temperatures," Hisham said, adding that it is economical to use cooking oil as an engine lubricant due to the high price of engine oils nowadays.

He said a 4-litre bottle of semi-synthetic engine oil now costs RM160 while that of the fully synthetic is about RM200.

Those who wish to know more about the secrets of cooking oil can visit Hishams website at http://ilmurahsia.name.my.

They can also visit http://www.nordicgroup.us/oil.htm#The3000 Mile Facts for similar information.

-- BERNAMA
===================================================================================

Haa, dpd petikan ni la yg bagi aku idea nak propose untuk final year project aku kali ni. Huhu, some of my fellow BMCA's dah tau dah ape kes aku ni baru nak propose tajuk.

Ok, jadi dpd ni la aku dpt idea ape yg aku nak buat utk pSM aku. Aku pun search la dkt internet pasal minyak sawit dan juga sistem lubrication enjin (sistem pelinciran). Sepnjang cuti sebulan, aku search, study psl engine lubricant (minyak hitam). Aku cari ape kesan die kalu kte pakai lain2 grade pd performance sebuah enjin tu.

Aku pun rangka la, kire plan jugak ar ape aku nak buat utk projek ni. Planning aku, utk test enjin kat dyno. Finally, dah tau sedikit sebanyak psl lubrication, aku pun terus propose tajuk ni.
Bleh kate la aku nak kaji samada boleh ke minyak masak ni kite gantikan minyak petronas Mach 5/ synthium/ shell helix ni? Aku kena test samada kalu guna minyak sawit ni performance enjin akan jadi camne.. Lagi power ke tak enjin tu.

Ok la asyik mengarut je aku ni. Tapi yg aku harapkan dpd projek aku ni, orang lain akan sambung kajian ni kpd yg lebih advance utk hasilkan minyak enjin yg diperbuat dpd minyak sawit. Aku slalu terpikir gak, minyak itam dkt bengkel yg diorg kumpul2 tu mana die nak buang? Jadi harap2 la orang lain akan sambung kajian ni, mungkin bleh improve lagi kan.

Itu saja la dpd aku.. Aku yg kebosanan takde keje ni.

Monday, January 19, 2009

Boikotlah Hedonisme ; It's truly America!

Dari http://www.al-adib.net/2009/01/12/boikotlah-hedonisme-it%e2%80%99s-truly-america/ dgn tajuk, Boikotlah Hedonisme ; It's truly America!

Bahang kebencian Umat Islam kepada Yahudi bukan sekadar panas biasa. Pijarnya sama sekali tidak sama dengan bahang gurun Sahara yang membentang pada bumi negara-negara Arab termasuklah tanah suci Bait al-Maqdis yang dicemari kerakusan Yahudi. Ia lebih dari itu. Kebencian itu bukannya dibuat-buat atau baru sahaja muncul pada ladang hati umat Islam. Ia subur dibaja dengan iman, kerana ia perintah Allah dan pesan Nabi Junjungan.

Saban hari, kita disajikan dengan berita dari Palestin yang tiada henti memaparkan kezaliman Israel menumpah darah kaum Muslimin yang tidak berdosa. Dari pelbagai sudut dunia, umat Islam hanya bangun dengan kecaman, demontrasi dan pelbagai lagi usaha demi menzahirkan kebencian mereka kepada Yahudi yang sudah pasti tidak sedikitpun menggentarkan bangsa angkuh itu. Lemahnya umat ini tidaklah perlu lagi diulas, ditambah dengan kerajaan-kerajaan Arab yang memang tidak tahu apa erti wehdah!

Di celahan usaha-usaha kerdil umat Islam ini, terdapat usaha yang digerakkan oleh beberapa pihak untuk mengenakan tindakan berbentuk ekonomi yang diharapkan memberi kesan kepada Yahudi. Sifir mereka mudah, boikot sahaja barangan sekutu Yahudi, iaitu Amerika, pasti berkuranganlah duit untuk membantu Yahudi. Sama dengan; jangan lagi membeli barangan buatan Amerika, nanti tiada keuntungan akan tersalur ke tangan Yahudi. Tahniah, idea yang diharapkan berjaya, walaupun sudah bertahun ia diuar-uarkan.

Memahami Dasar Pemboikotan

Dalam apa-apa tindakan kita sebagai seorang Muslim, kita tidak boleh lari daripada kerangka dasar yang mengikat kita, iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Justeru, tindakan kita memboikot barangan produk Yahudi dan sekutunya Amerika merupakan suatu yang dituntut oleh Islam. Imam al-Bukhari telah meletakkan satu subtopik dalam kitabnya, Sahih al-Bukhari:

بَاب الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ مَعَ الْمُشْرِكِينَ وَأَهْلِ الْحَرْبِ

Maksud: Bab berjual beli dengan orang-orang musyrikin dan mereka yang memerangi Islam.
Di dalamnya, al-Bukhari merekodkan satu hadith yang diriwayatkan oleh Abd al-Rahman bin Abi Bakr:

كُنَّا مَعَ النَّبِىِّ - صلى الله عليه وسلم - ثُمَّ جَاءَ رَجُلٌ مُشْرِكٌ مُشْعَانٌّ طَوِيلٌ بِغَنَمٍ يَسُوقُهَا فَقَالَ النَّبِىُّ - صلى الله عليه وسلم - « بَيْعًا أَمْ عَطِيَّةً أَوْ قَالَ أَمْ هِبَةً » . قَالَ لاَ بَلْ بَيْعٌ . فَاشْتَرَى مِنْهُ شَاةً

Maksud: Sesungguhnya kami duduk bersama dengan Nabi s.a.w. kemudian datanglah seorang lelaki Musyrik yang rambutnya kusut masai dan panjang dengan seekor kambing yang dia gembala. Maka Nabi bertanya: “(Adakah kambing ini) Dijual atau diberikan?” (atau perawi syak; adakah ia hadiah?) Dia menjawab, “Tidak, bahkan dijual.” Maka, Nabi pun membeli daripadanya seekor kambing.
(al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, jil. 8, hlm. 196, No. Hadith: 2216)

Imam al-Nawawi ketika menghuraikan persoalan tentang bolehkah bertransaksi dengan orang-orang yang memerangi Islam, telah menyatakan:

“Telah sepakat orang-orang Islam ke atas keharusan untuk berurus niaga dengan Ahli Zimmah (orang-orang yang mengikat janji dengan Kerajaan Islam), dan selain daripada mereka yang terdiri daripada orang-orang Kafir, selagi mana ia tidak melibatkan barangan yang haram. Tetapi tidak harus untuk seorang Islam untuk menjual senjata atau peralatan perang kepada orang-orang kafir yang memerangi Islam, dan tidak boleh bertransaksi dengan apa-apa yang membantu dalam menegakkan agama mereka.”
(al-Nawawi, Syarh al-Nawawi ala Muslim, jil. 5, hlm. 478)

Perlu difahami bahawa, hukum asal berurusniaga dengan orang-orang kafir (termasuk yang memerangi Islam) adalah harus dengan syarat barangan itu halal di sisi Islam. Ia menjadi haram sekiranya keuntungan dan manfaat dari transaksi itu digunakan untuk memerangi Islam sama ada secara langsung atau tidak. Justeru, pemboikotan barangan Amerika dan Yahudi pada hari ini sangatlah bertepatan, kerana mereka sangat memberi komitmen kewangan kepada negara Yahudi, ISRAEL. Ia sesuatu yang tidak boleh disangkal!

Boikot yang selektif

Bagaimanapun, terdapat suatu yang pelik dan menghairankan. Pada kali ini, tahun 2009, hanya produk tertentu yang disenarai hitamkan. Antaranya minuman berkarbonat, satu jenama kopi, satu jenama ubat gigi dan beberapa lagi produk bergantung kepada badan penganjur kempen boikot tersebut. Benar, kempen ini merupakan kelangsungan pada siri kempen sebelumnya, tetapi hakikatnya bagaikan terdapat sesuatu yang perlu difikirkan.

Mengapa pada tahun 2009 ini, dua restoran makanan segera yang menjadi ikon Amerika tidak turut diboikot oleh persatuan yang menganggap dirinya pembela pengguna Muslim? Adakah kerana ada parti tertentu yang berada di belakang rangkaian restoren tersebut? Mengapa pula hanya jenama ubat gigi itu sahaja yang diboikot, sedangkan syarikat seumpamanya lebih banyak menghasilkan produk kegunaan harian yang perlu juga diboikot. Adakah kerana ubat gigi itu adalah pesaing kepada syarikat ubat gigi yang menaja nadi hidup persatuan pengguna itu?

Sebenarnya, apakah dan siapakah yang perlu diboikot? Dalam menjawabnya, janganlah ada kepentingan yang menjadi pertimbangan. Janganlah sentimen kebencian kepada Yahudi menjadi modal kita untuk popular ataupun sebagai jalan merintis kemajuan perniagaan. Berfikirlah dengan lebih teliti, agar usaha yang digerakkan dapat memberi kesan yang lebih efektif dan meyakinkan. Biarlah keikhlasan menjadikan niat kita bersih dalam medan jihad ini, bukannya menanti pada habuan perang!

Boikotlah Hedonisme

Persoalan yang ingin dibawa, mengapa tidak diboikot hodonisme? Ia adalah benar-benar milik Amerika dan juga Yahudi. Apakah itu hedonime? Mungkin ada yang bertanya, apakah dia hedonisme; walaupun warna hidupnya larut dalam gula manis hedonisme itu sendiri. Hedonisme adalah kegilaan untuk hidup bergembira dan kehendak untuk bersuka ria tanpa batas. Wadahnya mudah ditelah, iaitu hiburan tanpa sudah. Wahananya pelbagai, namakan sahaja, dari elektronik hinggalah yang bercetak. Hiburan, suka ria, pesta, konsert, gaya hidup bebas, seks bebas, dan segala suku sakatnya. Ikonnya siapa lagi kalau bukan artis, pelakon, bintang sukan dan selebriti. Hedonisme ini membudaya, dibawa oleh Amerika dan Yahudi ke negara-negara Islam. Jangan lupa, rokok juga termasuklah dalam pakej ini.

Mengapa NGO-NGO dan parti politik ini tidak berkempen besar-besaran agar memboikot semua produk Hollywood dan produk tembakau Amerika? Mengapa tidak dijaja kepada masyarakat bahawa membeli tiket wayang untuk menonton filem Hollywood bermakna memberikan duit untuk Yahudi membeli peluru menembak kepala anak-anak kecil Islam di Palestin? Mengapa tidak dikhabarkan di media bahawa membeli rokok bermaksud menghantar wang untuk Yahudi merobek daging umat Islam dengan peluru-peluru?

Mengapakah begitu? Mungkin, mata-mata yang menangis menonton berita kedahsyatan Israel membunuh umat Islam di Palestin inilah yang masih terjegil menonton skrin lakon layar hallywood yang memaparkan pelbagai aksi ganas dan keghairahan seksual. Juga, mungkin mulut-mulut yang tak henti mencaci Yahudi dan mengutuk pemimpin Arab itulah yang tidak henti-henti menyumbat paru-parunya dengan asap busuk rokok.

Dua ikon besar Yahudi ini tidak diboikot besar-besaran. Tiada kempen tentangnya. Sedangkan, itulah industri besar Yahudi yang masuk ke rumah ramai orang Islam di Malaysia menerusi pakej saluran filem yang dibayar ke syarikat TV satelit. Benarlah, kempen kita adalah seleksi yang salah.

Hollywood itu Yahudi

Tak perlu lagi menerangkan apa kaitan Yahudi dan Hollywood. Sangat jelas buktinya. Baca sahaja karya berikut yang membuktikan perkaitan bangsa terkutuk itu dan monopoli mereka dalam industri Hollywood:

a. Paul Buhle, 2004, From the Lower East Side to Hollywood: Jews in American Popular Culture, Verso.
b. Neal Gabler, 1989, An Empire of Their Own: How the Jews Invented Hollywood, Doubleda.
c. Benjamin Blech, 2004, The Complete Idiot’s Guide to Jewish History and Culture, Alpha Books.
d. J. J. Goldberg, 1997, Jewish Power: Inside the American Jewish Establishment, Addison-Wesley.

Puluhan lagi karya yang lain yang menjelaskan secara terperinci bagaimana Hollywood yang awalnya membenci Yahudi diambil alih oleh bangsa itu, sehingga kini menjadi agen utama perang sarafnya. Sebut sahaja apa nama filem yang dihasilkan Hollywood, pernahkah memuliakan Islam? Jelas, semuanya racun Yahudi untuk memerangi Islam, merosakkan akhlak kita juga melunturkan iman!

Jernihkan kempen ini…

Usah kalut membicarakan soal boikot produk Amerika kalau anak kita masih gemar ke panggung wayang menonton filem keluaran Hollywood = YAHUDI. Usah lancang menuduh negara Arab tidak berbuat apa-apa jika mulut kita masih kuat berbau rokok walaupun ketika solat. Jangan ghairah bercakap soal kemanusiaan yang hilang di Palestin, kalau masih melanggan saluran Hollywood (HBO, CINE, SMV, AXN, HMK, SWR, E!, MTV, [V]) menerusi TV satelit di rumah sendiri. Tahukah kalian, setiap satu sen itu memasuki poket Yahudi. Lebih besar dari nilai produk makanan dan penjagaan diri yang lain.

Tindakan kita: Boikot semua filem Hollywood di panggung wayang, batalkan langganan pakej movie dan pakej berkaitan dari stesyen TV satelit serta haramkan diri daripada merokok!



Wallahu'alam

Sunday, January 18, 2009

SAMA2 KITA BOIKOT PRODUK2 NI

Nak tau tak? bukan kitorang je yg boikot McD ni. Org putih pun boikot gak. Ade gak org putih yg tak suka McD.. Ini lah buktinye..




Jadi, kali ni aku bukan saje perlu berazam utk berhenti merokok, tp aku kena gak berazam "berhenti" McD. Bukan takat McD je, kalu bleh semua brg2 yg tersenarai tu aku nak boikot.







Semoga dengan usaha kita boikot barang2 ni, bukan takat dpt selamatkan Gaza, tapi dpt menghalau tentera2 zionis dari bumi suci palestin dan juga Masjid Al-Aqsa (termasuk kawasan sekelilingnya). Amin..

ASTAGHFIRULLAH!!

Sedarlah dari lena wahai umat islam semua!! Bangun dari tidur!! Bangun!! AKU KATA BANGUN!! haa dah bangun pun.. Dengar sini, ni lah die perbuatan keji org2 yg dengki. Penyakit paling kronik yg sukar diubati.
Kesucian masjid telah dicemari dgn kepala lembu pendek!

"Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.


Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selain itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi megalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini"

diciplak dari,
**http://bingkisanurani.blogspot.com
**http://mohdhafizi.blogspot.com/2009/01/kepala-khinzir-di-surau-apium

Saturday, January 17, 2009

sAntai Lagi..

Allahuakbar!! Inilah kuasa tuhan yg maha Besar!! Korang ingat korang gi makan lunch kat kedai makan, amik lauk ikan keli yg nmpaknye cam besar je, korang kata memuaskan? haa, ni die orang2 dlm gambar kat bawah ni lagi puas makan ikan keli yg diorang tangkap. Besar gile siot!! ni lah die kuasa Tuhan!! gambar kat bawah ni bukti nye..







Jom santai2 kejap..

Fresh out of ideas.. Aku ni asyik sembang pasal gaza je, mesti krg dah bosan kan? Aku stop dlu psal isu2 d palestin buat sementara waktu..nak kumpul idea. Tapi takpela, kita relax kan sket ngan lagu yg aku sediakan ni.. Anyway, lagu kat bawah tu khas bagi mereka2 yg frust dgn diri sendiri. Sbb hidup ni ade turun naiknye, kdg2 ade yg baru putus cinta, kecewa sampai tak ingat dunia, muka pun nampak cam hantu. Ade plak yg frust sebab gagal mencapai apa yg dicita cita kan, walupun dah bersungguh2 mcm nak mati..tp Allah dah prepare kan yg lagi best utk kite semua.. Hmm ni ar lagu nyer..
P/s: video clip ni cam tak senonoh sket, so hati2 ok. kalu takat nak dgr takpela.



The Science Of Selling Yourself Short
by: Less Than Jake


I've come to my senses,
That I've become senseless,
I could give you lessons on how to ruin your friendships,
Every last conviction, I smoked them all away,
I drank my frustrations down the drain, out of the way,
So I sit and wait and wonder,
Does anyone else feel like me
Someone so tired of their routines and disappearing self-esteems,

I'll sing along,
Yeah with every emergency,
Just sing along,
I'm the king of catastrophies,
I'm so far gone,
That deep down inside I think it's fine by me,
I'm my own worst enemy

I could be an expert on co-dependency,
I could write the best book on underage tragedy,
I've been spending my time at the local liquor store,
I've been sleeping nightly on my best friends kitchen floor,
So I sit and wait and wonder,
Does anyone else feel like me?
I'm so over-dosed on apathy and burnt out on sympathy.

I'll sing along,
Yeah with every emergency,
Just sing along,
I'm the king of catastrophies,
I'm so far gone,
That deep down inside I think it's fine by me,
I'm my own worst enemy

Let the meaning slip away
Lost my faith in another day,
Self deprication seems okay,
I never thought I'd make it anyway

Don't just say

Don't just: Earth Hour 2012 is happening on 31 March 2012, at 8.30 - 9.30pm. Let's all make a pledge to support this event!